Jan 26, 2011

Intensiti

Ada satu intensiti tinggi datang dengan kelajuan yang separa mendinginkan, dan akan pergi dengan pengurangan intensiti yang malar dan tambahan pecutan malar. Sehingga kalau engkau sudah perasan intensiti itu pergi meninggalkan engkau, engkau telah tertipu sekali. Kerana instant saat intensiti itu berkurang secara malar dan memecut juga dengan malar, satu lagi intensi mendatang dengan kelajuan yang separa mendinginkan.


Sudahlah, dari awalnya engkau tak pernah kena tipu. Atau mungkin. Sedikit sahaja. Sedikit yang tak menjejaskan sedikit pun daripada engkau yang semestinya sedikit.

Sejak dari azali sedikit? Tak kisahlah. Sekarang bukan dalam fasanya. Dan bukan dalam lingkupan keseriusan maksima. Makanya kisah adalah tidak perlu. Dan tak kisah? Sejak dari azali tak kisah.

No comments: