Feb 1, 2011

pliing

Shhh. Ini sepatutnya rahsia. Tapi tak apelah. Semua berita asalnya adalah rahsia.

"Diceritakan pada zaman dahulu semua rahsia datang dari sebuah pergunungan yang tinggi amat. Bukan setinggi Amat, tapi lagi tinggi dari itu. Dan gunung punca rahsia itu yang namanya Gupura penunggunya seorang atuk tua. Budak-budak yang baru habis mengaji Muqadam biasanya panggil atuk tua tu "Kerk Biskut Koben".

Sebabnya ada dua; Kerk Biskut Koben(KBK) (satu)suka makan biskut buatan Kerk, dan (dua) suka nyanyi lagu Kurt Kobain salah lirik. Itu hal yang dia suka. Maka tak apa.

Diceritakan setiap hujung bulan, Gupura akan memuntahkan kabus tebal berkaler ungu yang didalam partikel-partikel kabus itu, terdapat sel-sel kucing jalanan yang mati akibat kelaparan dan atau di kekah oleh anjing-anjing badan besar stok-stok German Shepherd yang juga di jalanan. Mengapa sel-sel kucing jalanan yang matinya sedemikian rupa? Mengapa boleh ada dalam kabus kaler ungu keluaran Gupura?

Dan setiap kalinya Gupura memuntahkan kabus tebal kaler ungu itu, terbit sekali dalam hati penduduk-penduduk kampung sekitar gunung tinggi itu untuk membongkarkan rahsia-rahsia. Ada rahsia besar, kecik pun, sederhana juga ada. Yang tak adanya hanyalah charger henfon sebab zaman dulu kan. mane nak ada teknologi canggih. Shhh tapi itu rahsia tahu? Akibat dari pengeluaran kabus ungu terdemikian, maka terbitlah pulak satu dinamika havok dan keharokkan dalam kampung itu.

Diceritakan keharokkan yang terjadi itu, kucing-kucing diperintah berkurung, nyamuk-nyamuk betina berhenti hisap darah orang hidup, burung-burung berkicau sekejap-sekajap dan semut-semut bergerak gembira dalam kumpulan sambil mengangkat planta pulang ke sarang. Ada lagi beberapa scene-scene harok yang diakibatkan oleh perjanjian-perjanjian pakcik penulis hikayat tak dapatlah ianya ditulis melainkan ianya dilisankan secara tokok tambah kerana membahayakan kesihatan mata dan demi menjaga kesihatan masyarakat hadhari.

Biasanya selepas tercetus dinamika havoc itu Atuk Kerk Biskut Koben akan datang menyentap kabus-kabus gupura dan, err sekejap. Kena tahu dulu oleh kita bahawa Atuk KBK tu tatkala Gupura memuntahkan kabus ungu itu dia akan tertidur lena dan tak bangun-bangun walaupun dipasang dekat kepadanya sepuluh dozen jam loceng pasar malam mahupun jam loceng Seiko. Melainkan. Melainkan. Melainkan..."

Muka surat seterusnya sudah hilang dimakan dek zaman(bukan nama orang)


No comments: