Nov 28, 2010

Stratosfera.

Jadi bagaimana? Katanya, Bagaimana.

Kucing-kucing Schrodinger dan tab mandi Archimedes, belon berbentuk bola dan berwarna hijau, hari yang tidak menjadi dan hujan, makanan yang elit dan basi, serta ladang-ladang anggur dan periuk api.

Bagaimana? Katanya, bagaimana.

Di kiri dan kanan kau katanya. Engkau melepaskan belon berbentuk bola dan berwarna hijau, di majlis yang sesak di padang yang luas. Engkau ludahkan marah kau di tengah padang, dan ianya bertukar menjadi api yang membakar semua orang. Dengan satu spirit. Satu spirit.

Dunia perlukan keamanan. Dan aku jumpa belon yang engkau lepaskan itu, di sudut pokok meranti. Tidak hijau, bulat. Ianya cendawan, dan merah teluki.

Hippies! Katanya, hippies!

No comments: