Feb 26, 2011

Saidkik 4.

Sudah masuk dua bulan empat hari semenjak gua dan Saidkik berjalan keluar dari perkarangan Kampung Haji Mian. Melapasi segala asap, najis, jalan, cicak, kerikil, biawak, sawah, burung, lebuhraya, ayam, terusan, ketam, gurun dan salji. Dan hari ini, adalah hari terakhir musim salji di kawasan sejuk, yang gua dan saidkik menetap ni. Esok adalah panas semula yang pseudo.

Nampaknya baru gua sedar, bahawa, gua sudah terdungu. Oleh eskapisma. Semakin jauh gua cuba melarikan diri, sebenarnya, semakin lincah masalah-masalah lain mengkamirkan diri-diri mereka. Dan semakin lama gua membiarkan eskapisma membaluti diri, gua dan saidkik gua. Makin besar nilai-nilai aneh dan demensia boleh mendatang segera ke dangkalnya otak gua ini.

Syaitan!

Nampaknya eskapisma ni, mungkin adalah sebenarnya satu hal yang hampir kepada Pseudo! Malah ianya sendiri(eskapisma) adalah pseudo dan tidak konkrit. Seperti yang ini cirinya, nampaknya, eskapisma bukan jalan sebenar kepada Dunia Pseudo. Kerana dunia pseudo itu sendiri sebenarnya bukan adalah satu destinasi. Malah lebih kepada pengalihan minda gua dari terus bermuka dengan masalah-masalah yang diri gua sendiri bikinkan.

Selamat tinggal dunia Pseudo, yang di dalamnya, adalah Purple Haze yang menderu-deru lembut tetapi menyesakkan. Samada minda mahupun paru gua.

Pseudo!

Hari ini, gua dan saidkik gua akan bereksodus semula ke Kampung Haji Mian. Dengan harapan, gua berjumpa semula dunia konkrit, yang sudah lama gua tak rasa apa rasanya duduk di dunia yang keras dan berjisim. yang boleh menyedorkan gua dari terus. Dari terus ketawa tanpa distorsi masa.


Ah, mahu hiatus.
Bangun pagi, macam robot. Pagii! Pagii!
Pergi sana, pergi sini, bakar nasi.
Bila malam sudah lanjut, tidur, sampai pagii.
Itu kerja-kerja kuli.

Feb 25, 2011

Demented

Dari kecil, kalau gua tahu gua sudah buat salah, biasanya gua mengaku dan berlagak berani. Tapi ada jugak kadang-kadang gua menyorok bawah meja, terutamanya lepas melakukan kesalahan melanggar disiplin rumah: menconteng dinding.

Tapi ini first time, gua buat kerja orang kabor separa tak siuman.

Feb 24, 2011

Saidkik 3.

Masuk hari ni, dah masuk sebulan tiga hari semenjak aku dan saidkik aku berhijrah dari tanah Kampung Haji Mian. Yang di dalamnya itu pernuh dengan narsisis-narsisis yang selalu terlupa mereka sebenarnya terlalu membabi-buta.

Dan sepanjang sebulan dua hari yang lepas, baru hari ni gua nak mencarik makanan asasi seorang manusia; nasik. Sepanjang hari-hari itu, gua dan saidkik, masing-masing sudah kenyang. Makan hati. Kehkeh keh.

Feb 22, 2011

Saidkik 2.

Sejuk, dan beberapa charge positif datang menitip di hujung-hujung jari gua. tatkala gua mendepangkan tangan menghala ke arah api, yang sudah tentu. Membakar.

Charge-charge positif itu, mula bertindan, bertindan dan menambah bilangan kaum-kaum mereka sendiri. Sehingga, kuku-kuku aku, mula menghitam, kerana frostbite. Walhal, di hadapan aku, adalah api. Yang sudah tentu, membakar.

Apakah fungsinya api itu, kalau ianya tidak memanaskan? Kata gua kepada saidkik gua. Kami,gua dan saidkik gua seperti yang engkau pernah tahu, baru keluar berhijrah dari kampung Haji Mian. Dan kami sekarang di sini. Di mana? Di tempat yang sejuk menggigit-gigit, dan tiada hidupan lain, selain sejuk, dan charge-charge positif yang menitip-nitip di setiap ada pemurkaan konduktor.

Feb 20, 2011

Untie.

TweeT!
Gua sudah ada Twitter. Dan untuk itu, gua rasa gua dah paling up tahap karma. Sebab gua baca reddit tiap petang, dan ada akaun semua sosial network yang femes-femes. Ok itu adalah, sangat-sangat mainstream. Jadi boleh gua sambung

Gua tak percaya kepada karma. Kalau ada pun yang aku tahu, benda yang baik, yang buruk, ada balasnya. Dan untuk aku, itulah karma yang aku fahamkan. Bukan seperti karma yang aku boleh pilih jalan hidup aku untuk ke baik atau ke yang bangsat. Dan untuk percaya kepada karma seperti yang aku fahamkan, asasnya adalah 'Peraturan Emas'(baca sebagai: Golden Rule).

Peraturan emas adalah sangat ringkas. Sangat ringkas, tapi tak ringkas sangat. Kerana kalau ringkas, ianya sudah menjadi sebutan ramai oleh masyarakat marhaen kepada mereka, musang-musang di keliling mereka. Tapi tak mengapa, dalam bumi ada lithium, dalam kaset, cd dan komputer juga ada Lithium juga. Yang penting ialah, apa yang perlu dihadam.

"One should treat others as one would like others to treat oneself"-Golden Rule.

Konon Reblog. Ha ha


Memang ngam kalau gua reblog pasal >>>ini, sekarang. Tak tahu. Tapi tak kisah lah. Benda-benda ni tak real sangat sebab gua reblog blog gua sendiri.

Jadi, ha ha. Bolehkah?

Feb 19, 2011

Padu.



Gua tak percaya sama ini gambar. Gua ingat gambar anak makcik jiran mana entah. Rupanya gua dengan abang gua. Kah kah kah. Epik, bawah robok ada talam ubat nyamuk baiii.

Feb 17, 2011

Bandana Nasi

Bagaimana, ada lebih empat ratus kaler dalam visi ini. Satu-satunya sangat berbeza dari yang lain, dan sangat vibrant orang kata. Selain warna dari visi mata, bunyi-bunyi pecah dan letup dan berdenting dan berbingit, masing-masing terpadu secara rawak dan hampir serentak. Menghilang kadang-kadang, mendatang kadang-kadang.

Ini bukan dunia, kata seekor lalat yang matanya majmuk, banyak visi, banyak yang sangat dari manusia biasa. Ini adalah dunia induksi dari asid perang yang, biasanya diambil bila ada kesempatan, bila muzik hanyalah tulang belakang kepada sesuatu yang engkau panggil trip asid.

Dan kalau terus terjatuh, (baca sebagai=trippin) jangan terus terjatuh. Atau senang kata, asid perang itu pun, ada separuh hayatnya. Atau kita-kita panggil sebagai waktu efektan. Maka engkau akan tetap terkawal dari terjatuh.

Maaf. Ini bukan tipikal, kerana, ada google sekarang kalau ada internetnya.

Feb 15, 2011

Scene.

Amnesia, Insomnia. Kalau ada pun yang lain adalah, siapa kau?

Bangun dari tidur, gua lihat ada seekor kambing sedang menelaah rapi loker besi gua. Dan sedang-sedang sedap gua duduk tepi katil gua, gua lihat scene-scene aiskrim malaysia dekat tempat gua di sini semakin suntuk. Mungkin sebab makcik-makcik yang bikin aiskrim tu dah kaya dan beralih arah bisnes jual iphone.

Amnesia, Insomnia. Kalau ada pun yang lain adalah, siapa kau?

Feb 13, 2011

Depersonalization.


The Scream.
"I was walking along a path with two friends – the sun was setting – suddenly the sky turned blood red – I paused, feeling exhausted, and leaned on the fence – there was blood and tongues of fire above the blue-black fjord and the city – my friends walked on, and I stood there trembling with anxiety – and I sensed an infinite scream passing through nature."-Edvard Munch


Dari dahulu, ada satu geluk air tempat semua orang dalam kampung boleh minum air sebanyak mana yang mereka mahukan, atau paling tidak, mereka perlukan. Macam sekarang, ada dua benda. Hujan dan petir datang sekali.

Feb 11, 2011

Apa yang mulanya adalah kosong dan akhirnya adalah kosong? Setiap yang ada di dunia adalah sebahagian dari kestabilan, dan akhirnya nanti akan berusaha menjadi kepada stabil. Maka kalau sesuatu itu hilang, sesuatu itu jadi seperti yang lain, maka ianya telah stabil. Maka seharusnya adalah tahniah bukan? Semuanya terabadi dan tak mungkin akhirnya menjadi kosong.

Feb 10, 2011

Dopamine


He who fights with monsters might take care lest he thereby become a monster. And if you gaze for long into an abyss, the abyss gazes also into you.
Friedrich Nietzsche, Beyond Good and Evil, Aphorism 146

Fokus adalah satu hal yang berbeza, berbeza dari norma yang selalu seekor manusia lakukan sewaktu melompat dan ketawa guling-guling. Atau mungkin tanah yang bergerak-gerak itu, sebenarnya bukan adalah satu infeksi dari raksasa-raksasa yang engkau selalu jumpakan dan engkau makan mereka itu dengan meratah satu-satu gigi dan kuku-kuku yang raksasa-raksasa itu ada. Tapi ia mungkin berhasil, dalam darah engkau kalau tidak di minda engkau.

Tapi tidak, sepertinya, ada satu semboyan, atau senang cakap wisel untuk memanggil semula engkau yang menerawang-rawang dalam likatan kestabilan yang berdenyut-denyut. Kerana mungkin, kalau engkau terjebak dengan itu, engkau akan jadi seperti itu.

Itu biasanya, berhasil, dan perlu cepat-cepat. Masalahnya, perkataan itu. Adakah 'hopping' atau 'hoping'? Salah kurang satu perkataan sahaja sebenarnya, lain sudah apa infeksi yang engkau mahu sampaikan. Sebenarnya apa yang bekerja? Dopamine adalah satu hal yang aneh dan sangat signifikan, untuk mamalia-mamalia.

Macam, hai mamalia!

Feb 9, 2011

Kabor

Gua punya sibuk sekarang ni tak berapa sangatla. Tapi bolehla kalau nak dikaborkan sebagai sibuk-sibuk cukup makan. Bukan apa, benda-benda yang sibuk ni, makan kena cukup. baru mantap orang kabor.

Feb 8, 2011

Dunia Pseudo

Dalam dunia pseudo, tiada satu pun entiti yang di dalamnya adalah berwarna dan bertona. Semuanya adalah di dalam monokrom dan permainan intensiti cahaya. Kalau ada pun warna, hanyalah warna merah teluki, yang hampir tergolong di dalam monokrom berintensiti tinggi.

Di dalam dunia pseudo, tiada satu apa pun yang dicakapkan adalah tipu, tiada satu maksud pun akan menyamai seperti apa yang tidak dimaksudkan. Sesetengahnya, mengkhabarkan, itu adalah dunia utopia. tanpa kapitalis, tanpa marksism, tanpa proletariat, tanpa lumpenploretariat mahupun bourgeoisie. Tiada juga karma didalam dunia pseudo ini. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang euforik dan bertulang belakang.

Sebagai contoh, pokok-pokok di dunia asli ini, tugasnya, salah satu adalah memberikan efek hijau dalam anak mata. Tapi di dalam dunia pseudo, pokok-pokok tugasnya adalah pemberi efek yang entah bagaimana mahu dikabarkan, mungkin pemberi kelegaan ruang dan penambah efek euforik dalam norma-norma masyarakat.

Maka apa yang bagusnya pseudo ini, kalau tidak dapat melihat itu, melihat ini, dan melihat mereka-mereka yang kita suka. Bukankah itu yang layaknya dipanggil penjara, dunia pseudo ini? Tanpa hala tuju, tiada tempat berundur, tiada tempat makan, minum, berceloteh, dan yang ada cuma gembira yang euforik.

Tapi penjara-penjara pun, ianya adalah dunia pseudo.
Tiada pengetahuan,dan tiada kepanasan, dan tiada kemarahan, tiada apa-apa. Yang ada cuma dunia pseudo.

"Hai pseudo! ruang dan jawapan dan ruang dan jawapan dan ruang dan ruang. Hai pseudo! Ini adalah jawapan, tak ini adalah ruang."


Jalul,

Gua jumpa Jalul tadi. Ha, tak payah nak jumpa secara direk sangat. Jumpa dalam Fesbuk sudah. Nampak gayanya Jalul ni bagus budaknya, cuma dia punya kerek sikit pun gua tak boleh nak tahan. Tak kisahlah, brader-brader jugak dulu ni budak Jalul ni. Cuma dia punya kerek sikit pun gua tak boleh nak tahan.

Feb 5, 2011

Mild

We have no right to express an opinion until we know all of the answers.
Kurt Cobain


Sangat bagus, kiranya sekarang gua dapat menghirup secawan kopi putih kaler panas. Masalahnya hari sudah malam, dan aku tak mahu tak tidur. Aku mahu tidur, seperti orang-orang normal yang lain juga. Aku mahu mimpi, seperti orang-orang normal yang lain juga. Dan untuk itu, sekarang gua meneguk ikhlas secawan milo, yang dalamnya, ada bahan-bahan esensial bagi secawan milo yang sedap, dan beberapa ketulan air yang gua bekukan sejak dari entah zaman bila. Mereka-mereka kata, pembekuan juga adalah salah satu cabang pengabadian. Tapi aku tak kisah lagi itu sekarang. Kerana aku mahu juga senyum, seperti selalu-selalu. Seperti air yang beku, yang terabadi.

Surrealistic Handkerchiefs.

Ok, jangan kejar lembu-lembu. Kejar musang dekat hujung sana. Eh tak tak. Kejar rumput-rumput tu, dia dah terbang kena angin. Tapi sekejap, kenapa tak kejar awan terus? Lebih senang bukan. Awan cuma perlu dilukis, dan terus boleh dikejar. Kalau ada sayap lagi senang. Kenapa, masalahnya.

Kalau di hujung tingkap, kopi adalah penenang bagi mereka yang duduk di bandar-bandar yang tidak berehat. Atau berehat dalam kadar sekejap. semua orang ada kerja, ada kerja setiap masa, kalau di bandar-bandar seperti itu, duduk di tingkap, dan bau kopi colombia cukup tenang. Kopi colombia sayangnya, tidak masuk dengan mana-mana jenis tembakau. Sayangnya itu lebih menenangkan.

Kenapa mahu sediakan sayap, tidak topeng muka? Atau tidakkah lebih mudah sediakan roket terus, yang boleh saja lepas bebas terbang tanpa minyak. Tanpa minyak? Fikir semula, malam sudah larut, kopi kenapa kopi? Lagu Bb king dari Rekod itu, bunyi stereo yang mantap. Scale Blues yang usang dan paling lejen, bertalu-talu keluar dari gramophone itu. Oh kopi colombia, oh lagu BB king, oh kepala yng berirama. ke mana pula roket itu, atau sayap itu, atau topeng itu. Ke mana pula perginya scale-scale blues itu setelah sampai ke gendang telinga? mati di otak demi proses intepretasi? Atau diserap sel-sel telinga sebagai punca kuasa? Oh di mana hilangnya? bawakan kepada gua. Bawakan terus masuk ke dalam salur telinga ini.

Ada trompet, saxophone, bass! Dan bassline itu penting, mantapnya bassline tu, sama mantap dengan lagu itu sendiri. Bagaimana lembu-lembu itu, sihatkah musang-musang itu? Beri mereka rumput, bagikan mereka rumput, yang dah kena jemur di bawah awan. Ha, awan usang, awan usang bergilir-gilir menyerap air sejat. Bergilir-gilir dalam cara teratur yang tiada siapa tahu, di mana otaknya awan itu. Yang Hebat, itu kekal hebat. Tiada terkawal. Oh scale blues ini membunuh. Bassline itu, bassline itu mantap sangat. Ini kerja Brian Eno kah?

Asap berkepul-kepul, lembut, segera, dan mengganas pada masa ganasnya. Siput-siput. Siput-siput. Berapa ekor siput? Berapa ekor kucing? Berapa ekor biri-biri? Semua tu ilusi? Atau engkau adalah ilusionist. Hentikan ini, siapa di rumah? Ada Bipolar di situ? apa Bipolar? manik? Manik depression? Apakah, lagu tu? Kenapa banyak tanya? Ini bukan apa-apa. Tiada apa-apa. harap maklum. Tak harap pun maklum juga. maklum adalah kata perintah, atau kata penyata? harap maklum masing-masing harap maklum.

Makan.


I don't consider it, the invention of psychedelic music. It was just asking a lot of question. The way i write things, is just the clash between reality and fantasy. You have to use fantasy to show the differrent sides of reality.
-Jimi Hendrix


Papan tanda bertulis Kampung Haji Mian tu, berkadaran dengan masa, makin kecil dalam konteks visien gua, makin kecil. Seekor burung hinggap atas bahu gua, di dadanya ada bertulis "Narsisis, mati sekarang." dan itu. Itu membuatkan gua tertelan air liur gua sendiri dan mengalihkan pandangan gua ke arah yang seharusnya ada terletak papan tanda yang tadi itu. Tapi hampa, papan tanda itu telah tiada. ia sangat kecil, sangat kecil dan menjadi miniskul sehinggakan ia bersepadu dengan infiniti, menjadi satu gelombang bunyi makroskul berintensiti separa laju cahaya.

Trak pikap kaler merah, yang kebetulan kasik can kepada gua untuk naik ke atasnya laju sangat sekali. Cuma kadang-kadang perlahan sebab, bukan hujan tapi memang jalan yong-peng ayer hitam tu banyak lori balak. Kalau laju trak pikap kaler merah tu, jauh la sesaran rambut gua melawan rintangan angin, kurang la gua punya minat nak berborak sama saidkik gua tu. Kalau bersusun pulak lori-lori angkut balak depan trak pikap kaler merah kepunyaan seorang hippies melayu tu, bersusun-susun jugakla carutan gua memaki masa-masa yang terbang keluar dari jam mekanikal gua tanpa bayaran. terbang percuma. Dan gua pun makin cepat haus sebab banyak berborak.

Gua dipaksa keluar dari Kampung Haji Mian tu. Sebabnya gua adalah narsisis, dan dalam kampung itu, sudah banyak orang-orang yang sejenis sama dengan gua. Narsisis sudah tidak diperlukan lagi di kampung itu. Tambahan pula, gua dengar kabar daripada brader Johnny B. Good, kampung haji mian sudah tak selamat lagi untuk gua duduki, sebabnya, gua tak dapat pasti lagi. Sama ada gua terlupa apa yang Johnny B. Good kaborkan atau, gua sendiri yang mernasisiskan diri gua, kononnya gua adalah anarkis yang tidak memerlukan rantai-rantai dari atas untuk gua pegang kepadanya. kononnya gua adalah anarkis yang bebas melansungkan apa-apa yang gua mahu kerana sendiri adalah anarkis.

Cuma silapnya, dekat atas trak pikap kaler merah ni, baru gua sedar. Jikalau datang kepada gua dua hal yang serentak, dua simpang untuk gua menghala. Sama ada anarkis atau relijen. Gua haruslah pergi ke arah relijen dahulu, barulah boleh cenderung kepada sistem anarkis. Ahh, demm lori balak depan ni, jalan slow sangat ahh. Tapi kenapa anarkis tak di dulukan? Yang itu gua harap lu tahu, anarkis bukan takdir sebenarnya, ia adalah opsyen engkau sendiri. Anarkis adalah mereka-seperti yang engkau sudah tahu- mahu seperti apa yang mereka suka, mereka mahu dan mereka rasa betul. Bagi aku itu adalah palsu. Dan dengan gabungan relijen dan anarkis, sekurang-kurangnya, gua boleh kurangkan withdrawal effect di hari kemudian.

Trak pikap kaler merah semakin memecut dan memecut, angin semakin menderu laju. Jalan lurus yang trak pikap ini tinggalkan, tepiannya bergabung di hujung satu titik, yang mereka kata hujung horizon. Gua semakin menjauh, dan akhirnya jalan yang terbahagi dua tepian itu, bertemu di hujungnya pada visien gua. Itu ruangnya, dan ini masanya. Gua masih di belakang trak pikap kaler merah. Saidkik gua sedang tidur, perut gua lapar. Dan bulan menyumbing malam ni, ada gaya harimau jadian mahu keluar. Aummm. Ini adalah kontajius.

Dan untuk yang selepas itu dan selepas kepada selepas itunya lagi, adalah statik dan bunyian statik. "Ssssszzsszzzsszzszzssszsszzzszszszszszszstttt"



Feb 4, 2011

Kah.

Brader-brader naqib dengan tabligh dekat mesir, tunisia dan brader-brader arab yang lain dah maju dah. Sampai siap boleh buat reformasi besar-besaran dah.

Brader-brader naqib dengan tabligh dekat Malaysia bila lagi? Kah kah kah.

Oatside the wall.

Ini adalah, ikut seperti yang gua kata. Ikut dan tenang dan riang dan sentosa.

Mata kanan kau, serta kiri. Halakan pandangan kau ke hadapan dan tutup mata kiri. Dengan tenang mata kanan engkau itu engkau lihat sekeliling engkau menggunakannya, mata kanan engkau yang terbuka itu. Sekarang cari dari bahagian muka kau itu, mata kiri. Ya la, mata kiri engkau. Jangan risau. Kalau tak jumpa, tenang, riang dan kekal sentosa.

Mata kanan kau, serta kiri. Halakan pandangan kau ke hadapan dan tutup mata kanan. Dengan tenang mata kiri engkau itu engkau lihat sekeliling engkau menggunakannya, mata kiri engkau yang terbuka itu. Sekarang cari dari bahagian muka kau itu, mata kanan. Ya la, mata kanan engkau. Jangan risau. Kalau tak jumpa, tenang, riang dan kekal sentosa.

Itu, kata seorang homeless kepada gua semalam, biasalah. Kadang-kadang engkau bukan tak mahu nak lihat orang sekeliling lu. Cuma memang lu tak boleh nampak je. Nak buat macam mana. Homeless macam mana pun, mandi kena tepat, gosok gigi kena bersih, pakai baju mesti kering. Barulah homeless berbudi, kabor seorang homeless kepada gua semalam.

Feb 3, 2011

Tumbler Kumbahan


Pagi-pagi bangun tidur, gua teringat nak reblog pasal post ni, post ni, dan post ni. Peace and music ye dak? Kadang-kadang gua poser jugak mereblog-reblog secara konon-konon ni.

Oh yeah3.

Peel gua pasal adrenaline tu gua dah buang dah dekat sungai, sebaik sahaja gua tangkap peel tu dan masukkan dia dalam botol kicap cap kipas udang keluaran zara food perisa masin dan bukan manis.

Nampaknya keadaan terkawal dan tak perlu nak panggil bomoh-bomoh sangat. Sebab bomoh pun kentut je lebih. Esok raya cina tahun arnab. Mana gua nak carik karet?

Oh yeah2.

So the cases where i lost my adrenaline. Nah, i can't deny it. I'm something or maybe, someone distinct to when i was sober. Sober as if adrenaline was the alcohol. I lied, trashed, fueled with angst and one day, when i was full of that things, i went to Floyd the Barber, who tried to kill his mirror image outside his dog kennel. His barber shop was in front of me school, school with no recess. Err, yeah it just my luck, with no recess.

I saw him, Floyd the Barber with white labcoat, and i couldn't say nothing except;
Where's your luck Floyd? I found one here, right under my sinus. Quietly aproaching the surface and distorting a burst buzz. You should get yourself one too. as maybe as you are inert, i can't help to told ya that no i won't lie, i'm just possessed by the hell is what adrenaline? It's a negative creeps, hey hi downer. hi keep that, the paper cut.

It get bleached by time. Yeah the one adrenaline, by time. Not the paper cut. It's something in Utero.

Feb 2, 2011

Oh yeah.

Adrenaline eh, whose adrenaline?
My adrenaline was long lost dead, sentence for something real bad. As bad as the mason.

I could paint you a city, more or less without that things. What we call that again? oh adrenaline. And some dimensionless city with bat here and there and terror at every inch of that damn canvas if left to me some trace of it, the adrenaline. The adrenochrome, epinephrine. Well exactly i can't say no to them. Lest, not an excess of it.

It is a fight or flight maybe. Fight or flight. I smell it by the coffee. By the coffee we left inside the box. The caffeine, with inducing adrenaline power. It grows well in me, in the adrenal, the semilunar shaped gland, gland or something?

Superior, inferior, a things to hide, than there's adrenaline. Some things to shown, urgent, unimportant maybe there will come the adrenaline. Oh yeah, where did it go?

Feb 1, 2011

pliing

Shhh. Ini sepatutnya rahsia. Tapi tak apelah. Semua berita asalnya adalah rahsia.

"Diceritakan pada zaman dahulu semua rahsia datang dari sebuah pergunungan yang tinggi amat. Bukan setinggi Amat, tapi lagi tinggi dari itu. Dan gunung punca rahsia itu yang namanya Gupura penunggunya seorang atuk tua. Budak-budak yang baru habis mengaji Muqadam biasanya panggil atuk tua tu "Kerk Biskut Koben".

Sebabnya ada dua; Kerk Biskut Koben(KBK) (satu)suka makan biskut buatan Kerk, dan (dua) suka nyanyi lagu Kurt Kobain salah lirik. Itu hal yang dia suka. Maka tak apa.

Diceritakan setiap hujung bulan, Gupura akan memuntahkan kabus tebal berkaler ungu yang didalam partikel-partikel kabus itu, terdapat sel-sel kucing jalanan yang mati akibat kelaparan dan atau di kekah oleh anjing-anjing badan besar stok-stok German Shepherd yang juga di jalanan. Mengapa sel-sel kucing jalanan yang matinya sedemikian rupa? Mengapa boleh ada dalam kabus kaler ungu keluaran Gupura?

Dan setiap kalinya Gupura memuntahkan kabus tebal kaler ungu itu, terbit sekali dalam hati penduduk-penduduk kampung sekitar gunung tinggi itu untuk membongkarkan rahsia-rahsia. Ada rahsia besar, kecik pun, sederhana juga ada. Yang tak adanya hanyalah charger henfon sebab zaman dulu kan. mane nak ada teknologi canggih. Shhh tapi itu rahsia tahu? Akibat dari pengeluaran kabus ungu terdemikian, maka terbitlah pulak satu dinamika havok dan keharokkan dalam kampung itu.

Diceritakan keharokkan yang terjadi itu, kucing-kucing diperintah berkurung, nyamuk-nyamuk betina berhenti hisap darah orang hidup, burung-burung berkicau sekejap-sekajap dan semut-semut bergerak gembira dalam kumpulan sambil mengangkat planta pulang ke sarang. Ada lagi beberapa scene-scene harok yang diakibatkan oleh perjanjian-perjanjian pakcik penulis hikayat tak dapatlah ianya ditulis melainkan ianya dilisankan secara tokok tambah kerana membahayakan kesihatan mata dan demi menjaga kesihatan masyarakat hadhari.

Biasanya selepas tercetus dinamika havoc itu Atuk Kerk Biskut Koben akan datang menyentap kabus-kabus gupura dan, err sekejap. Kena tahu dulu oleh kita bahawa Atuk KBK tu tatkala Gupura memuntahkan kabus ungu itu dia akan tertidur lena dan tak bangun-bangun walaupun dipasang dekat kepadanya sepuluh dozen jam loceng pasar malam mahupun jam loceng Seiko. Melainkan. Melainkan. Melainkan..."

Muka surat seterusnya sudah hilang dimakan dek zaman(bukan nama orang)