Jan 17, 2011

Monday Blues. Kehkehkeh

Hari ni, seekor burung datang bertenggek dekat gua punya tingkap bilik, katanya, wei lu dah lambat pergi kelas. Gua fikir dia tipu, tapi memang hari sudah terang. Gua tak teruskan tidur, gua duduk dulu dekat tepi katil gua, nampaknya jam bilik gua pun belum bangun tidur.

Gua nampak loker gua dah tersenyum riang, tuala, alatan mandi pun berkelakuan sama. Gua tersenyum malu. Cilake apa, benda-benda ni semua gua bangun pagi-pagi dah tersenyum riang, macam mintak kena makan. Selalu tak macam, ni. Biasanya, gua punya loker cap mara, tuala cap penguin dengan alatan-alatan mandi gua, bangun pagi pun payah bersuruh, apetah lagi sembahyang subuh berjemaah dan senyum kat gua.

Benda-benda macam ni buat gua makin pelik. Gua teruskan kehidupan baru bangun pagi gua seperti biasa, dan bergegas ke bilik air, nak ambik air sembahyang.barulah berkat hidup gua orang kabor. Sebaik sahaja gua keluar dari bilik gua, baru gua teringat. Yang... Cer citer, cer citer gua teringat apa?

Hari ni hari Isnin weh. Demm kan?


Burung yang bertenggek dekat tingkap bilik gua tak habis-habis cakap-belawok, belawok, belawok, belawok,belawok, belawok.

No comments: