Mar 16, 2011

Dari mana?

Sebuah pulau yang namanya dari Sulaiman, dia cuba. Cuba memadamkan tapak-tapak kaki karbon yang dia kesankan sejak dari semalam. Dia tahu dadanya akan makin sesak dengan desakan dan desakan oleh mereka yang selalu dirinya perhatikan.

Di sekeliling-keliling dia nanti akan terbit satu orbit baru. Terdiri dari beberapa orang pedophile yang kita tahu. Apa mereka mahu, heh. Orbit baru itu nanti akan berpusar, dan terus berpusar, macam apa yang kita semua panggilkan cendawan asap di nagasaki itu dulu. Dan untuk itu, jantung-jantung kita akan berdegup empat kali lebih laju dari kelajuan cahaya.

Sekarang dia rasa dirinya sangat janggal dan asing. Seperti dialienasi. Oleh itu, dia mahu memadamkan kesan-kesan karbon yang pernah dia tinggalkan dahulu. Kalau boleh tidak mahu tinggal satu pun, tidak mahu ada seekor semut pun. Datang mengganggu.

Cara mudah, dia mengambil opium, yang temannya, beri dahulu dalam satu bungkusan oren. Tulis dia atas kertas dan tertampal di bungkusan itu,"untuk engkau bila dunia menghimpit rusuk-rusukmu".

Tetapi dia bukan orang mudah. Dan menggunakan cara mudah, baginya adalah seperti mengira semasa main nyorok-nyorok sambil mata terbuka. Tiada apa pun yang didapati, dengan cara itu. Kebahagiaan sementara, itu mungkin. Tapi cemuhan eterniti? Itu yang dia tidak mahu tanggung dengan cara mudah.

Dia mahu suara dia didengari. Tapi sayang, dia. Sedang menetap di dalam sebuah balang kaca, yang berisi, dirinya, sekeping kad bertulis 'deviation', dan sepotong kek bertulis 'agony'. Suaranya, mungkin, tak mungkin. Tak mungkin dapat didengari.

Dan untuk itu, semuanya ini. Dia menyanyi, lagu-lagu blues. Blues dari BB Kings.

No comments: