Jan 15, 2011

No weed thanks. Hah?

Tahu pasal Narkissus, Narkisistik, dan kematian Narkissus? Tahu pasal kerja menyawit, dan kerja gomen, dan kerja-kerja boss?

Narkissus dalam diri, memunculkan narkisistik dalam setiap perbuatan, tetapi masih tidak memerlukan bahan-bahan narkotik bagi meluruskan pandangan dan kesopanan. Narkisistik dalam kesemulajadiaan, lu mesti mahir dan arif dalam setiap apa yang engkau narkisistikkan, kerana, narkissus adalah menghampiri perfeksi tetapi bukan adalah sesuatu bahan yang perfeksionis dalam kesemulajadian.

Kalau dilihat sekali lintas, gua tak pernah mahu nak kerja jadik penyawit. Tak boleh tak. Selagi gua tak bikin samting untuk meriliskan apa-apa yang tak penting, masa depan gua sekarang adalah menyawit. Gua tak mahu menyawit. Dan gua tak mahu melancong dari masa ke masa. Itu bukan bidang, gua.

Kalaupun gua mahu bercadang untuk bikin satu perlancongan zaman, gua perlu keriet satu paradoks masa dari sekarang tetapi itu semua leceh. Lu tahu? Betapa kalau gua boleh mewujudkan kematian Narkissus ini semula, lantas merembaskan segala apa narkisistik dalam kesemulajadian.

Gua masih belum boleh membikinkan sesuatu yang kita kaborkan sebagai roket penyelamat. Yang boleh bawak gua ke tempat yang jauh dari tamadun dan menyorok sepanjang hayat sampai bertemu batu filosofer yang bertabur dari darah-darah mereka-mereka yang tidak pernah wujud dalam garisan krono antara gua dan mereka yang bertindan dan bersilang.

No comments: