Jan 16, 2011

Skew

Back to basic, what are the basic? Gua melihat balik kepada asas ni adalah benda yang rumit dan lebih tak berasas daripada perkataan asas itu sendiri lagi-lagi dan tambahan pula, dengan jarak engkau dengan asas itu telah jauh, dan lebih jauh dari jarak antara dua landasan keretapi.

Kembali kepada asas ada dua cara, yang mana kita semua suka adalah, keluar daripada landasan yang menjauhkan kita dari asas, dan mencari jalan baru untuk keluar dari landasan itu, dan mencipta landasan baru yang menghubungkan semula rumit dengan asas. Tak berapa sukar.

Dan cara kedua, mengharungi semula segala apa yang kita sudah lalui dalam landasan yang menjauhkan kira dari asas, dalam arah yang bertentangan. Seterusnya melihat semula kesilapan-kesilapan kita sepanjang perjalanan menemui kerumitan, jumpa semula kepada asas, dan ulang semula jurney kita tadi sehingga berjumpa rumit. Ini bukan cerita 'meet joe black' dan ini adalah sangat sukar, dan kemachoan perlu tinggi.

Semudah-mudah cara pertama itu, lecehnya adalah selepas perlaksanaannya. Jikalau tersilap langkah, berlaku paradoks-paradoks yang menghasilkan distorsi ke dalam gelombang-gelombang landasan, seterusnya mewujudkan ekuasi apokalips. Analoginya, lu dapat seekor ikan secara 'Plingg!' dan engkau sendiri siang, sendiri masak, sendiri hanguskan ikan, sendiri buang ikan sekali lagi "Plinggg!" maka sekali lagi engkau sendiri siang, sendiri mengunyit, sendiri menangis potong bawang, sendiri kuali bocor, sendiri betulkan kuali, sendiri masak dengan tenang dan lalala sendiri makan. Dan tiba-tiba apa yang engkau makan itu tidak sedap. cewaah.

Sesukar-sukar cara kedua itu, gua lihat, selain daripada ianya mustahil dan memerlukan masa yang lama. Keputusannya agaklah. Agaklah memuaskan. Ianya lebih kepada real-time solution. Setapak dan setapak, satu masalah, dan masalah lagi. Satu langkah, dan satu langkah, ada solusi dan solusi lagi. Analoginya, engkau bangun pagi, engkau berpeluh-leluh(?) mencarik cacing, mencari lubuk ikan, engkau memancingnya dengan tenang, dan kemudian, ikan yang kau dapat itu, secara "Plingggg!" sudah siap dimasak tiga rasa dan pakej sekali dengan Horlick ais.

Apa-apa caranya jugak pun, gua tahu benda-benda macam ni adalah tak berapa penting. Atau mungkin penting nanti, tapi tunggu dulu, soalnya rumit atau asas?




1 comment:

Anonymous said...

perlu memeriksa:)