Feb 5, 2011

Surrealistic Handkerchiefs.

Ok, jangan kejar lembu-lembu. Kejar musang dekat hujung sana. Eh tak tak. Kejar rumput-rumput tu, dia dah terbang kena angin. Tapi sekejap, kenapa tak kejar awan terus? Lebih senang bukan. Awan cuma perlu dilukis, dan terus boleh dikejar. Kalau ada sayap lagi senang. Kenapa, masalahnya.

Kalau di hujung tingkap, kopi adalah penenang bagi mereka yang duduk di bandar-bandar yang tidak berehat. Atau berehat dalam kadar sekejap. semua orang ada kerja, ada kerja setiap masa, kalau di bandar-bandar seperti itu, duduk di tingkap, dan bau kopi colombia cukup tenang. Kopi colombia sayangnya, tidak masuk dengan mana-mana jenis tembakau. Sayangnya itu lebih menenangkan.

Kenapa mahu sediakan sayap, tidak topeng muka? Atau tidakkah lebih mudah sediakan roket terus, yang boleh saja lepas bebas terbang tanpa minyak. Tanpa minyak? Fikir semula, malam sudah larut, kopi kenapa kopi? Lagu Bb king dari Rekod itu, bunyi stereo yang mantap. Scale Blues yang usang dan paling lejen, bertalu-talu keluar dari gramophone itu. Oh kopi colombia, oh lagu BB king, oh kepala yng berirama. ke mana pula roket itu, atau sayap itu, atau topeng itu. Ke mana pula perginya scale-scale blues itu setelah sampai ke gendang telinga? mati di otak demi proses intepretasi? Atau diserap sel-sel telinga sebagai punca kuasa? Oh di mana hilangnya? bawakan kepada gua. Bawakan terus masuk ke dalam salur telinga ini.

Ada trompet, saxophone, bass! Dan bassline itu penting, mantapnya bassline tu, sama mantap dengan lagu itu sendiri. Bagaimana lembu-lembu itu, sihatkah musang-musang itu? Beri mereka rumput, bagikan mereka rumput, yang dah kena jemur di bawah awan. Ha, awan usang, awan usang bergilir-gilir menyerap air sejat. Bergilir-gilir dalam cara teratur yang tiada siapa tahu, di mana otaknya awan itu. Yang Hebat, itu kekal hebat. Tiada terkawal. Oh scale blues ini membunuh. Bassline itu, bassline itu mantap sangat. Ini kerja Brian Eno kah?

Asap berkepul-kepul, lembut, segera, dan mengganas pada masa ganasnya. Siput-siput. Siput-siput. Berapa ekor siput? Berapa ekor kucing? Berapa ekor biri-biri? Semua tu ilusi? Atau engkau adalah ilusionist. Hentikan ini, siapa di rumah? Ada Bipolar di situ? apa Bipolar? manik? Manik depression? Apakah, lagu tu? Kenapa banyak tanya? Ini bukan apa-apa. Tiada apa-apa. harap maklum. Tak harap pun maklum juga. maklum adalah kata perintah, atau kata penyata? harap maklum masing-masing harap maklum.

No comments: