Dec 17, 2010

Hujung?

Bayangkan lu ada di hujung garisan. Hujung kepada segala hujung, dengan hadapan lu adalah misteri, dan hadapan lu adalah sesuatu yang tiada apa-apa(non-eksisten). Engkau pasti tergaru-garu dan segera mencari jalan pulang.

Relatif kepada masa, engkau sebenarnya, tak boleh! Engkau mahu patah semula, dan ia cumanya adalah tidak boleh. Tidak mungkin terjadi, engkau sudah tiba di hujung garisan, dan engkau boleh sahaja berpatah semula, mencipta vakuum masa. Engkau juga menipu kalau, engkau mampu, merasai apa yang berada di hujung garisan. Lainlah, kalau engkau bukan berada di dunia sebenar yang linear dan selari.

Di hujung garisan adalah segala bahaya, dan segala ekspetasi yang engkau carikan dahulu, di awal garisan. Engkau boleh mengagak apakah ianya rupanya-hodoh, cantik- hujung garisan itu. tetapi engkau tidak mungkin pasti akan tahu, apa sebenarnya nikmat berada di hujung garisan.

Seperti sebatang pensel dan sehelai kertas A4 cap ayam, yang engkau gunakan untuk melukis-lakar, sebatang garisan yang konkrit. Engkau tahu di mana harus engkau hentikan daya tekanan ke atas pensil engkau. Tetapi engkau tidak mungkin dapat kejituan yang engkau impikan pada asalnya. Maaf ya, jika tersinggung, engkau tidak pernah sempurna adalah perkataan palsu. Perkataan yang terlahir daripada manusia yang kurang oksigen, dan anemik? tidak-tidak.

Tetapi pada gua, apa-apa yang tidak jitu, itu adalah sempurna. Apa-apa yang tidak sangat membatasi logik, bagi gua juga adalah sempurna. tetapi itu cuma bagi gua, dari sudut gua. Kesempurnaan manusia, adalah bagi gua, adalah kebolehan mereka untuk bermimpi. Dan untuk itu, gua hutang lu satu. Satu penumbuk? Ha Ha!

Di hujung garisan. Engkau tidak akan tahu bagaimana rupanya. Ya. Kerana engkau tidak pernah jitu. Boleh jadik engkau akan melebihi hujung garisan itu. Atau boleh jadi engkau hampir, hampir-hampir sehingga sangat hampir kepada hujung garisan itu, dan belum sampai.

Bagi gua adalah pilihan ketiga, jalan yang tidak ada hujung,

No comments: