Jan 2, 2011

Debris-debris.

Gua rasa gua mimpi 2010 datang kepada gua semalam. Dengan keadaan yang gua malas nak beritahu macam mana, takut aib si 2010 ni terbuka. Katanya masa kat dalam mimpi tu kepada gua;
"Cilaka lu tinggalkan gua terkontang-kanting sorang-sorang dekat sini. Lu tak de perasaan ke? weh mak kucing pun ada perasaan la". Sambil jari tengah tangan kanannya terangkat-angkat ke arah gua dengan penuh ketidak steady-an dan padu. "

Gua syak gua tak basuh kaki malam tadi, dan sebelum gua sempat nak bagi tazkirah free dekat 2010, azan subuh berkumandang, gua terjaga dari mimpi dan check kalau, kalau ada belalang bawah bantal gua. Lepastu baru gua check kalender, demm! Hari ini, adalah hari pertama tahun Gregory. Dan dua hari lagi, gua dah boleh bermula belajar semula apa yang gua dah cutikan sebulan tu.

p/s- kepada 2010, padan muka lu. Lu simpan la elok-elok frakmen-frakmen diri gua yang terbaur dengan hedonisma diri lu tu. Gua harap lu simpan frakmen-frakmen tu elok-elok. Sebab nanti-nanti gua mahukan semula mungkin. Satu masa di hadapan nanti. Babai 2010, lu wajar kena tinggal. Kahkahkah

No comments: