Feb 5, 2011

Makan.


I don't consider it, the invention of psychedelic music. It was just asking a lot of question. The way i write things, is just the clash between reality and fantasy. You have to use fantasy to show the differrent sides of reality.
-Jimi Hendrix


Papan tanda bertulis Kampung Haji Mian tu, berkadaran dengan masa, makin kecil dalam konteks visien gua, makin kecil. Seekor burung hinggap atas bahu gua, di dadanya ada bertulis "Narsisis, mati sekarang." dan itu. Itu membuatkan gua tertelan air liur gua sendiri dan mengalihkan pandangan gua ke arah yang seharusnya ada terletak papan tanda yang tadi itu. Tapi hampa, papan tanda itu telah tiada. ia sangat kecil, sangat kecil dan menjadi miniskul sehinggakan ia bersepadu dengan infiniti, menjadi satu gelombang bunyi makroskul berintensiti separa laju cahaya.

Trak pikap kaler merah, yang kebetulan kasik can kepada gua untuk naik ke atasnya laju sangat sekali. Cuma kadang-kadang perlahan sebab, bukan hujan tapi memang jalan yong-peng ayer hitam tu banyak lori balak. Kalau laju trak pikap kaler merah tu, jauh la sesaran rambut gua melawan rintangan angin, kurang la gua punya minat nak berborak sama saidkik gua tu. Kalau bersusun pulak lori-lori angkut balak depan trak pikap kaler merah kepunyaan seorang hippies melayu tu, bersusun-susun jugakla carutan gua memaki masa-masa yang terbang keluar dari jam mekanikal gua tanpa bayaran. terbang percuma. Dan gua pun makin cepat haus sebab banyak berborak.

Gua dipaksa keluar dari Kampung Haji Mian tu. Sebabnya gua adalah narsisis, dan dalam kampung itu, sudah banyak orang-orang yang sejenis sama dengan gua. Narsisis sudah tidak diperlukan lagi di kampung itu. Tambahan pula, gua dengar kabar daripada brader Johnny B. Good, kampung haji mian sudah tak selamat lagi untuk gua duduki, sebabnya, gua tak dapat pasti lagi. Sama ada gua terlupa apa yang Johnny B. Good kaborkan atau, gua sendiri yang mernasisiskan diri gua, kononnya gua adalah anarkis yang tidak memerlukan rantai-rantai dari atas untuk gua pegang kepadanya. kononnya gua adalah anarkis yang bebas melansungkan apa-apa yang gua mahu kerana sendiri adalah anarkis.

Cuma silapnya, dekat atas trak pikap kaler merah ni, baru gua sedar. Jikalau datang kepada gua dua hal yang serentak, dua simpang untuk gua menghala. Sama ada anarkis atau relijen. Gua haruslah pergi ke arah relijen dahulu, barulah boleh cenderung kepada sistem anarkis. Ahh, demm lori balak depan ni, jalan slow sangat ahh. Tapi kenapa anarkis tak di dulukan? Yang itu gua harap lu tahu, anarkis bukan takdir sebenarnya, ia adalah opsyen engkau sendiri. Anarkis adalah mereka-seperti yang engkau sudah tahu- mahu seperti apa yang mereka suka, mereka mahu dan mereka rasa betul. Bagi aku itu adalah palsu. Dan dengan gabungan relijen dan anarkis, sekurang-kurangnya, gua boleh kurangkan withdrawal effect di hari kemudian.

Trak pikap kaler merah semakin memecut dan memecut, angin semakin menderu laju. Jalan lurus yang trak pikap ini tinggalkan, tepiannya bergabung di hujung satu titik, yang mereka kata hujung horizon. Gua semakin menjauh, dan akhirnya jalan yang terbahagi dua tepian itu, bertemu di hujungnya pada visien gua. Itu ruangnya, dan ini masanya. Gua masih di belakang trak pikap kaler merah. Saidkik gua sedang tidur, perut gua lapar. Dan bulan menyumbing malam ni, ada gaya harimau jadian mahu keluar. Aummm. Ini adalah kontajius.

Dan untuk yang selepas itu dan selepas kepada selepas itunya lagi, adalah statik dan bunyian statik. "Ssssszzsszzzsszzszzssszsszzzszszszszszszstttt"



No comments: