Feb 8, 2011

Dunia Pseudo

Dalam dunia pseudo, tiada satu pun entiti yang di dalamnya adalah berwarna dan bertona. Semuanya adalah di dalam monokrom dan permainan intensiti cahaya. Kalau ada pun warna, hanyalah warna merah teluki, yang hampir tergolong di dalam monokrom berintensiti tinggi.

Di dalam dunia pseudo, tiada satu apa pun yang dicakapkan adalah tipu, tiada satu maksud pun akan menyamai seperti apa yang tidak dimaksudkan. Sesetengahnya, mengkhabarkan, itu adalah dunia utopia. tanpa kapitalis, tanpa marksism, tanpa proletariat, tanpa lumpenploretariat mahupun bourgeoisie. Tiada juga karma didalam dunia pseudo ini. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang euforik dan bertulang belakang.

Sebagai contoh, pokok-pokok di dunia asli ini, tugasnya, salah satu adalah memberikan efek hijau dalam anak mata. Tapi di dalam dunia pseudo, pokok-pokok tugasnya adalah pemberi efek yang entah bagaimana mahu dikabarkan, mungkin pemberi kelegaan ruang dan penambah efek euforik dalam norma-norma masyarakat.

Maka apa yang bagusnya pseudo ini, kalau tidak dapat melihat itu, melihat ini, dan melihat mereka-mereka yang kita suka. Bukankah itu yang layaknya dipanggil penjara, dunia pseudo ini? Tanpa hala tuju, tiada tempat berundur, tiada tempat makan, minum, berceloteh, dan yang ada cuma gembira yang euforik.

Tapi penjara-penjara pun, ianya adalah dunia pseudo.
Tiada pengetahuan,dan tiada kepanasan, dan tiada kemarahan, tiada apa-apa. Yang ada cuma dunia pseudo.

"Hai pseudo! ruang dan jawapan dan ruang dan jawapan dan ruang dan ruang. Hai pseudo! Ini adalah jawapan, tak ini adalah ruang."


2 comments:

Amiratullyana said...

entah macam manalah 31 followers tu baca semua post yang sasar sangat ni -.- takde kamus nak translate.

alimkusing said...

31` followers tu semua mantap2