Mar 15, 2011

Lobotomi? Huh.

Daud adalah seorang pesakit kurang normal di wad 17 Hospital Anti-histamine. Dari dulu lagi, katil A099 itu, tak pernah bertukar tuan. Dari hari pertama sampainya katil milik kerajaan ke hospital itu, sehingga ke hari ini, Daud sahaja yang menggunakan katil itu.

Kondisi si Daud ini tiadalah seteruk mana. Daud cuma menghidap penyakit Denial. Dan kata jururawat comel cantik berbaju kebaya putih berkain tak belah yang kebetulan baru selesai menukarkan cadar di katil Daud itu, Daud mungkin boleh hidup selamanya dalam Denial tetapi tak mungkin akan dapat terus tinggal di dalam hospital ini selamanya, pokok ceri di hadapan hospital ini mungkin tumbang dalam sehari dua lagi.

Oleh itu, katanya jururawat itu tadi,(yang aku baru perasan bahawa beliau pelat R dan S. demm, ha ha) kalau boleh, sebelum tengah malam hari ini, doktor S. Kumala mungkin akan melakukan lobotomy kepadanya. Kepada Daud. Agar boleh dia melarikan diri daripada Denial yang membisakan dirinya sekian hari lamanya.

Tetapi ada satu masalah yang lain pula muncul, kata Daud yang tiba-tiba menyahut. Nadanya tenang mukanya lurus, dan seluruh warga hospital terdiam untuk memberi laluan kepada Daud untuk berkata-kata. Kerana dari hari pertama Daud masuk ke hospital ini, tiada siapa pernah mendengar suaranya. Lagi-lagi di saat-saat Daud ingin memberi efifani seperti ini.

Tambahnya daud lagi; TAK KE KAU RASA KAU DAH LUPA NAK TEKAN CAPS LOCK SEMULA?

No comments: