Dec 30, 2010

Terminal.

Rumah gua dekat larkin, dan terminal larkin yang tempat bas-bas lepak-lepak hisap rokok tu tak jauh jugak dari rumah gua. Adalah dalam 3 minit berjalan lenggang-lenggang steady.

Kalau dah tiga minit lu berjalan dari terminal larkin tu, dengan gaya lenggang-lenggang steady nyanyi lagu Wings pun lu tak nampak rumah gua. Makanya lu kena telepon gua.

Dec 29, 2010

Sidekick

Cadangan Abdul sebentar tadi untuk keluar dari mainstream ditolak dan ditentang kuat-badang oleh Gandak, sidekick beliau.

Katanya gandak, macam mana Abdul nak keluar dari mainstream, kalau Abdul sendiri, belum pernah, malahan masih jauh lagi nak mencapai tahap masuk mainstream. Katanya, bagaimana nak keluarkan sesuatu daripada sebuah sistem kalau sesuatu itu, belumpun diserap masuk ke dalam sesebuah sistem tersebut. Ini idea lunatik, bodoh, tergagai, pedajal, dan hina di mata masyarakat marhaen. Ini idea yang tidak. Tidak apa ya, kata gandak.

Abdul berdiri di kaki langit dan pandang Gandak dengan hujung mata dan senyuman tajam. Katanya, gandak itu cuma cemburu sama beliau. Gandak tu cuma tahu cakap tapi tak reti buat. Gandak adalah Abdul yang terlalu teorikal dan tidak banyak tanda tanya. Gandak adalah projeksi narkisis Abdul.

Abdul terjun dari tanah yang beliau berdiri itu, dan mendarat ke bulan.

Maka sejak itu, Gandak tiada lagi.

Dec 28, 2010

Maskot

Kalau lu kata sekarang, kawasan lu sedang hujan. Tak semestinya kawasan di enam puluh tapak dari kawasan lu hujan jugak. Hujan tak menyeluruh, dan selepas hujan biasanya adalah satu keluhan yang lega dan tenang. Selepas hujan adalah tempoh masa yang senyap dan tenang. Maka, kalau lu kata sekarang, kawasan lu sedang hujan. Lu tak boleh kata hujan turun jugak di kawasan yang terletak di enam puluh tapak dari kawasan lu.

Tukar

Maka tak lama lagi ada satu Januari 2011. Bermakna mulanya era belas-an. Yang belum kita tahu apa akan terjadi dan. Dan adalah sambungan kepada era sebelumnya. Yang tidak diberi nama kerana apa yang ada hanyalah opresi dan opresi. Serta anak muda dikontotkan mindanya. Jadinya itu tanggungjawab kita muda belia era ini untuk mencipta era baru yang bila sudah tua nanti ada suatu bangga untuk diceritakan. Apa yang kita ada hari ni, untuk dekad belas-an?
Justin Bieber? Najib? Mgmt?

"Maka ada sepuluh tahun lagi, sama ada era belas-an ini adalah era panji hitam, atau era penurunan tamadun, sekurang-kurangnya, kita perlu ada sesuatu kebanggaan sebagai belia. Maka, bila dah tua nanti, ada satu bangga kita mahu ceritakan kepada anak-anak muda pada zaman seterusnya. Mereka dari era-era dahulu ada woodstock, ada Cobain, Vicious, Hendrix, hippies, anarchist, LSD."


Mereka maksud gua muda-belia zaman dulu, ada suatu zaman yang bebas dan pada gua adalah sangat unik, dan daripada zaman 60-an hingga kini, yang paling rancak berkembang tentunya 'Rock' selain dari teknologi dan politik.

Last-last gua tau benda-benda macam ni takde pekdah, dan ini semua adalah kerja-kerja setan. Kahkahkah.

Dec 27, 2010

Hujan.

Pagi tadi mendung, dan selepas itu hujan turun. Hujan biji-biji poppi. Orang gelandangan gembira, orang-oang biasa gembira. Semua orang nampak naga dekat dinding, nampak manusia terbang-tebang, lantai terapung dan kelapa jatuh ke langit.

Esoknya, berita kata. Hari semalam, adalah hari pening dan menyempit fikiran.

Dec 26, 2010

Shhh!!

Kahkahkah.

Yang ini tadi gua delete dengan penuh rasa bangga dan rasa seperti seorang menteri yang makan rasuah.

Kahkahkah.

Sekarang adalah ini. Babai yang dulu-dulu. Tadi.

Kahkahkah.

Yang ini tadi gua delete dengan penuh rasa bangga dan rasa seperti seorang kurt cobain yang makan tanah.

Kahkahkah.

Efifani/Ephiphany.

Selepas aku hampir-hampir terlupa, pagi tadi seekor pari-pari turun dari dalam perigi. Dari dalam perigi tempat aku selalu mengambil air. Mukanya cerah, dan ianya terapung-apung bagai bulu pelepah seekor merak gemilang yang angkuh dengan warna-warni yang menenggelamkan rasa hina darah dan dagingnya. Pari-pari itu, seekor betina rasanya aku, dan bukanlah beliau itu berasal dari sinetron-sinetron petang yang kita suka. Dan beliau tidak bewarna-warni.

Katanya aku, engkau mahu apa?

Dengan penuh gemalai dan keayuan asli bukan palsu, katanya dengan separuh nada manusia bicara, Engkau sudah nakal dua tiga hari ini, aku perlu turun dari dalam perigi. Memeluk engkau yang kini nakal.

Katanya aku, lagi. Engkau pasti, yang ini masanya engkau tak salah orang? Aku tidak nakal untuk dua tiga hari ini, malahnya aku hanya terperuk di satu sudut hati manusia lain yang berderas dengan rasa-rasa manusia. Tidak wujud nakal di sudut itu. Sekurang-kurangnya tidak sampai dua tiga hari nakalnya bertahan. Engkau salah orangkah pari-pari?

Pari-pari itu, mukanya berkeruh, seperti wujud sebuah efifani selepas mendengar penjelasan aku. Mukanya berkeruh, lalu sedikit-demi sediki, menawar dan tersenyum. Nama gua elizabeth, kata pari-pari itu. Dan ya, aku mungkin tersalah orang. Tetapi aku tidak akan tidak silah, tetap engkau adalah orangnya. Marilah ke gua.

Okeng, kata gua lalu mendepakan kedua-dua tangan gua ke arah elizabeth, sepertinya terpesona dan tiada tanda tanya dan hanya untuk mengetahui, bahawa aku dan dirinya tidak pernah wujud.

Aku dah katakan tadi, engkaulah orangnya. Engkau nakal, engkau tidak wujud pun dalam dunia ini. Atau mungkin aku yang tidak wujud dalam dunia engkau? Atau kita berdua sama-sama tidak wujud dalam dunia projeksi bukan dari minda kita berdua? Elizabeth menunjukkan taringnya, kukunya, dan kepaknya yang putih bertukar hitam, matanya yang membulat, menyepet, dan anak matanya merah. Merah lebih merah dari biji saga. Ianya merah yang terbit dari kemarahan.

Gua hanya boleh ketawa dan senyum sinis. Sekurang-kurangnya, tiada efifani untuk diri gua, dan ianya seperti mendengar kisah-kisah dongeng remaja kurang ahlak.

Underfrown.

Ape yang tertinggal dari saki baki kemarahan, adalah rasa malu dan rasa bodoh. Yang mendalam, membukit, membusung dan memekung. Ia pasti akan kelihatan lepas surutnya kemarahan (bodoh dan malu)

Sebab itu. Kalau boleh, jangan biarkan kemarahan lu masuk ke dalam mainstream. Simpan sahaja untuk scene-scene underground dalam diri lu. Akan pecah? Akan meletup? Akan menjadikan satu jenis gila yang berapi dalam diri? Itu tipu dan itu dusta. Kerana engkau tahu, engkau punya tuhan. Engkau bukan atheist? Maka jangan biarkan, kalau boleh. Kemarahan lu masuk ke dalam mainstream.

Akan datang pasca itu rasa sebal, dan malu dan bodoh. Maka yang lepas itu adalah sejarah. Dan yang lepas itu, sekarang, adalah punca kepada apa yang lu rasakan sekarang. Beranganlah sesuka engkau untuk berjalan dalam lebuhraya masa. Kahkahkah, musang yang bermata cerlang dan menghisap paip putih, dari sudut yang jauh dan kecil, akan menjelek, dan memberikan senyuman nipis tanda menghina. Engkau. Pasti tidak akan mampu, merentas masa?








The ground may be moving fast, But I tied my boots to a broken mast


Dec 25, 2010

#38

Gua dah tak berapa nak ingat. Kenyang sangat? Mungkin. Ha Ha.

Selepas ni, kalau-kalau gua ingat semula, gua akan bikin semua. Ha Ha.

Ini rumah gua, katanya. Ini tiada plegeraun, meri-go-raun ataupun rode feris. Yang ada hanya gigi bongsu #38. Ha Ha.

Dec 24, 2010

Hu-HA!

Dengan laju aku sudah berada di padang. Di hujung sungai. Hai, padang segi empat itu warnanye kelabu dan penuh dengan arnab-arnab putih berbulu merah.

Di sudut padang, ada seorang itik mengambil gambar menggunakan penyapu dan pencungkil gigi. Nampak gayanya itik ni merupakan seorang professional. Kerana penyapu yang digunakan beliau, jenis-jenis setting mahal. Penyapu setting-setting lidi kelapa. Subjeknya yang diambil gambar oleh beliau adalah puting beliung, yang sedang bermain bola dengan riang sekeliling padang. Hu-Ha-Hu-Ha katanya puting beliung tu.

Seekor monyet lantas datang kepada gua. Mengadu, katanya otak beliau telah patah semalam selepas berlaga dengan sepasang kasut di soping komplek hujung kampung.

Selamat matahari.

Selamat matahari.

Hari sudah matahari. Dan pagi telah tertegak di kedudukan yang sepatutnya. Gula-gula kapas menyelubungi pagi yang terik di angkasaraya, menggelapkan pemandangan kaca mata manusia kepada 70 peratus keterangan. Matahari yang agak indah.

Manusia-manusia mula berkicau riang. masing-masing keluar dari sarang mereka, berpoco-poco setelah itu, dan barulah mencari cacing untuk disuapkan kepada anak-anak manusia mereka yang baru sahaja menetas setelah itu.

Burung-burung pula, pada waktu matahari sebegini, sedang sedap-sedap setting untuk pergi bekerja. Ada yang kerjanya rambutan, durian, manggis, avocado, ada juga yang kerjanya polis, dan burung-burung itu mesti nak pekena kopi dalam dua tiga das, baru boleh terhegeh-hegeh menaiki zirafah-zirafah tanaman mereka untuk pergi bekerja.

Nampak benor burung-burung zaman sekarang dah mahir. Mahir ape? Maher Zain? Bukan. Maher bekerja.

Dec 23, 2010

Pondok.

Q: Macam mana result PMR gua tadi?

A: Oklah. Sedap-sedap je kalau nak setting masuk sekolah pondok.

Teori.

Jadi berehat bertenang dan santai. duduk di kerusi masing-masing pandang apa yang boleh dipandang sedut apa yang boleh disedut. Ingatlah apa-apa yang boleh diingat. kerana sekarang. maksud aku pada masa aku sedang menaip ini. aku sedang hanya mencumakan menulis seperti apa yang aku suruh dan apa yang kita panggil sebagai automatism. jadi ada satu teori anarkis tentang musang berbulu merah dan bermata hijau. dan aku tidaklah mampu membikin apa-apa selain membenarkan dan mendengar sahaja lagu-lagu nirvana keluaran bukan dr rozmey.


Dan kau tahu? mestilah.

Mestilah aku pun tahu kau sudah tahu bukan. Apa lagi? pergilah. pergi dari sini, ke tempat musang-musang berbulu biru di hutan yang legam dengan asap-asap dari kebencian makrifat yang aku tidak pandang ke skrin monitor kerana ada seekor buaya besar sedang melepak, bersantai minum-minum kopi di hadapan monitor gua.

Apa ada hal. kata gua. kata gua lagi, ada hal apa.

Maafkan kebencian? bencilah benda-benda yang kau belum maafkan lagi. kerana ada musang di hujung sana sedang menghisap paip, dan memakai topi ala-ala maher zain.Sedang merenung engkau dengan pandangan menghina. Ya, kau hina di mata musang itu? Aku tidak pernah kisah kerana kau adalah engkau. Dan musang yang menghisap paip itu cuma adalah projeksi tentang apa segala apa yang engkau benci dan engkau enggan memaafkan. maafkan kebencian?

Ini musim Nirvana dan bukan jastin Bieber.

Malam

Seekor 'Barney and friends' datang kepada gua dengan membawa sepotong kuih lopes yang rangup dan penuh darah. Tak banyak pe'el, gua memberikannya satu sepakan yang padu ke sisi rusuk kiri beliau. Ngam-ngam choi di kedudukan beliau meletakkan. Sekelompok angan-angan beliau untuk menjadi seorang cosmonaut yang ber-tivikan televisyen plasma bersaiz 56 kandang kuda. Yang akhirnya menjadi titisan-titisan air mata duyung yang mengena sepatu gua yang buruk selepas gua sepak.

Usai membersihkan sepatu buruk gua yang berjenama BMW daripada saki baki air mata ikan duyung, gua tepuk-tepuk belakang bahu 'barney and friends' itu dengan penuh heavy metal dan perasaan grunge. Barney and friends itu menangis, dan wajahnya berubah menjadi seperti wajah seekor naga. Dan naga itu, yang gua panggil 'Kitty', kerana lu tahulah kan, naga kalau tengah-tengah malam macam ni, muka mereka macam kucing, bangun, menatap gua dengan rasa Awal Hahari dengan panuh mendalam, dan terbang!

Kitty terbang menjauh dari gua. Dan dari jarak sekilometer. Kitty memuntahkan sebentuk objek bulat berbentuk annulus, yang sampai ke tempat di mana gua berdiri. Ya. Objek itu adalah gula-gula Polo. Yang kita semua suka. :)

Dec 22, 2010

Hari itu, Hari Gua,


"Mengemis; adalah hal yang dilakukan oleh seseorang yang membutuhkan wang, makanan dan tempat tinggal atau hal lainnya dari orang yang mereka temui dengan meminta."-Wikipedia Indon.

Ya. Hari itu adalah hari gua mengemis. Dan untuk gua menceburi scene-scene pengemis ni, memang seronok dan menghiburkan. Lu ingat tak best ke jadik pengemis. Benda sekarang kalau dah takde, ape lagi mengemis?

Dan untuk menjadi pengemis ni-kata seorang pengemis senior dekat tempat gua mengemis hari tu-kalau nak jadik pengemis high class, lu kena ada sifat malu yang betul-betul high class, dan tiada sikap bodek. Barulah betul-betul boleh jadik legend dan tak dicop budak-budak baru nak up dalam scene-scene mengemis.

Katanya lagi, "biasa aaa dik. Semua scene pun ada budak-budak baru nak up. Tinggal lagi orang je nak nilaikan lu ni macam mana", sambil menepuk-nepuk bahu gua dengan penuh kasih sayang.

Gua sedut angin dalam-dalam. Dan hari ini. Hari ini bukan hari untuk gua mengemis. Lagi.

Dec 21, 2010

Balik? 2

"Jadi yang ini perlu buat macam ni?", kata Sanusi. dalam diam-diam dia itu, dia bertanya dengan lantang. Boleh tahan lama jugak dia dah tak keluar dalam mana-mana post. Entah ke mana dia pergi, yang tu gua tak tahu.

Berdiri di sebelahnya, Zamri. Sedang menyandang sebuah DSLR. gaya mutu keunggulan anak-anak pavi, bak kata Maicon member gua. Zamri mengacu-acu dan aim ke arah mana-mana yang dia suka, masa waktu gelap gelita macam ni memang bolehlah nampak Nibiru.

Dan di belakang mereka berdua, kalau tak silap gua, adalah seekor ular. Ular Emas. Alah, yang masuk tv dongeng itu hari tu, masa bulan puasa dulu-dulu tu. Ingat?

Dec 20, 2010

Mainstream.

Perihal-perihal mainstream, biasanya dimulakan dengan; "lu dah steady belum nak masuk mainstream nih? Benda macam ni bukan mainan. Lu kena kutuk lagi kuat nanti doe, macam kulat sisir."

Macam budak-budak freemason zaman dulu-dulu lah.

Dec 19, 2010

Allright

"We are young, we run green, Keep our teeth, nice and clean, See our friends, see the sights, feel allright."

Ni tak boleh jadik. Planet Nibiru lagi femes daripada gua sekarang ni. mana-mana pun gua pergi semua orang ada cakap pasal Nibiru ni ape kes? Dah lama ke budak Nibiru ni dalam scene-scene underground ni? Apehal pulak tiba-tiba masuk mainstream terus boleh meletup? kah kah kah.

Ni yang membuatkan gua berkobar-kobar nak pergi surau, dengar ceramah-ceramah true dan steady. Yang bebas tuhan feraun, jabulani, teksi, selipar dan perihal-perihal mainstream.


"But we are young, we get by, Can't go mad, ain't got time, Sleep around if we like, But we're alright"


Dec 18, 2010

Balik?

Bangun pagi, dan gua dengar bunyik kipas bilik gua. Gua harap kipas dekat bilik gua ni dapat terus berpusing dengan mantap dan steady supaya gua bangun pagi, dan gua boleh dengar bunyik kipas bilik gua.

Dec 17, 2010

Hujung?

Bayangkan lu ada di hujung garisan. Hujung kepada segala hujung, dengan hadapan lu adalah misteri, dan hadapan lu adalah sesuatu yang tiada apa-apa(non-eksisten). Engkau pasti tergaru-garu dan segera mencari jalan pulang.

Relatif kepada masa, engkau sebenarnya, tak boleh! Engkau mahu patah semula, dan ia cumanya adalah tidak boleh. Tidak mungkin terjadi, engkau sudah tiba di hujung garisan, dan engkau boleh sahaja berpatah semula, mencipta vakuum masa. Engkau juga menipu kalau, engkau mampu, merasai apa yang berada di hujung garisan. Lainlah, kalau engkau bukan berada di dunia sebenar yang linear dan selari.

Di hujung garisan adalah segala bahaya, dan segala ekspetasi yang engkau carikan dahulu, di awal garisan. Engkau boleh mengagak apakah ianya rupanya-hodoh, cantik- hujung garisan itu. tetapi engkau tidak mungkin pasti akan tahu, apa sebenarnya nikmat berada di hujung garisan.

Seperti sebatang pensel dan sehelai kertas A4 cap ayam, yang engkau gunakan untuk melukis-lakar, sebatang garisan yang konkrit. Engkau tahu di mana harus engkau hentikan daya tekanan ke atas pensil engkau. Tetapi engkau tidak mungkin dapat kejituan yang engkau impikan pada asalnya. Maaf ya, jika tersinggung, engkau tidak pernah sempurna adalah perkataan palsu. Perkataan yang terlahir daripada manusia yang kurang oksigen, dan anemik? tidak-tidak.

Tetapi pada gua, apa-apa yang tidak jitu, itu adalah sempurna. Apa-apa yang tidak sangat membatasi logik, bagi gua juga adalah sempurna. tetapi itu cuma bagi gua, dari sudut gua. Kesempurnaan manusia, adalah bagi gua, adalah kebolehan mereka untuk bermimpi. Dan untuk itu, gua hutang lu satu. Satu penumbuk? Ha Ha!

Di hujung garisan. Engkau tidak akan tahu bagaimana rupanya. Ya. Kerana engkau tidak pernah jitu. Boleh jadik engkau akan melebihi hujung garisan itu. Atau boleh jadi engkau hampir, hampir-hampir sehingga sangat hampir kepada hujung garisan itu, dan belum sampai.

Bagi gua adalah pilihan ketiga, jalan yang tidak ada hujung,

Dec 16, 2010

Refleks

"I don't do drugs. I don't do now.", kata seekor robot kaler kelabu sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta gua, petang tadi masa gua nak ambik bubur dekat masjid. Masa tu jalan jam, dan gua baru je dua saat kasik turn on signal kereta ke kanan, masa robot tu buat pe'el.

Bila gua buat dono, dan dono, dan dono. Robot tu makin kuat ketuk cermin kereta gua. Gua kasik sentap satu perkataan 'babi' dengan penuh steady dan cukup harkat, gua harap dia tak dengar. Robot tu makin ketuk kuat-kuat lagi cermin kereta gua. Dan kali ni gua dengan penuh steady kasik up jari tengah tangan kanan gua tepat ke arah robot tu.

Robot tu tersengih dan buat muka bingai.

Lepastu gua bukak tingkap, tanda kesian dekat robot tu. Belum sempat gua nak bukak mulut nak bagi salam, robot kaler kelabu tu dah steady bertukar rupa, dan makrifat jadi berjuta-juta, atau mungkin berbillion-billion ekor lalat. Yang seterusnya, masuk ke dalam kereta gua melalui bukaan tingkap yang separa luas.

Gua dah tak keruan, dan mula melakukan tindakan refleks kecelakaan brader-brader lepasan spm. Iaitu sebut babi. Lalat terus menderu-deru masuk, sambil-sambil bikin bising wruuuung wruuuung yang buat kepala gua bingit petang-petang gini. Gua cakap babi sekali lagi, dan seekor lalat melempang gua dengan begitu deras. Dan itu. Itu membuatkan gua tersebut. "wOw Impresto!"

Nasib gua baik harini, sebab gua dapat makan bubur, dan lalat yang berekor-ekor tu tadi, masuk sahaja semuanya ke dalam kereta gua. Dan berubah menjadi seorang awek yang cun yang sengih tak habis-habis sepanjang dalam kereta gua.

Gua harap beliau normal.

Dec 15, 2010

Hal-hal Steady.

Esok, gua harap gua dapat bangun tepat pada masanya, mandi siap-siap, pergi masjid awal-awal. Gua nak kejar benda paling rare kat Malaysia. Tahap dia lebih rare daripada tisset ada gambar Cobain masa kecik-kecik. Benda ni kalau tak dapat boleh buat gua kempunan setahun.


Esok, gua harap, gua dapat bangun tepat pada masanya, mandi siap-siap, pergi masjid awal-awal. Rembat tiga-pat bungkus bubur Asyura.

Baru steaadyyy hidup gua setahun!

Dec 14, 2010

Trankuiliti Abdul

Nampaknya gua dah tahu rahsia kau, Abdul. Rahsia kau yang paling besar, tadi aku jumpa dekat lu punye kocek, masa lu tidur. Rupanya, lu punya rahsia, adalah, lu tidak ada apa-apa rahsia. Abdul, rahsia seperti itu sangat pffftt. -.-"

Dan abdul terjaga dari tidurnya, di tengah-tengah hutan macam biasa. Ada pokok besar-besar van, ada dua tiga ekor kancil tengah main lompat-lompat buaya, dua tiga ekor arnab putih tengah hisap rokok sambil menyandar di perdu pokok meranti menunggu masuk shif bekerja, dan beberapa orang budak yang belum putus susu main pasir.

Burung pipit yang biasanya bersiul di pagi-pagi yang cantik macam ini, hari ini tak bekerja, dengar kabornye, dia sakit tekak hari ni. Beberapa ekor kucing hutan sedang bermain poker, sedang riuh berlari ke sana sini, sampai tak cukup tanah, sebab kena kejar dengan tikus polisia sebab tak bayar suap.

Sebagai ganti burung pipit yang mc hari ini, seekor harimau mengambil dahan yang paling tinggi sekali di rimba itu, dan menyanyikan lagu rinduku terhenti oleh tomok.

Maka, inilah yang abdul kaborkan sebagai Trankuiliti Abdul.

Dec 12, 2010

Mata

Tiada beza antara seorang mak yang membelikan anaknya sehelai baju RM10 dekat kedai Fesyenku dengan seorang mak yang membelikan anaknya sehelai baju lacoste dekat Pavi.

Oh ya, mungkin ada beza. Lu punya mata.

Dec 11, 2010

Mendubuk. Ya?

Gua adalah manusia yang jenis sebegitu. Itu hari ada orang mencetuskan persoalan "Jikalau habitat hyena ada di Malaysia, sudah tentu namanya banyak disebut dalam peribahasa Melayu. Ya", atau lebih kurang sebegitulah.

Gua kata, 'mendubuk' dan beliau definasikan sebagai atau mungkin contoh maksud peribahasa itu ialah, "orang yang bila ramai baru dia berani, kalau seorang-seorang pandai pulak buat senyap."

Ya.

Dan gua rasa, gua adalah manusia yang mungkin adalah mendubuk, tetapi dengan definasi: "apabila kawan ramai tunjuk lagak, cakap besar. Tapi bila sorang-sorang menunduk pemalu, macam semua orang". Ya. Gua petik dari lagu Butterfinger, Tentang-Tentang.

Ya?

Tapi itulah yang gua rasa tadi. Sejuk sampai ke tulang, mulut terasa kebas, rambut terasa ringan, dan segala kerangka inersia yang berada di sekeliling gua bergerak ke belakang. Gua tadi hampir menyamai kelajuan cahaya. Ha HA.

Gua harap gua tidak minum kopi. Malam tadi. Ya.

Dec 9, 2010

Berdiri di sebelah gua adalah sebuah patung gorgoyle marmar, bewarna merah padam. Matanya cokolat cair dan giginya kuning, macam tak pernah kena gosok. Di waktu malam-malam macam ini, dengan angin yang kencang dan kilat berlumba lari. takde sebab untuk gua berasa riang gembira seperti dalam iklan kinder bueno.

Tidak patut riang dalam keadaan aku ini sekarang. Seekor lalat.

Kah kah kah part2.

Petang tadi, sedang gua bersiap-siap nak pakai kasut bola, baru gua teringat dekat-dekat rumah gua ni mana ada padang. Sebagai inisiatip belia 4B. Gua keluarkan parang yang bapak gua sorokkan bawah rak kasut dan gua hayunkan parang tu ke kiri dan ke kanan, mengikut tartil dan tertib. Gua dapati perasaan yang datang selepas itu agak cilaka. Dan rakyat jelata dekat kejiranan gua nampak takut dan salute sama gua.

Inilah yang gua kaborkan sebagai kejiranan idaman.

Dec 8, 2010

Kah kah kah.

Bangun pagi dengan bunyi kokokan ayam, gua terduduk di hujung katil, sambil menggosok-gosok rambut tanda kurang selesa. Selesai termenung apa yang patut, gua bangun betul-betulkan kain pelekat gua dan bergerak ke dapur.

Gua bancuh teh dan duduk dekat depan komputer. Gua bantai jawab Formspring gua mana yang patut, sambil tangan kiri gua cermat-cermat menyua cawan teh kaler hijau ke mulut gua yang baru bangun tidur ini. Gua senyum nipis bila ada yang tanya, bila next show gua nak diadakan.

Inilah yang gua kaborkan sebagai cuti idaman.

Deraib

Tidak jelas, dan tidak pasti. Gua rasa gua sekarang berada dalam fasa separa delirius. Bau-bau hanyir besi, dan analgesid, bergabung memberikan kesan nista dalam tenggorok gua. Warna putih dan krim. Warna lain tiada dalam julat penglihatan gua.

Selain daripada itu, ada bunyi jam, tik-tok-tik-tok, ada juga bunyi orang sedang bercakap dalam bahasa yang gua kenal. tetapi gua dalam separa delirius. Apalah sangat.

Rupanya gua dekat kedai mamak, dan sedang tersalib di skrin LCD besar yang dipasang mamak itu untuk menambahkan bilangan wang yang berkepuk masuk ke dalam mesin wangnya. Mamak itu gembira, penonton ramai dan aku terus berpuaka di situ, Tersalib dan kepala terus tunduk ke bawah. Kerana, aku dongak sahaja kepala, cahaya LCD itu menyilaukan mata gua. Dan gua pilih untuk terus tunduk dari buta mata.

Malam tahun baru macam ini, mata gua terpandang ke bawah, dan aku berada di atas sedikit sahaja dari aras bawah laut. Cukup untuk sekadar memberikan sensasi tidak tenang dan bertukar arah. Selalu aku tulis dan tidak tekan bekspes. Dan ini adalah kecelaruan, separa delirius, ada macam-macam sekarang, sepohon kayu, mr.crowley, iman adalah mutiara, kain pelikat, lagu uefa. Itu bergantung pada masing-masing.

Dec 6, 2010

Tasik

Shh! Senyap sikit. Gua sedang lari ni. salah! Gua sedang dalam pelarian. Sekejap sahaja lagi. Sekejap lagi, gua kasik tunjuk dengan lu, tasik yang gua sebut-sebutkan hari itu.

Tapi maaf. Sebentar lagi ya! Sebab sekarang ni, gua dalam pelarian.
Sit down and drink Pennyroyaltea.
Oh nevermind. We ain't racist. We are just colurless.

Dec 5, 2010

Gua tau! Gua tau!

Gua nampak pelangi petang tadi, dan tiada pulak aku nampak tangan-tangan manusia yang kudung sebagai akibat menunjuk-nunjuk ke pelangi. Agaknya jari diorang dah kena ludah cepat-cepat kot.

Gua nampak pelangi petang tadi tu ikhlas sangat.

tak macam Dr. Rozmey.

Entah-entah

"Absurditi adalah sesuatu yang terapung-apung di antara dua medan. Iaitu medan yang konkrit, dan medan surreal. Ataupun di dalam bidang logik, absurditi terapung-apung di antara nilai 1 dan nilai 0. Ia berterabur di antara kedua-dua medan itu seperti sebuah bangunan kukuh yang tidak dipasakkan ke dalam bumi. Absurditi itu kukuh pada sifatnya, tetapi ia tidak stabil dalam konteks kedudukan relatifnya. Ia boleh bergerak ke medan kekonkritan, dan boleh juga ke arah surrealisme. Bergantung kepada bagaimana absurditi itu sendiri diintrepitasikan. Bergantung kepada bagaimana caranya disampaikan. Dan kebiasaannya, absurditi tidak boleh membawa angka satu mahupun sifar dalam pemikiran logik."

Untuk mengetahui bahawa gua ada sifat Narkistik dalam sanubari, memang membuatkan gua tidak senang duduk, mandi tak tidur, dan tidur tidak makan. Ia bukannya sebagai, aku tidak mahu tidur, atau aku tidak boleh tidur. Masalahnya ialah, bagaimana harus gua boleh tidur? Itu sulit dan menyulitkan.

Sejak-sejak gua tahu hal-hal Narcisstic ni. Gua rasa sangat entah-entah.

Dec 2, 2010

Selain itu dan ini, adalah berikut.

Tengah hari, Seremban.

Ya. Sudah tengah hari dan aku baru bangun pagi. Baru nampak matahari, dan menghirup udara secara konsius. Nampak gayanya, tengah hari ini, aku berada di Seremban. Ya, Seremban.

Aku tahu, tiada. Apa yang aku sedar, tiada. Tiga hari sudah, maaf dua hari sebenarnya, gua berada dan terperangkap di tengah-tengah hedonisma remaja. Yang menghulurkan neraka berbentuk hiburan, gula-gula dan rakan-rakan.

Sepatutnya bukan gua, dan bukan rakan-rakan gua. Tetapi gua dah tersilap langkah. Gua sudah pun bangun pagi, di tengah-tengah hari di seremban. Gua harus cari jalan pulang, dengan tiket bas yang tiada lagi untuk hari esok. Dunia banyak jalan, dan gua pilih untuk bangun pagi, di tengah-tengah hari di seremban.

Ianya bukan nikmat. Atau mungkin, nikmat yang sebenarnya bukan adalah sebetul-betul hakikat.

Gua bangun pagi, di tengah-tengah hari di Seremban, dan gua mandi pagi, pada petangnya. Yang tidak redup serta mungkin hujan.

Ahhh...

Dec 1, 2010

Hippies, katanya hippies! Bahagian tiga.

“If someone thinks that love and peace is a cliche that must have been left behind in the Sixties, that's his problem. Love and peace are eternal.”-John Lennon


“When the power of love overcomes the love of power, the world will know peace."-Jimmy Hendrix


Yang ada sekarang di woodstock adalah, tiada apa. Tidak kosong, cuma tiada apa lagi yang boleh gua gambarkan sebagai kuasa bunga, dan aman yang hijau. Festival di woodstock yang berlalu tiga hari itu, banyak memakan tenaga. Yang mana tenaganya datang dari alam.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Maka yang ada sekarang di Woodstock hanyalah, kesan tapak kaki kita-kita, rumput yang patah-patah, tanah yang mampat dan seliratan air peluh yang membasahi bumi woodstock. Cukup untuk tidak memberikan kesan toksik kepada lembu dan seladang yang diternak di ladang woodstock itu.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Akan melalukan tugas-tugas mereka, menghilangkan kesan tapak kaki kita-kita, mengiurkan rumput yang patah-patah, dan memulangkan semula apa yang kita-kita telah lakukan di bumi woodstock.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Tak mungkin boleh memulangkan semula belon hijau berbentuk bola yang gua-secara tidak sengajanya-lepaskan dari genggaman gua tempoh hari. Dan memori-memori imbasan lampau yang mungkin akan gua ingat, jikalau tiada apa yang aku lupakan. Bunyi gitar yang putus tali, suara penyanyi yang off-key dan dansa-dansa kita, serta fesyen keamanan yang kita tonjolkan.

Hippies! Katanya, hippies!