Mar 31, 2011

Halus.

Dia masih di situ, sepatutnya buku 555 yang rabak-rabak kulit depan dan belakang itu sudah separuh terisi dengan sepuluh kata kerja yang dia semua suka.

Tetapi sekarang sudah pukul petang, dan seekor rama-rama yang kebetulan melintas di hadapannya, mengerling tajam dan memuntahkan sebuah langsat yang bersaiz dewasa.

Dia sangat terkejut, lantas mengeluarkan mata kirinya itu, dan dihulurkan kepada rama-rama yang kebetulan melintas itu. Tanpa banyak kata, mata kirinya itu berjalan pergi dengan penuh redha.

Ada gayanya, dia sudah hilang dari eksisten manusia yang bermata dua.

Katanya biar semua orang tidak tahu adalah seperti membenarkan kegelapan bukan pada waktu malam. Jijik, tapi menyelesakan.

Mar 28, 2011

Hai senang!

Saya berasa sangat senang, bukan kerana perut kenyang, atau apa-apa yang lain berkaitan perut. Mungkin kerana tuhan yang memberikan kesenangan ini.

Kalau boleh, yang rasa senang ini, jangan pergi jauh-jauh. Jarang saya jumpa benda-benda senang ini. Dan bukan kerana perut kenyang saya kenyangsenang.

(kata seseorang dalam mimpi gua malam semalam, dan aku tidak tahu siapa dia, apa dia. Kerana dia memegang kad yang bertulis macam ini malam semalam)

Mar 27, 2011

Xi Shua shua. Ha ha.

Macam mana kalau tiba-tiba semuanya gelap? Seperti sebuah vidio yang sedang memfading-out?

Biar sahaja semuanya gelap, nanti akan terang semula. Kalau tak sekarang, mungkin dalam interval dua puluh saat nanti terang semula. kalau tidak juga, mungkin dalam interval empat puluh saat. Kalau tidak juga, periksa semula skrin anda.

Kalau rosak, pergi hantar untuk pembaikan. Kalau tidak, pergi cari skrin lain kepunyaan orang lain, dan pinjam. Mungkin akan elok, dan nampak semuanya terang semula.

Kalau sudah terang jangan lupa tanpa cahaya, siapa kita?

Kunci

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan sesetengah manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Tapi kadang-kadang, Coversyl yakin bahawa untuk setiap acara yang dilaluinya, ada satu lagu dari Nirvana yang sangat 'on your face' dengan acara-acara tersebut.

Dari pintu belakang rumah Coversyl terdapat seekor kura-kura yang bersambung di cengkerangnya sebuah peti. Di dalam peti tersebut, adalah apa yang kita pasti akan memanggilnya sebagai kunci.

Ya kunci kepada Coversyl. Segala yang ada terkunci pada Coversyl boleh dibuka dengan kunci tersebut.

Namun, ianya bukanlah kunci isi langit dan bumi.

Mar 26, 2011

Blueberry

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan sesetengah manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Tapi sepengetahuan Coversyl, kalau sesuatu itu dipanggil makanan maka tak layak baginya(diri Coversyl) untuk tidak menghabiskan makanan tersebut.

Kerana maknya selalu, semasa Coversyl kecil, memasak untuknya sepinggan nasi berlaukkan blueberry, dan meletakkan ramuan rahsia: secubit kasih sayang untuk Coversyl.

Tetapi Coversyl tidak pernah tahu bahawa, bukan secubit kasih sayang maknya itu yang mendatangkan kesedapan dalam sepinggan nasi berlaukkan blueberry itu.

Kalau sahaja lah yang Coversyl itu tahu, yang mendatangkan kesedapan dalam masakan ibunya itu adalah reseptor rasa di lidahnya(Lidah Coversyl) itu sendiri, maka sekarang kita tak patut yakin bahawa Coversyl bukan seorang Nihilist.

Mar 25, 2011

Superposition

Itulah. Sudah tak tahu.

Mar 23, 2011

Dalam sebuah bilik di sini, ada segantung gambar. Katanya di bawah gambar itu ada sebuah lorong sekecil kepala mancis, yang menghubungkan dunia ini, dengan dunia antijisim.

Anti galaksi dan anti sosial, dan anti jirim.

Gambar itu bukanlah sebuah antiflag.

Mar 22, 2011

Distortional

Delusional, in a laundry room, conclusion, clue, clueless, makaroni, you will think you happy.

Mar 20, 2011

Uiyyyo

Semua orang akan melihat jam tangan masing-masing pada pukul 12.15 waktu tempatan. Tak kiralah jam jenis apa, tali kulit, automatik, tali emas, jarum doremon, semua orang akan melihat jam tangan masing-masing pada pukul 12.15 waktu tempatan.

Cuma sekarang, 12.15 itu, tengah hari. Atau tengah malam?

Mar 19, 2011

Oh uh.

Bagaimana kalau, kita(kau, aku, masyarakat) mampu menzahirkan segala masalah dalam bentuk seorang tua, atau seorang perempuan, atau lelaki, atau rambutan, atau serigala atau set jutaria atau seekor kuda?

Lalu dengan ekslusif semua dari kita mahukan suatu kepuasan dengan masalah itu. Lalu, diherdik, dipukul, disepak, disayang masalah yang zahir itu. Puas bukan?

Tapi sebentar. Bagaimana kalau masalah-masalah itu ada sistem pertahanan mereka sendiri? Sebaik disentuh, mereka mengulang-ulang bicara mereka "aku bukan masalah aku. Aku masalah kau."

Dan ulangan demi ulangan itu, mereka zahirkan di muka mereka senyuman. Senyuman dan gabungan suara mereka, mungkin. Mungkin membuatkan mata kita, dan telinga kita berdarah dan rosak? Bagaimana itu?

Itu semua adalah bagaimana. Dan bagaimana boleh terjadi? Bagaimana?

Kitaran otak, katanya.

Coversyl adalah seorang budak lelaki yang, tak pernah percaya kepada ; Zeus, kucing ada sembilan nyawa, dan manusia boleh bertukar menjadi harimau.

Apa yang dia tahu, Coversyl tahu, matanya yang dua biji itu boleh melihat. Dengan melihat, dia mampu meniru. Dalam sejuk, dia mampu melihat, semua orang memeluk tubuh, menggosok-gosok dan meniup tangan. Maka Coversyl, mengaksi, apa yang semua orang lain lakukan.

Malangkah Coversyl? Apa yang dia lakukan, ingin lakukan mungkin, adalah seperti yang semua orang lakukan. Tapi dia tidak pernah tahu apakah maksudnya, perilaku beliau. Ya benar, dia tidak mungkin faham, kerana, dia cuma melihat dan mengaksi. Tetapi dia tetap eksis dalam norma normal.

Cuma apa yang dia tahu. yakin-yakin tahu. Sebiji bintang yang paling terang, yang bersinar di bahagian kanan tingkap biliknya, selalu pada musim panas, sebenarnya telah mati. Tapi hukum cahaya, fisika membenarkan. Membenarkan mata Coversyl yang dua biji itu, melihat cahaya, bangkai dari bintang mati itu.

Untuk itu, Coversyl bergembira, tetapi adakah esok paginya nanti, ibunya menyediakan kopi? Atau teh?

Hujan tidak turun, matahari tidak bersinar. Maka ianya adalah malam yang tenang, mungkin berangin. Bagi Coversyl. Ya, bagi seorang Coversyl.

Mar 18, 2011

Potong surreal.

Seekor pari-pari buntal berkepakkan pelepah pinang berwarna biru, dari tadi terhiling-hiling di kawasan permainan kanak-kanak kampung serindit.

Macam sesat. Macamlaah.

Di tangannya; kiri memegang sebatang(?) skrol bertombol kayu di bahagian hujung, di mana ada kesan sambal sedikit di ruang kertas skrol itu. Comot! Tangannya; kanan memegang Iphone 3gs bersarung hitam.

Mukanya? Ada sedikit raut kesal, sedikit raut rasa lapar dan macam nak pekena teh halia di warung di tepi simpang.

Guruh berdentum-dentum. Tetapi bukan di sini, tapi di seberang laut sana. Dan nampak gayanya, langit kelihatan kelam, dan malam telahpun tiba. Bulan yang tadi berbentuk sabit, membulat, menjadi hijau dan kemudian..

Maaf gua mahu tidur. Bai!

Mar 17, 2011

ShruuuuurhS

Bila gua tahu sesuatu, biasanya gua akan buat-buat tidak tahu. Ignorance is a bliss orang kabor. Untuk sesuatu yang gua tahu tu, sebenarnya gua kena percaya yakin-yakin bahawa gua sudah tahu.

Dan sikap gua yang buat-buat tak tahu benda yang gua tahu itu. Macam buah anggur yang dah jadik kismis.

Eishh gua geli tulis benda-benda macam ni. Gua harap dengan kuasa bulan akan menghukum mu. Kah kah.

Nengoklah dulu. Dalam sehari dua lagi ke.

Memento.

Definasikan memento [3]

Jafri

Gua jarang sekali untuk memakai baju-baju jarang. Serta menyerkap jarang. Jarang juga gua nak menjarang-jarangkan saf. Jarang juga gua nak bersikap jarang-jarang dalam ketawa.

Benda-benda jarang ni boleh mendatangkan bahaya. Sebab benda jarang ni mudah tembus, bolong, bocor. Jadi jarangkan? Orang semua mahukan kejarangan?

Milk It (Demo, 1993)

Sebagai contoh, makan lada. Kenapa boleh ada spelling check masa gua sedang menulis ni? Terus hilang apa yang gua cuba nak maksudkan. Demm

Dah lama gua tak berjalan. Berjalan keluar. Gua banyak perhati. Dan macam biasa, gua tak guna alasan hujan radiasi untuk sebab gua tak berjalan keluar. Ada dua tiga sebab. Mungkin hujan kaca, baru aku tak berjalan keluar.

Untuk memerhati, dua pasang mata adalah tersangat cukup. Manakala satu mata pula, cukup tetapi kedalaman(depth) permandangan itu kurang. Kecelaruan dimensi juga boleh berlaku.

Ada yang percaya kepada konsep dunia 3 dimensi dan empat dimensi yang berlanggar-langgar dan kemudian berkamir. Pada gua, kucing-kucing yang lapar, itu sama sahaja tarafnya dengan sesiapa sahaja yang lapar. Bagi sedikit makanan sahaja sudah kan?

Maka tiada beza, apa yang engkau ambil, itu nanti engkau akan pulangkan. Apa yang engkau persoalkan, jawapan akan datang. Dalam bentuk yang tak kiralah, samada aneh, pelik, cendawan, manggis, keretapi, telefon, mikrofon atau kuda kepang. Ia akan datang juga, jawapan.

Duduk bersimpul lutut, peluk tubuh dan berdengkur-dengkur? Suka hati. Tunggu dan lihat macam nampak bosan sebenarnya. Tapi gopoh dan melulu pula adalah entiti berhantu yang makan bukan diri engkau atau gua. Sahaja. Ianya memakan ekosistem dan norma.
Ini adalah sangat penat. Yang macam mana? yang macam selalu gua bikin. Haish, dah memang ini bukan zaman gua lagi. Sama ada gua kena 1) perlahan. Atau 2) berhenti.

Dan kalau ada yang ketiga. Diam.

Untuk itu gua kena nengok dulu cerita-cerita kisah benar.

Mar 16, 2011

Dari mana?

Sebuah pulau yang namanya dari Sulaiman, dia cuba. Cuba memadamkan tapak-tapak kaki karbon yang dia kesankan sejak dari semalam. Dia tahu dadanya akan makin sesak dengan desakan dan desakan oleh mereka yang selalu dirinya perhatikan.

Di sekeliling-keliling dia nanti akan terbit satu orbit baru. Terdiri dari beberapa orang pedophile yang kita tahu. Apa mereka mahu, heh. Orbit baru itu nanti akan berpusar, dan terus berpusar, macam apa yang kita semua panggilkan cendawan asap di nagasaki itu dulu. Dan untuk itu, jantung-jantung kita akan berdegup empat kali lebih laju dari kelajuan cahaya.

Sekarang dia rasa dirinya sangat janggal dan asing. Seperti dialienasi. Oleh itu, dia mahu memadamkan kesan-kesan karbon yang pernah dia tinggalkan dahulu. Kalau boleh tidak mahu tinggal satu pun, tidak mahu ada seekor semut pun. Datang mengganggu.

Cara mudah, dia mengambil opium, yang temannya, beri dahulu dalam satu bungkusan oren. Tulis dia atas kertas dan tertampal di bungkusan itu,"untuk engkau bila dunia menghimpit rusuk-rusukmu".

Tetapi dia bukan orang mudah. Dan menggunakan cara mudah, baginya adalah seperti mengira semasa main nyorok-nyorok sambil mata terbuka. Tiada apa pun yang didapati, dengan cara itu. Kebahagiaan sementara, itu mungkin. Tapi cemuhan eterniti? Itu yang dia tidak mahu tanggung dengan cara mudah.

Dia mahu suara dia didengari. Tapi sayang, dia. Sedang menetap di dalam sebuah balang kaca, yang berisi, dirinya, sekeping kad bertulis 'deviation', dan sepotong kek bertulis 'agony'. Suaranya, mungkin, tak mungkin. Tak mungkin dapat didengari.

Dan untuk itu, semuanya ini. Dia menyanyi, lagu-lagu blues. Blues dari BB Kings.

Saiklon

Alangkah terkejutnya Jack. Bangun sahaja dari tidur petangnya, dia sudah berada di Trafalgar Square. Di samping umat-umat manusia, yang dia tak mampu untuk memahami pertuturan mereka. Dan tak mampu untuk dia berbicara kepada.

Maka Jack terus berkeliaran seorang diri melintasi kawasan dataran itu, diiringi awan petir hitam pekat. Yang dari tadi tidak menurunkan hujan.

Bila datang penat, dia datang ke kolam air di tengah dataran. Dan untuk hirupan air pertama, alangkah terkejutnya Jack apabila beliau mendapati, dirinya adalah seekor kucing yang berkepak jambu dan berekor lebat.

Dunia seakan membulat dan mengecut di satu pusat di hadapan Jack. Ini bukan karma kan? Ini bukan karma kan? Ngiau Jack dengan nada yang sangat sayu dan menggedik.

Dan tiada seorang manusia pun perasan, Jack telah hilang dari dataran itu. Tadi.

Mar 15, 2011

Tindan

Dia cuba memandang ke luar. Hujan turun, renyai-renyai. Senyap-senyap. Seperti yang dia selalu suka. Lincah, dia ke arah tingkap bujur rumahnya. Memerhatikan hujan.

Tap tap tap, hari itu hujan turun berwarna-warni. Di dalam bentuk huruf bukan titisan air, seperti yang selalunya. Memerhatikan hujan memang hobinya, dan dia tersenyum.

Dia bilang satu-satu, kucing-kucing putih di luar rumah, buah apricot merah, sayur sawi hydroponic, basikal roda tiga adiknya dan beberapa ketul batu sungai di laman rumahnya. Hari ini malangnya, kucing putih itu menjadi biru dan hijau akibat hujan.

Ada satu parut di laman hijau rumahnya. Dan di situlah biasanya, segala saliran air-air hujan bertemu. Biasanya usai hujan berteduh, ke situ dia akan turun dari biliknya, ingin mengumpulkan kesemua huruf-huruf yang jatuh tadi.

Hanya untuk mengetahui, eksistensi dirinya, dan huruf-huruf itu tidak pernah bertindan.

Lobotomi? Huh.

Daud adalah seorang pesakit kurang normal di wad 17 Hospital Anti-histamine. Dari dulu lagi, katil A099 itu, tak pernah bertukar tuan. Dari hari pertama sampainya katil milik kerajaan ke hospital itu, sehingga ke hari ini, Daud sahaja yang menggunakan katil itu.

Kondisi si Daud ini tiadalah seteruk mana. Daud cuma menghidap penyakit Denial. Dan kata jururawat comel cantik berbaju kebaya putih berkain tak belah yang kebetulan baru selesai menukarkan cadar di katil Daud itu, Daud mungkin boleh hidup selamanya dalam Denial tetapi tak mungkin akan dapat terus tinggal di dalam hospital ini selamanya, pokok ceri di hadapan hospital ini mungkin tumbang dalam sehari dua lagi.

Oleh itu, katanya jururawat itu tadi,(yang aku baru perasan bahawa beliau pelat R dan S. demm, ha ha) kalau boleh, sebelum tengah malam hari ini, doktor S. Kumala mungkin akan melakukan lobotomy kepadanya. Kepada Daud. Agar boleh dia melarikan diri daripada Denial yang membisakan dirinya sekian hari lamanya.

Tetapi ada satu masalah yang lain pula muncul, kata Daud yang tiba-tiba menyahut. Nadanya tenang mukanya lurus, dan seluruh warga hospital terdiam untuk memberi laluan kepada Daud untuk berkata-kata. Kerana dari hari pertama Daud masuk ke hospital ini, tiada siapa pernah mendengar suaranya. Lagi-lagi di saat-saat Daud ingin memberi efifani seperti ini.

Tambahnya daud lagi; TAK KE KAU RASA KAU DAH LUPA NAK TEKAN CAPS LOCK SEMULA?

Mar 11, 2011

Bagaimana itu pop-kultur?