Feb 26, 2011

Saidkik 4.

Sudah masuk dua bulan empat hari semenjak gua dan Saidkik berjalan keluar dari perkarangan Kampung Haji Mian. Melapasi segala asap, najis, jalan, cicak, kerikil, biawak, sawah, burung, lebuhraya, ayam, terusan, ketam, gurun dan salji. Dan hari ini, adalah hari terakhir musim salji di kawasan sejuk, yang gua dan saidkik menetap ni. Esok adalah panas semula yang pseudo.

Nampaknya baru gua sedar, bahawa, gua sudah terdungu. Oleh eskapisma. Semakin jauh gua cuba melarikan diri, sebenarnya, semakin lincah masalah-masalah lain mengkamirkan diri-diri mereka. Dan semakin lama gua membiarkan eskapisma membaluti diri, gua dan saidkik gua. Makin besar nilai-nilai aneh dan demensia boleh mendatang segera ke dangkalnya otak gua ini.

Syaitan!

Nampaknya eskapisma ni, mungkin adalah sebenarnya satu hal yang hampir kepada Pseudo! Malah ianya sendiri(eskapisma) adalah pseudo dan tidak konkrit. Seperti yang ini cirinya, nampaknya, eskapisma bukan jalan sebenar kepada Dunia Pseudo. Kerana dunia pseudo itu sendiri sebenarnya bukan adalah satu destinasi. Malah lebih kepada pengalihan minda gua dari terus bermuka dengan masalah-masalah yang diri gua sendiri bikinkan.

Selamat tinggal dunia Pseudo, yang di dalamnya, adalah Purple Haze yang menderu-deru lembut tetapi menyesakkan. Samada minda mahupun paru gua.

Pseudo!

Hari ini, gua dan saidkik gua akan bereksodus semula ke Kampung Haji Mian. Dengan harapan, gua berjumpa semula dunia konkrit, yang sudah lama gua tak rasa apa rasanya duduk di dunia yang keras dan berjisim. yang boleh menyedorkan gua dari terus. Dari terus ketawa tanpa distorsi masa.


Ah, mahu hiatus.

No comments: