Mar 19, 2011

Kitaran otak, katanya.

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Apa yang dia tahu, Coversyl tahu, matanya yang dua biji itu boleh melihat. Dengan melihat, dia mampu meniru. Dalam sejuk, dia mampu melihat, semua orang memeluk tubuh, menggosok-gosok dan meniup tangan. Maka Coversyl, mengaksi, apa yang semua orang lain lakukan.

Malangkah Coversyl? Apa yang dia lakukan, ingin lakukan mungkin, adalah seperti yang semua orang lakukan. Tapi dia tidak pernah tahu apakah maksudnya, perilaku beliau. Ya benar, dia tidak mungkin faham, kerana, dia cuma melihat dan mengaksi. Tetapi dia tetap eksis dalam norma normal.

Cuma apa yang dia tahu. yakin-yakin tahu. Sebiji bintang yang paling terang, yang bersinar di bahagian kanan tingkap biliknya, selalu pada musim panas, sebenarnya telah mati. Tapi hukum cahaya, fisika membenarkan. Membenarkan mata Coversyl yang dua biji itu, melihat cahaya, bangkai dari bintang mati itu.

Untuk itu, Coversyl bergembira, tetapi adakah esok paginya nanti, ibunya menyediakan kopi? Atau teh?

Hujan tidak turun, matahari tidak bersinar. Maka ianya adalah malam yang tenang, mungkin berangin. Bagi Coversyl. Ya, bagi seorang Coversyl.

No comments: