Dec 16, 2010

Refleks

"I don't do drugs. I don't do now.", kata seekor robot kaler kelabu sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta gua, petang tadi masa gua nak ambik bubur dekat masjid. Masa tu jalan jam, dan gua baru je dua saat kasik turn on signal kereta ke kanan, masa robot tu buat pe'el.

Bila gua buat dono, dan dono, dan dono. Robot tu makin kuat ketuk cermin kereta gua. Gua kasik sentap satu perkataan 'babi' dengan penuh steady dan cukup harkat, gua harap dia tak dengar. Robot tu makin ketuk kuat-kuat lagi cermin kereta gua. Dan kali ni gua dengan penuh steady kasik up jari tengah tangan kanan gua tepat ke arah robot tu.

Robot tu tersengih dan buat muka bingai.

Lepastu gua bukak tingkap, tanda kesian dekat robot tu. Belum sempat gua nak bukak mulut nak bagi salam, robot kaler kelabu tu dah steady bertukar rupa, dan makrifat jadi berjuta-juta, atau mungkin berbillion-billion ekor lalat. Yang seterusnya, masuk ke dalam kereta gua melalui bukaan tingkap yang separa luas.

Gua dah tak keruan, dan mula melakukan tindakan refleks kecelakaan brader-brader lepasan spm. Iaitu sebut babi. Lalat terus menderu-deru masuk, sambil-sambil bikin bising wruuuung wruuuung yang buat kepala gua bingit petang-petang gini. Gua cakap babi sekali lagi, dan seekor lalat melempang gua dengan begitu deras. Dan itu. Itu membuatkan gua tersebut. "wOw Impresto!"

Nasib gua baik harini, sebab gua dapat makan bubur, dan lalat yang berekor-ekor tu tadi, masuk sahaja semuanya ke dalam kereta gua. Dan berubah menjadi seorang awek yang cun yang sengih tak habis-habis sepanjang dalam kereta gua.

Gua harap beliau normal.

No comments: