Jan 28, 2011

Enlaitmen.

Membaca dalam gelap orang kabor boleh rosakkan mata. Tapi kalau membaca dalam gelap , unsur saspennya tinggi, kadar kelajuan membaca jadi perlahan dan yang itu; boleh membikinkan pemahaman tinggi dalam pembacaan. Seterusnya kalau ada, menaikkan emosi dan merencatkan kebosanan terhadap elemen yang dibaca.

Cuba kita kasik sikit elemen enlaitmen. Pembacaan dalam terang maksudnya. Unsur saspennya kurang, kadar kelajuan membaca meningkat. Dan yang itu; boleh membikinkan pemahaman terhadap subjek bacaan kurang. Merencatkan fasa-fasa eksaitmen, serta menidakkan unsur-unsur seprais. Dan untuk itu, harga kesemua itu. Nilainya adalah kesihatan mata.

Gelap dan terang. Enlaitmen dan klules. Pilih dan pilih.

Jan 26, 2011

Intensiti

Ada satu intensiti tinggi datang dengan kelajuan yang separa mendinginkan, dan akan pergi dengan pengurangan intensiti yang malar dan tambahan pecutan malar. Sehingga kalau engkau sudah perasan intensiti itu pergi meninggalkan engkau, engkau telah tertipu sekali. Kerana instant saat intensiti itu berkurang secara malar dan memecut juga dengan malar, satu lagi intensi mendatang dengan kelajuan yang separa mendinginkan.


Sudahlah, dari awalnya engkau tak pernah kena tipu. Atau mungkin. Sedikit sahaja. Sedikit yang tak menjejaskan sedikit pun daripada engkau yang semestinya sedikit.

Sejak dari azali sedikit? Tak kisahlah. Sekarang bukan dalam fasanya. Dan bukan dalam lingkupan keseriusan maksima. Makanya kisah adalah tidak perlu. Dan tak kisah? Sejak dari azali tak kisah.

Pokok

Pokok, tugas gua kepada masyarakat, katanya. Bukan macam papan tanda 'Peringatan Kepada Pelajar'. Bukan juga macam tong-tong resaikel dan kepala paip tempat ambik air sembahyang, mahupun macam pasir-pasir budak-budak buat main petang-petang. Tapi tugas beliau pada masyarakat lebih macam anak kecil main api. ha.

Jan 24, 2011

Palm mute, dan face palm. Speaker rosak dan mouse bergerak. Reaction kinetics dan Voodo Child. Febreeze dan rakan-rakan.

Jan 19, 2011

Bandana

Kata Zamri, ubat paling mantap adalah tidur,Sanusi iakan aja. Ada banyak lagi kerja berpekdah yang Sanusi boleh buat sekarang.

Tapi bila Zamri dah mula nak masuk bab-bab yang aneh-aneh dan berbaur malang dan nista, Sanusi mula berminat nak dengar. Muka Sanusi tetap kerek dan lawan cakap pun tak nengok muka Zamri.

Zamri takde hal punya. Kahkahkah

Jan 18, 2011

Ada satu sampai tahap hidup dekat dunia ni, lu rasa lu perlu menjadi 'sober' semula. Gua pun rasa gua perlu hidup dengan lebih tenang dan penuh 'sober'.

Gua dah tak boleh bikin benda-benda bukan-bukan. Sober tu real maksudnya. Real, real. Gua tak pernah real. Tapi kadang-kadang pun tak steady. Kahkahkah.


Sober adalah perkataan orang putih.

Steady

Dahulu, kalau gua pergi mengaji. Targetnya cuma satu; tiap-tiap malam gua boleh pindah muka surat lain. Benda-benda macam ni biasanya membuatkan gua lebih fokus dan tawadhuk dalam membatang abjad-abjad arab, dan membaca quran dengan penuh tertib dan tartil.

Kalau ada satu malam tu gua tak tenang dan sibuk berterumba dengan member-member seperngajian gua punya fokus akan hilang dalam mengaji dan membuatkan cikgu ngaji gua ketuk tangan gua dengan penuh tenang dan muka tak kerek.

Dahulu, lepas abis ngaji, gua still berterumba depan luar rumah cikgu ngaji gua dengan penuh fokus dan Hu-Ha, Hu-Ha. Sampai terlupa penat-lelah tangkap belalang kunyit petangnya.

Bzzzzt

Gua bangga dengan malam-malam dekat Seremban sekarang ni. Dah reti nak sejuk dan mendamaikan hati. Lantas membuatkan gua nak tidur dari tadi. Nyamuk-nyamuk pun dah pandai tak mau gigit sama gua. Ini membuatkan gua berasa ingin tepuk tangan ala-ala brader-brader kerja kontrak.

Jan 17, 2011

Hobi

Gua ingat nak mulakan semula hobi gua yang dah lama gua tinggalkan sejak awal tahun dulu. Benda-benda elok macam ni, biasanya orang kata kena buat dengan lincah dan sesegera yang mungkin. Gua dah mula nak malas tangguh-tangguh hobi gua yang dah lama gua lupakan ni.

Yes, gua ingat nak mulakan semula hobi pergi surau setiap waktu sembahyang. Semoga nanti bertambah berkat hidup gua dan diiringi Nur Kasih. Kahkahkah.

Real dan steady, macam air mineral cap Summit kan?

Monday Blues. Kehkehkeh

Hari ni, seekor burung datang bertenggek dekat gua punya tingkap bilik, katanya, wei lu dah lambat pergi kelas. Gua fikir dia tipu, tapi memang hari sudah terang. Gua tak teruskan tidur, gua duduk dulu dekat tepi katil gua, nampaknya jam bilik gua pun belum bangun tidur.

Gua nampak loker gua dah tersenyum riang, tuala, alatan mandi pun berkelakuan sama. Gua tersenyum malu. Cilake apa, benda-benda ni semua gua bangun pagi-pagi dah tersenyum riang, macam mintak kena makan. Selalu tak macam, ni. Biasanya, gua punya loker cap mara, tuala cap penguin dengan alatan-alatan mandi gua, bangun pagi pun payah bersuruh, apetah lagi sembahyang subuh berjemaah dan senyum kat gua.

Benda-benda macam ni buat gua makin pelik. Gua teruskan kehidupan baru bangun pagi gua seperti biasa, dan bergegas ke bilik air, nak ambik air sembahyang.barulah berkat hidup gua orang kabor. Sebaik sahaja gua keluar dari bilik gua, baru gua teringat. Yang... Cer citer, cer citer gua teringat apa?

Hari ni hari Isnin weh. Demm kan?


Burung yang bertenggek dekat tingkap bilik gua tak habis-habis cakap-belawok, belawok, belawok, belawok,belawok, belawok.

Jan 16, 2011

Skew

Back to basic, what are the basic? Gua melihat balik kepada asas ni adalah benda yang rumit dan lebih tak berasas daripada perkataan asas itu sendiri lagi-lagi dan tambahan pula, dengan jarak engkau dengan asas itu telah jauh, dan lebih jauh dari jarak antara dua landasan keretapi.

Kembali kepada asas ada dua cara, yang mana kita semua suka adalah, keluar daripada landasan yang menjauhkan kita dari asas, dan mencari jalan baru untuk keluar dari landasan itu, dan mencipta landasan baru yang menghubungkan semula rumit dengan asas. Tak berapa sukar.

Dan cara kedua, mengharungi semula segala apa yang kita sudah lalui dalam landasan yang menjauhkan kira dari asas, dalam arah yang bertentangan. Seterusnya melihat semula kesilapan-kesilapan kita sepanjang perjalanan menemui kerumitan, jumpa semula kepada asas, dan ulang semula jurney kita tadi sehingga berjumpa rumit. Ini bukan cerita 'meet joe black' dan ini adalah sangat sukar, dan kemachoan perlu tinggi.

Semudah-mudah cara pertama itu, lecehnya adalah selepas perlaksanaannya. Jikalau tersilap langkah, berlaku paradoks-paradoks yang menghasilkan distorsi ke dalam gelombang-gelombang landasan, seterusnya mewujudkan ekuasi apokalips. Analoginya, lu dapat seekor ikan secara 'Plingg!' dan engkau sendiri siang, sendiri masak, sendiri hanguskan ikan, sendiri buang ikan sekali lagi "Plinggg!" maka sekali lagi engkau sendiri siang, sendiri mengunyit, sendiri menangis potong bawang, sendiri kuali bocor, sendiri betulkan kuali, sendiri masak dengan tenang dan lalala sendiri makan. Dan tiba-tiba apa yang engkau makan itu tidak sedap. cewaah.

Sesukar-sukar cara kedua itu, gua lihat, selain daripada ianya mustahil dan memerlukan masa yang lama. Keputusannya agaklah. Agaklah memuaskan. Ianya lebih kepada real-time solution. Setapak dan setapak, satu masalah, dan masalah lagi. Satu langkah, dan satu langkah, ada solusi dan solusi lagi. Analoginya, engkau bangun pagi, engkau berpeluh-leluh(?) mencarik cacing, mencari lubuk ikan, engkau memancingnya dengan tenang, dan kemudian, ikan yang kau dapat itu, secara "Plingggg!" sudah siap dimasak tiga rasa dan pakej sekali dengan Horlick ais.

Apa-apa caranya jugak pun, gua tahu benda-benda macam ni adalah tak berapa penting. Atau mungkin penting nanti, tapi tunggu dulu, soalnya rumit atau asas?




Jan 15, 2011

fuel optimal rendezvous




Though Sun is gone, I have a light. I think I'm dumb, or maybe just happy.

Gua nak taip tajuk, tiba-tiba ada drop down tulis "fuel optimal rendezvous". ha ha

No weed thanks. Hah?

Tahu pasal Narkissus, Narkisistik, dan kematian Narkissus? Tahu pasal kerja menyawit, dan kerja gomen, dan kerja-kerja boss?

Narkissus dalam diri, memunculkan narkisistik dalam setiap perbuatan, tetapi masih tidak memerlukan bahan-bahan narkotik bagi meluruskan pandangan dan kesopanan. Narkisistik dalam kesemulajadiaan, lu mesti mahir dan arif dalam setiap apa yang engkau narkisistikkan, kerana, narkissus adalah menghampiri perfeksi tetapi bukan adalah sesuatu bahan yang perfeksionis dalam kesemulajadian.

Kalau dilihat sekali lintas, gua tak pernah mahu nak kerja jadik penyawit. Tak boleh tak. Selagi gua tak bikin samting untuk meriliskan apa-apa yang tak penting, masa depan gua sekarang adalah menyawit. Gua tak mahu menyawit. Dan gua tak mahu melancong dari masa ke masa. Itu bukan bidang, gua.

Kalaupun gua mahu bercadang untuk bikin satu perlancongan zaman, gua perlu keriet satu paradoks masa dari sekarang tetapi itu semua leceh. Lu tahu? Betapa kalau gua boleh mewujudkan kematian Narkissus ini semula, lantas merembaskan segala apa narkisistik dalam kesemulajadian.

Gua masih belum boleh membikinkan sesuatu yang kita kaborkan sebagai roket penyelamat. Yang boleh bawak gua ke tempat yang jauh dari tamadun dan menyorok sepanjang hayat sampai bertemu batu filosofer yang bertabur dari darah-darah mereka-mereka yang tidak pernah wujud dalam garisan krono antara gua dan mereka yang bertindan dan bersilang.

Jan 14, 2011

nanti gua kasik edit.

Jadi bagaimananya nanti kalau apa yang telah lu usahakan dari dahulu lagi di tanah-tanah itu, akan mereput dan memakan diri lu dari dalam ke luar?

Ada dua benda lu boleh bikin, satunya meletakkan apa-apa yang gua ngantuk, ke tempat yang oh, gua nak orijinaliti doe, sebaik-baiknya sekali sehari selepas makan dan menaiki basikal. Ramai orang kata menaiki basikal dan melompat tak sama. Itu gua tahu. tak kisahlah, sekarang ni aku rengah menaip sambil tutytp mata sebabab dah ngantuk gila.

Peh peh, pukul berapa lagi ular sawa akan tiba, dan menunjukkan lidah hitamnyam, yang menyaring dan apa yang aku rulis ni lnvasr,m woo. kjkyu rase aku tak ingatr dah ape yang aku tulis. itu berul-brul automatism. Ha ha. baiklah, biasanya waktu=waktu ngantuk macam ni, cikgu kasik formyla dekagt frsbuk dan waaa\
ape klagi yang ade ga? aaaa, kenapa ada laghi macam budal tak balik lagi dari kelas ru weh wow, cuba gua bayangkan, werr gua ngantukl ni doe, tunkjukka la apa yang bole diedar. aaaassss pstutnys sku mrnsip fsn buksn tifur, hshshs. prtrt pun mslsm-ksnsl onlinr gsk kr? has ha. woi. woi.
i



Sessudah di edit.

Peh peh, pukul berapa lagi ular sawa akan tiba, dan menunjukkan lidah hitamnya, yang menyaring dan apa yang aku tulis ni sebenarnya woo. akuu rase aku tak ingat dah ape yang aku tulis. itu betul-betul automatism. Ha ha. baiklah, biasanya waktu-waktu ngantuk macam ni, cikgu kasik formula dekat fesbuk dan waaa?
ape lagi yang ade ha? aaaa, kenapa ada lagi macam budak tak balik lagi dari kelas tu weh wow. cuba gua bayangkan, err gua ngantuk ni doe, tunjukkan la apa yang bole diedar. aaaassss* patutnya aku menaip dan bukan tidur, hahaha. prtrt* pun malam-kanal online gak ke? haa ha. woi. woi.


*gua tak pasti. demm.

Jan 13, 2011

Freddie

Ye own ye chase ye path.
Kata Abdul kepada sesiapa sahaja yang beliau jumpa. Tak kisahlah, dekat sekolah, dekat Summit, dekat Everest, dekat pengetua, dekat kuda, dekat tempat bowling. Itu sahajalah yang dikaborkannya. Kecuali lah, kalau orang lain yang sebut ultraman depan dia.

Ye own ye chase ye path.
Abdul, berlari-lari anak dan terjatuh ke atas pokok durian pak cik Freddie Janggut Lebat.
Untuk melakukan perbuatan bunuh diri, tak penting untuk siapa-siapa pun untuk membuat satu nota membunuh diri. Sebabnya, bunuh diri, tu tak best, tak cool dan wattahell?

Jan 10, 2011

Jamion

"jangan ketawa-ketawa nanti nangis", kata Jamion member gua kalau dia dah overloded ketawa. kahkahkah. Kahkahkah.

Gua tak tau kalau dia betul, tapi tula kata orang tua-tua katanya. Sama ada gua nak iakan, atau gua biarkan aje, ape Jamion kata. Gua boleh rasa ape yang benarnya beliau.

Kahkahkah. "Jangan ketawa-ketawa nanti nangis".

Jan 8, 2011

Jadi bagaimana? Di dalam kepala ada irama dari Coldplay-Trouble. Di dalam lemari tiada apa-apa. Di dalam kamus tiada 'fwen'. Di dalam Seremban ada tempat paling otai dan bebas kuala. Gua rasa kahkahkah.

Jan 6, 2011

Lecak.

Dulu, kalau lepas hujan. Selain daripada scene-scene main bola main-main dekat depan rumah, ada juga gua pernah terlibat dalam scene-scene main lecak.

Demm. Bila gua mereminis kan balik. Boleh tahan cilaka jugak dia punya tak best main lecak tu. Boleh kena kurap orang kabor.

Lain-lain scene yang lebih up untuk diceburi kalau selepas hujan, gua rasa minum teh panas.

Jan 2, 2011

Debris-debris.

Gua rasa gua mimpi 2010 datang kepada gua semalam. Dengan keadaan yang gua malas nak beritahu macam mana, takut aib si 2010 ni terbuka. Katanya masa kat dalam mimpi tu kepada gua;
"Cilaka lu tinggalkan gua terkontang-kanting sorang-sorang dekat sini. Lu tak de perasaan ke? weh mak kucing pun ada perasaan la". Sambil jari tengah tangan kanannya terangkat-angkat ke arah gua dengan penuh ketidak steady-an dan padu. "

Gua syak gua tak basuh kaki malam tadi, dan sebelum gua sempat nak bagi tazkirah free dekat 2010, azan subuh berkumandang, gua terjaga dari mimpi dan check kalau, kalau ada belalang bawah bantal gua. Lepastu baru gua check kalender, demm! Hari ini, adalah hari pertama tahun Gregory. Dan dua hari lagi, gua dah boleh bermula belajar semula apa yang gua dah cutikan sebulan tu.

p/s- kepada 2010, padan muka lu. Lu simpan la elok-elok frakmen-frakmen diri gua yang terbaur dengan hedonisma diri lu tu. Gua harap lu simpan frakmen-frakmen tu elok-elok. Sebab nanti-nanti gua mahukan semula mungkin. Satu masa di hadapan nanti. Babai 2010, lu wajar kena tinggal. Kahkahkah

Jan 1, 2011

Gua dah plan dah. kalau gua dah tua nanti. Gua nak ingat yang gua sebenarnya pernah jugak jadik muda. Kalau gua sempat tua syaratnya. Demm