Nov 30, 2010

Hippies, katanya hippies!

Tentang belon hijau berbentuk bola yang gua lepaskan di festival woodstock itu hari. Gua minta maaflah. Memang gua tak boleh nak perasan sangat benda-benda yang kecil macam tu. Lagi-lagi di tengah-tengah lautan manusia-manusia hippies yang sedang menikmati enak muzik irama yang melunakkan jiwa mereka itu. Serta peluh yang berselirat, serta kecintaan yang bersepah-sepah.

Gua bukan sengaja, gua pun seperti mereka, menyeliratkan peluh, menaikkan adrenaline, menumpahkan nikmat dan beriang-ria seperti tiada esok di woodstock itu hari. Belon hijau yang berbentuk bola itu gua lepaskan mungkin sebab keasyikan yang tinggi.

Maaflah.

Lagipun kau juga yang kata kepada gua, habis sahaja Jimmy Hendrix perform Little Wings, bahawa orang timue adalah orang barat juga, dan orang barat juga adalah orang timur.

Kata kau lagi, Timur dan Barat adalah hanya satu ilusi yang dicipta manusia yang penuh skeptik dengan dunia yang bulat dan penuh kehijau, biru. Dan yang ada di dunia hanyalah sebenarnya cinta dan keamanan, yang mana hanya orang-orang seperti kita faham.

Ya bagaimana, kata gua bagaimana.

Dan kau jawab, bagi kita hari-hari adalah hari yang penuh dengan jiwa yang aman dan segeluk susu serta secubit candu.

Kau jawab lagi, hari-hari adalah hari Hippies!

1 comment:

Anonymous said...

o.0"