Dec 8, 2010

Deraib

Tidak jelas, dan tidak pasti. Gua rasa gua sekarang berada dalam fasa separa delirius. Bau-bau hanyir besi, dan analgesid, bergabung memberikan kesan nista dalam tenggorok gua. Warna putih dan krim. Warna lain tiada dalam julat penglihatan gua.

Selain daripada itu, ada bunyi jam, tik-tok-tik-tok, ada juga bunyi orang sedang bercakap dalam bahasa yang gua kenal. tetapi gua dalam separa delirius. Apalah sangat.

Rupanya gua dekat kedai mamak, dan sedang tersalib di skrin LCD besar yang dipasang mamak itu untuk menambahkan bilangan wang yang berkepuk masuk ke dalam mesin wangnya. Mamak itu gembira, penonton ramai dan aku terus berpuaka di situ, Tersalib dan kepala terus tunduk ke bawah. Kerana, aku dongak sahaja kepala, cahaya LCD itu menyilaukan mata gua. Dan gua pilih untuk terus tunduk dari buta mata.

Malam tahun baru macam ini, mata gua terpandang ke bawah, dan aku berada di atas sedikit sahaja dari aras bawah laut. Cukup untuk sekadar memberikan sensasi tidak tenang dan bertukar arah. Selalu aku tulis dan tidak tekan bekspes. Dan ini adalah kecelaruan, separa delirius, ada macam-macam sekarang, sepohon kayu, mr.crowley, iman adalah mutiara, kain pelikat, lagu uefa. Itu bergantung pada masing-masing.

No comments: