Nov 14, 2010

Kerabut,

"Ada tiga konsiderasi. Yang mana. tiga daripadanya itu kau tidak perlu tahu", kata Gandak kepada Abdul. Sambil-sambil itu, dia memperbetulkan kedudukan kot makmal di badannya itu. Janggutnya sekali dilurutkan ke bawah. Ha amek kau. Panjang bukan main.

Abdul melopong dan terus menerus mengkarate meja belajarnya. Dia sungguh tidak gemar kelas Gandak kalau berkaitan relativiti. Lagi-lagi di waktu tengah hari di tengah-tengah hutan tropika tipikal kerajaan.

Sekali-kali dia melihat monyet yang sedang bermain polis-en-tif di perdu pokok rombai. Dan tasss! berguguranlah beberapa rantai rambai. Satu daripadany hampir terkena piramid Giza. Dan yang lain-lain jatuh tepat ke arah mulut penjaga kunci hutan tersebut, Bruno Mars.

Dan sesekali, abdul melihat pula ke arah busut jantan, tempat Gandak selalu bertapa di atasnya sambil mata tertutup dan mp3 volume paling kuat. Abdul nampak dengan jelas. Kesan punggung di puncak busut jantan itu.Tapi itu bukanlah kesan punggung gandak. ianya lebih menyerupai piramid yang hujungnya kena bom dengan jepun.

Jadi yang merunsingkan abdul sekarang bukan adalah kerana perutnya yang lapar, bukan juga kerana gandak yang entahkan kenapa tiba-tiba nak ajar dia benda yang bukan-bukan seperti relativiti, ilmu menafsirkan lagu, ilmu tanpa jisim dan pelbagai lagi ilmu yang bukan-bukan tapi masih senonoh di hari masyarakat?

Sedangkan abdul cuma manusia biasa, tipikal yang baru sahaja gandak jumpa di hutan tatkala abdul sedang terbaring kepenatan selepas melakukan demonstrasi bersama lait seber kaler hijaunya itu.

Apa yang merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Dengan rekaan yang nipis, mantap dan bertenaga. Di pangkal laitseber kaler hijau abdul itu terdapat satu titik berlampu l.e.d. Lampu le.e.d itu menunjukkan tahap tenaga, seterusnya kelajuan laitseber milik abdul tersebut.
Apa yang sedang merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Lampu l.e.d. itu tidak pernah tetap kalernya. Sekejap hijau. Dan sekejap biru. Hijau tanda kurang ajar, walaupun kaler laitseber abdul adalah hijau. Biru tanda berhemah, bak kata gandak.

Sekejap biru dan lama hijaunya. Jikalau terus begini, tak perlu seminggu, tiga hari tiga malam pun, abdul boleh menghabiskan kamus dewan, edisi satu sampai empat. Oh!
Apa yang paling merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Abdul nak mintak tukar laitseber esok dekat cawangan kedai terdekat. Dan abdul lupa esok adalah public holiday di mesir.

No comments: