Dec 1, 2010

Hippies, katanya hippies! Bahagian tiga.

“If someone thinks that love and peace is a cliche that must have been left behind in the Sixties, that's his problem. Love and peace are eternal.”-John Lennon


“When the power of love overcomes the love of power, the world will know peace."-Jimmy Hendrix


Yang ada sekarang di woodstock adalah, tiada apa. Tidak kosong, cuma tiada apa lagi yang boleh gua gambarkan sebagai kuasa bunga, dan aman yang hijau. Festival di woodstock yang berlalu tiga hari itu, banyak memakan tenaga. Yang mana tenaganya datang dari alam.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Maka yang ada sekarang di Woodstock hanyalah, kesan tapak kaki kita-kita, rumput yang patah-patah, tanah yang mampat dan seliratan air peluh yang membasahi bumi woodstock. Cukup untuk tidak memberikan kesan toksik kepada lembu dan seladang yang diternak di ladang woodstock itu.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Akan melalukan tugas-tugas mereka, menghilangkan kesan tapak kaki kita-kita, mengiurkan rumput yang patah-patah, dan memulangkan semula apa yang kita-kita telah lakukan di bumi woodstock.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Tak mungkin boleh memulangkan semula belon hijau berbentuk bola yang gua-secara tidak sengajanya-lepaskan dari genggaman gua tempoh hari. Dan memori-memori imbasan lampau yang mungkin akan gua ingat, jikalau tiada apa yang aku lupakan. Bunyi gitar yang putus tali, suara penyanyi yang off-key dan dansa-dansa kita, serta fesyen keamanan yang kita tonjolkan.

Hippies! Katanya, hippies!

No comments: