Jan 18, 2011

Steady

Dahulu, kalau gua pergi mengaji. Targetnya cuma satu; tiap-tiap malam gua boleh pindah muka surat lain. Benda-benda macam ni biasanya membuatkan gua lebih fokus dan tawadhuk dalam membatang abjad-abjad arab, dan membaca quran dengan penuh tertib dan tartil.

Kalau ada satu malam tu gua tak tenang dan sibuk berterumba dengan member-member seperngajian gua punya fokus akan hilang dalam mengaji dan membuatkan cikgu ngaji gua ketuk tangan gua dengan penuh tenang dan muka tak kerek.

Dahulu, lepas abis ngaji, gua still berterumba depan luar rumah cikgu ngaji gua dengan penuh fokus dan Hu-Ha, Hu-Ha. Sampai terlupa penat-lelah tangkap belalang kunyit petangnya.

No comments: