Apr 29, 2011

Long Not Lost Friend

How I wish, how I wish you were here.
We're just two lost souls swimming in a fish bowl, year after year,
Running over the same old ground.
What have you found? The same old fears.
Wish you were here.


Samir baik orangnye, rakannya yang hilang, semalam hilang. Kesian Samir.

Apr 28, 2011

Khamis

This was written on Thursday. So not so special.

Dear Who. Who are you Who? Why are you there Who? It's nice to meet you Who. But can you help me Who? Help me find myself. I'm on the edge. babai
Abu nengok aku tulis malu ah.


ha ha ha

Apr 27, 2011

Rabu

This was to be scheduled for Wednesday.

Siapa yang tahu hakikat hari Rabu ini sebenarnya? Siapa yang sedia tahu, harus tahu, dan sudah tahu?

Baiklah, kalau ada sesiapa yang tahu itu, selamat hari Khamis saya ucapkan, kerana anda manusia, atau mahluk sebenarnya. Bukan tuhan!

Apr 26, 2011

Selasa

This post was scheduled for Tuesday.

Things happen back and forth, tapi gua menulis bukan seperti apa yang gua mahu semua orang tahu. Cewaah, ayat nak mintak simpati habis yang starting tuh. Nampak sangat gua ni poser lagi. -.-

Btw, hari Selasa, jadik elok-elok sikit ya!

Apr 25, 2011

Isnin

This was scheduled to be published on Monday.

Everything we knew is something to be apreciated with. But for me, I prefer to pretend. Sorry, I may knew everything, and maybe I won't show that I knew.

Everything run faster these past week. Everthing run fast, if only everybody know that I am turning to something I don't want to. Ha ha, kidding!

Apr 24, 2011

Ahad

This was scheduled to be published on Sunday.

-Pandora Bagi Hafizi-

Hafizi seorang budak lelaki yang gosok gigi setiap hari selepas makan, dan sebelum tidur. Lipat baju, gosok seluar kasik side jadik tajam dan tak makan mi kari di warung kerana takut kalau tertumpah dekat pakainnya kuah mi tadi.

Hafizi seorang budak lelaki yang biasa, yang makan nasi bila lapar, dan tidak pernah cuba nak sakitkan hati orang lain. Aspirasi dirinya mungkin adalah untuk menghidupkan orang-orang sekelilingnya dengan satu rasa yang segar dan bebas mendung. Itu semua adalah Hafizi yang kita semua mahukan, yang kita semua pernah kenal.

Suatu hari datang Kotak Pandora yang tertulis di atasnya nama Hafizi. Bagi Hafizi itu adalah amanah untuknya?

Hafizi tidak tahu, tetapi efifani datang kepada Hafizi mengatakan sesuatu yang seperti 'kotak pandora itu, mungkin meriah untuk kau, tetapi pada sesuatu saat pada suatu tempat yang tidak betul, kotak pandora itu mungkin sesuatu yang bukan patut untuk kau". Dan efifani membebel, dan terus membebel kepada Hafizi supaya dia tidak cuba mendekati Kotak Pandora itu.

Tetapi Hafizi mempunyai kebebasan memilih, dan Hafizi, tetap memilih untuk mendekati Kotak Pandora itu, tidak kira apa masalah yang dibawa, apa kerenah, dan apa rupanya Kotak Pandora tersebut.

Walaupun Hafizi tahu, Kotak Pandora itu mungkin bukan untuk dirinya, atau tidak kepadanya.
(sendiri baca sendiri google, sendiri faham, sendiri malas google, sendiri lah sampai bila tak maju :)

Apr 23, 2011

Sabtu

Scheduled for Saturday.

"I will never say that progress is being made. If you stick a knife in my back 9 inches and pull it out 6 inches, that's not progress. If you pull it all the way out, that's not progress. Progress is healing the wound that the blow made."- Quoted from somebody, wait! I dont know who.

Now I've ben venturing into this thing, scheduling my post, so that I would only waste a time at a moment, to post something for this blog. Besides, I'm having problem for internet connection, thus can't really active on the net. For twitter only, I guess, luckily have tweet mobile.


Apr 22, 2011

Jumaat

*Scheduled for Friday.

Abdul dan light saber kaler hijaunya sedang lari berterabur ke masjid terdekat. Mahunya makan pisang sahaja. Ok, ini semakin mengarut. :P

Apr 20, 2011

Ikan

Lima hari enam malam yang takde input dari dunia lain, Sam terduduk. Dari tadi dia menunggu seseorang untuk datang kepadanya dan membukakkan pintu rumahnya, yang Sam terlupa di mana kunci rumahnya itu ditinggalkan.

Sam terduduk, dan terus terduduk, tiada siapa-siapa yang sampai juga.

Sam terduduk lagi, dan nampaknya, hari sudah malam dan makanya Sam terbang ke laut untuk menangkap ikan.

Apr 14, 2011

Unnamed.

In a place, where the sun shone purple, and people are all in hiatus of everything, there was a boy named Unnamed.

There, people would never talked to each other, and birds doesn't sings every morning and at the dusk, and houses were on sodium lamp, too dim for everyone to fight about their life. They were too afraid of an existence of a thing they call The Thing We Don't Know.

Since Unnamed is a boy, he had to do many thing to carry on his life, he had to breathe in, to eat some breakfast, to get to sleep, to drink some clean fresh water, and sometimes to give stray cats a glimpse of food, but never he actually gave the food to the cats.

To Unnamed, a boy who did the same thing for every and each passing days, this was great and adventerous, until that time came to him in a speed faster than the speed of a moth flying away from Unnamed when he try to catch it.

After that time come, light was dispersing heavily, white becomes purple, and purple become black. And no lights at all, that may pass through the abyss of their will. The people's will.

That is the time when Unnamed was told by the elders whom had no beard and had no white hair that, he(Unnamed) is actually "The Thing We Don't Know" that the people around him were afraid of.

Unnamed could just smile to every and each of the elders and said "since when you didn't afraid of me, and had the courage to talk to each other. Then suddenly, to talk of revealing my pure existence?"

"Since when?", the elders start pondering and ponders, when Unnamed was actually is a blanket with a boy figure on it. And there, on the blanket, is a smoke detector.

Hoi.

And if you fool yourself, you are not a fool, since a fool is define as a person who is gullible and easy to take advantage of. Since you are to be considered as a fool, by another people. Let us define fool as escapism.

Escapism is not a fool actually, it's nice and clear in concept. But wait, what if wrong escapism has been taken, at a wrong place, to a wrong time and situation? Then it is a foolish escapism.

Apr 13, 2011

Spirit hilang macam air paip keluar dari paip sinki, masuk ke longkang.

Dah tiba masanya gua menunjukkan apa yang gua panggil sebagai gua yang betul-betul gua. Tapi bukan dekat sini. Dekat arab nun haa. Gua Hira'.

Apr 11, 2011

Frekuensi

Orang kata menyukai bau hujan adalah perihal-perihal superstituos dan mampu merosakkan minda. Tapi untuk Hamid, pada masa hujan sahajalah mindanya mampu menangkap halus-halus frekuensi titisan hujan terkena bumi, dan merencamkan segala frekuensi yang ada di mindanya.

Mematikan frekuensi amukan, dan agony dalam minda Hamid.

Frekuensi-frekuensi halus dari titisan hujan itu, bagi Hamid, adalah seperti kayu golf yang bertuankan seorang makwe korporat yang sentiasa menutup aurat kecuali semasa main golf sahaja.

Maka Hamid tidak menyukai frekuensi-frekuensi halus hasil dari hujan itu, tetapi menggunakan alasan bau hujan sebagai tanda dia suka kepada hujan yang turun.

Ceh sungguh budak Hamid ni.

Ai ee el ti es.

I was there in my pyjamas, sipping fine hot coffee. Next to me, is...

The rain pouring down this night is heavy. As heavy as they could. I wish i could just sleep there in the rain. But something was up to, and I can't remember what it was and when it was.

I was there in my pyjamas, walking slowly. Inside a room filled with anemones, and coffee aroma. Next to me, is...

Next thing i know is, I was never there, and I was never asleep.

Apr 10, 2011

Waif Me

Spirulina adalah seekor beruang tedi yang kanan matanya adalah sebuah pangkah. Dan kaki kirinya adalah sebatang kayu cengal yang berhiaskan daki-daki bekas tangan kanak-kanan.

Spirulina sepertimana seekor beruang tedi yang lain, rutin hariannya adalah membiarkan apa sahaja eksistensi-eksistensi daripada luar dirinya untuk bertindak kepadanya. Tak kiralah Spirulina itu rela atau tidak pada saat tindakan kepadanya bertindak.

Satu hari, Spirulina didatangani efifani(Kesedaran Tertiba), dalam bentuk yang kita semua tak sangka-sangka. Selepas efifani itu datang, Spirulina masih sama seperti diri dia yang dahulu, dia tidak boleh berubah, kerana katanya, dia bukan seperti manusia siuman yang lain, yang ada kebebasan untuk berubah(freewill) katanyalah.

Tapi aku perasan pagi tadi, Spirulina senyap-senyap menyanyikan lagu Nirvana satu persatu sehinggalah azan zuhur bertalun.

Mungkin esok Spirulina berubah, siapa sahaja yang nak memberikannya Freewill itu?

Mainan

Zaitsev adalah budak lelaki yang normal pada hari-hari biasa.

Tetapi, pada hari-hari di mana, anak-anak sedaranya ada di rumah. Zaitsev menjadi seorang yang sangat zalim, dan suka bermain permainan-permainan. Dan memakan jajan-jajan anak sedaranya, sewaktu mereka semua sedang terbungkang tidur. Hi hi hi.

Ini yang gua panggil eksyen, gempak, bongkak, angkuh, takbur, kepala talam dan berbagai-bagai kata sinonim yang lain, yang bermaksud gempak.



Gua dan kamu semua kena ingat, benda-benda macam ni bukan boleh buat sorang-sorang, bukan boleh pulun nak melinglung tergagai fikir idea sehari semalam. Bukan boleh guna strict idea semata. Bukan boleh buat lengah-lengah. Mana boleh buat kerja last minit sangat, karang tandas penuh payah nak beratur.

Benda-benda macam ni jugak bukan nak guna duit sangat, guna idea je sikit, dengan reti buat ke tak , dengan rasa merendah diri yang tinggi. Kadang-kadang kalau ada karipap, mihun dengan teh 'o' panas sikit lepas habis bikin benda-benda macam ni lagi ngam.

Ok, sebenarnya ini post untuk gua ape namanya, alah, nak. Aaa, gua nak menunjuk-nunjuk je. Oh ya, video ni, bukan satu orang je yang bikin, bukan satu orang je yang buat, semua sebenarnya buat, semua sebenarnya bikin. Maka gua isytiharkan selamat menonton.

Gua katakan ya kepada idea yang fleksibel, dan juga katakan ya kepada Macbook. Cewaah.


P/s- Tenkiu kepada semua cast, pelakon bunyi, pengarah, jurukemera, tukang edit, tukang supply camera, tukang supply idea, tukang supply tenaga, tukang supply kemahiran teknologi, tukang supply macbook, tukang supply pendrive, tukang supply kerja pun gua nak tenkiu jugak. Dan diri gua yang menten siuman lepas dua malam tidur lambat. :P (ok tipu, tidur lambat tu buat gua jadi cranky dan linglung kelolo)

P/s2- Jangan ingat takde subliminal message dalam ni.

Apr 9, 2011

Balik

Kalau sahaja balik ke rumah, ada suatu bau dan suatu rasa(ramai kita yang panggilnya sebagai aura) yang pelik dan membangkitkan semangat.

Dan untuk itu, aku tidak tidur, lagi sekarang, tapi aku berasa lain. Jauh, hilang.


Marigold-Nirvana

Apr 6, 2011

Apophenia

Marzuki sedang berjalan-jalan di tasik semasa semua yang tiba-tiba datang kepadanya adalah suatu misteri. Dengarnya, dari sebuah pokok di taman itu, ada sesuatu yang berlipat akan datang kepadanya.

Tapi Marzuki, adalah sentiasa, khuatir. Jika setiap yang datang kepadanya hanyalah sekadar suatuu bayangan dan tidak signifikan sekali kepada dia.

Kerana katanya, dalam jumlah 6.5 juta manusia di dalam bumi ini, kebarangkalian untuk sesebuah konklusi untuk dirinya sahaja adalah sangat kecil bayangkan, 1 per 6.5 juta.

Jadi dia sangat khuatir,jika jika dia melibatkan dirinya dengan apofenia. Ya, kalau sahaja dia bersikap, atau memiliki, tabiat apofenia, dia mungkin akan malu tidak pasal-pasal.


Apofenia
=)

Apr 2, 2011

Marigold

Kruski sedang berjalan-jalan di ladang bunga marigold. Marigold-marigold di situ semuanya bewarna warni.

Tiba-tiba Kruski terkesima, apabila melihat, ada sekuntum Daisy di celah-celahan marigold yang bewarna-warni. Daisy itu, di dalam monochrome warnanya. Kurius Kruski dibuatnya.

Kruski terkesima seketika sahaja, kerana sebaik sahaja dua saat dia berasa kurius, ada benda yang lebih membuatkan kucing seperti Kruski lebih kurius.

Lidi diikat benang misalnya.

Kuala Phoney

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan sesetengah manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Tetapi di hujung tingkap biliknya, dia selalu tertanya. Adakah bintang yang bersinar terang dan kini malap itu sudah mati sebenarnya? Atau kalau ianya hidup, adakah berbaloi untuk ditunggu nyalaan terang bintang tersebut semula?

Tapi ia adalah mitos untuk mempercayai bahawa bintang yang telah mati itu boleh hidup kembali. Jangan risau. Bulan kan ada, setiap malam, dan kitarannya setiap bulan. Lebih dekat, dari bintang itu dan lebih terang pastinya.

Kepenggunaan.

Berbicara pasal gas, ada dua; Real Gas, dan juga Ideal Gas. Di mana Ideal Gas ini adalah sebenarnya angan-angan beberapa orang yang memiliki ilmu penaakulan yang tinggi.

Dan keyakinan yang penuh bahawa mereka jarang salah dalam meramalkan aktiviti gas.

Sementara Real Gas pula adalah apa yang sebenar-benarnya terjadi kepada setiap aktiviti gas-gas yang berjisim di muka bumi tuhan.

Yang kadang-kadangnya sangat menghampakan dan jauh lari daripada angan-angan Ideal Gas tadi.

Begitu juga macam kehidupan, mungkin. Ada Ideal Life, dan Real Life.



Kehebatan anda akan melanda sekiranya, dalam teks ini. Anda mampu untuk swap dua perkataan sesama sendiri,. Tapi jangan gelojoh, dua perkataan sahaja kot.