Dec 26, 2010

Efifani/Ephiphany.

Selepas aku hampir-hampir terlupa, pagi tadi seekor pari-pari turun dari dalam perigi. Dari dalam perigi tempat aku selalu mengambil air. Mukanya cerah, dan ianya terapung-apung bagai bulu pelepah seekor merak gemilang yang angkuh dengan warna-warni yang menenggelamkan rasa hina darah dan dagingnya. Pari-pari itu, seekor betina rasanya aku, dan bukanlah beliau itu berasal dari sinetron-sinetron petang yang kita suka. Dan beliau tidak bewarna-warni.

Katanya aku, engkau mahu apa?

Dengan penuh gemalai dan keayuan asli bukan palsu, katanya dengan separuh nada manusia bicara, Engkau sudah nakal dua tiga hari ini, aku perlu turun dari dalam perigi. Memeluk engkau yang kini nakal.

Katanya aku, lagi. Engkau pasti, yang ini masanya engkau tak salah orang? Aku tidak nakal untuk dua tiga hari ini, malahnya aku hanya terperuk di satu sudut hati manusia lain yang berderas dengan rasa-rasa manusia. Tidak wujud nakal di sudut itu. Sekurang-kurangnya tidak sampai dua tiga hari nakalnya bertahan. Engkau salah orangkah pari-pari?

Pari-pari itu, mukanya berkeruh, seperti wujud sebuah efifani selepas mendengar penjelasan aku. Mukanya berkeruh, lalu sedikit-demi sediki, menawar dan tersenyum. Nama gua elizabeth, kata pari-pari itu. Dan ya, aku mungkin tersalah orang. Tetapi aku tidak akan tidak silah, tetap engkau adalah orangnya. Marilah ke gua.

Okeng, kata gua lalu mendepakan kedua-dua tangan gua ke arah elizabeth, sepertinya terpesona dan tiada tanda tanya dan hanya untuk mengetahui, bahawa aku dan dirinya tidak pernah wujud.

Aku dah katakan tadi, engkaulah orangnya. Engkau nakal, engkau tidak wujud pun dalam dunia ini. Atau mungkin aku yang tidak wujud dalam dunia engkau? Atau kita berdua sama-sama tidak wujud dalam dunia projeksi bukan dari minda kita berdua? Elizabeth menunjukkan taringnya, kukunya, dan kepaknya yang putih bertukar hitam, matanya yang membulat, menyepet, dan anak matanya merah. Merah lebih merah dari biji saga. Ianya merah yang terbit dari kemarahan.

Gua hanya boleh ketawa dan senyum sinis. Sekurang-kurangnya, tiada efifani untuk diri gua, dan ianya seperti mendengar kisah-kisah dongeng remaja kurang ahlak.

No comments: