Nov 15, 2010

Ekstensi

Dalam distorsi nyaring, aku tak berapa dengar apa yang dituturkannya. Lalu aku biarkan dia begitu, merobek-robek dadaku, dan aku elus-elus cuping telinganya. Tajam!

Aku pandang siling yang bocor dari kelmarin, arnab menitik-nitik jatuh ke lantai dan teknisien yang aku panggil semalam sudah datang, hilang bersama gelengannya.

Arnab yang jatuh menitik-nitik semakin banyak. Bulu-bulu putih gebu mereka-mereka itu, aku panas sendirian di bilik. Panas seperti itu membingit dan menyaring-nyaring. Lalu selepas menyambungkan saraf pendengaran aku kepada The Boss DD-20 Giga Delay, delayer mahal yang jatuh dari siling yang sama menitik-nitik arnab putih comel dan tak celaka itu. Aku dengar.

Ya. Aku biarkan semuanya selamat dan berbunyi.

Di hadapan aku ada kurt cobain. Dan jarak antara aku dan Kurt hanyalah senipis kulit bawang.

Jadik macam kau, aku dah cukup gembira. Relatif kepada kau seorang, kau gembira. Relatif kepada mereka-mereka yang lain, kau bukan kau lagi, katanya.

Kurt cobain menyalakan rokok, dan keluar bunga karnasi tujuh warna dari hujung rokok itu. Arnab putih, comel dan tak celaka semua menangis.

1 comment:

Anonymous said...

lamaran puis puis hitama
alam gajahmada
jasad niati fantasi alaman alaman