Dec 29, 2010

Sidekick

Cadangan Abdul sebentar tadi untuk keluar dari mainstream ditolak dan ditentang kuat-badang oleh Gandak, sidekick beliau.

Katanya gandak, macam mana Abdul nak keluar dari mainstream, kalau Abdul sendiri, belum pernah, malahan masih jauh lagi nak mencapai tahap masuk mainstream. Katanya, bagaimana nak keluarkan sesuatu daripada sebuah sistem kalau sesuatu itu, belumpun diserap masuk ke dalam sesebuah sistem tersebut. Ini idea lunatik, bodoh, tergagai, pedajal, dan hina di mata masyarakat marhaen. Ini idea yang tidak. Tidak apa ya, kata gandak.

Abdul berdiri di kaki langit dan pandang Gandak dengan hujung mata dan senyuman tajam. Katanya, gandak itu cuma cemburu sama beliau. Gandak tu cuma tahu cakap tapi tak reti buat. Gandak adalah Abdul yang terlalu teorikal dan tidak banyak tanda tanya. Gandak adalah projeksi narkisis Abdul.

Abdul terjun dari tanah yang beliau berdiri itu, dan mendarat ke bulan.

Maka sejak itu, Gandak tiada lagi.

No comments: