Oct 10, 2010

Paradoks masa

Macam ni. Terus je. Sampai nanti. Sampai nanti kau terus lagi, jumpa orang lain yang tak lu kenali. Sampai orang yang lu tak kenali tu, makin lu tak kenal. Dan sampai nanti gambaran orang yang lu tak kenali tu hilang, sedikit-demi sedikit menurut hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Kalau macam itu, sama macam asap rokok. Tebal, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis dan makin nipis...

Sebelum itu? Abaikan sebelum itu? Mansuhkan apa yang dah ada sebelum itu? Gelapkan apa yang terang sebelum itu? Pergi ke selepas itu. Yang jalannya samar? Yang kondisinya belum tentu. Yang belum tahu berapa garisannya, berapa hitam, berapa putihnya?

Lalu biarkan gua berjalan di lorong yang seperti itu. Gelap, di hadapannya. Dan samar-samar di hadapan gua. Di mana kiri kanan lorong yang gua jalani itu, ada bayangan, gambaran-gambaran orang itu-orang ini tersenyum. Dan kemudian di satu titik yang lain-di lorong yang sama. Kondisi yang sama. Bayangan itu mula berubah senyuman menjadi sesuatu kebencian yang tiada penghujung, infiniti. Kebencian dari hati yang paling dalam, sehingga menzahirkan mimik muka yang memakrifatkan benci.

Dan kemudian, wajah yang masam dan membencikan itu mula memuntahkan api-api dari mulutnya yang menunjukkan kebencian. Api-api dari hal-hal sebelum itu yang kau lupakan. api-api yang tidak membakar tapi memberi kesan. Api-api yang pernah kau fobiakan dahulu, warnanya terang, tapi kau tidak menutupkan mata kesilauan. Sebaliknya kau menutup telinga, dan terus melihat.

Apa yang kau lihat sekarang ini? Nyata atau tidak? Sebalikya kau terus menutupkan telinga, dan api-api yang terang makin galak dimuntahkan.

Paradoks masa, kau baru teringat akan hal itu. Tetapi di dalam lorong masa yang sedang kau lalui sekarang ini. Yang gelap, samar-samar dan tiada sebarang suara ini, telah kau cari lubang cacing untuk kau melesapkan diri ke titik di belakang kau. Dengan harapan, selepas dapat mencari lubang cacing di dalam lorong masa yang konkrit itu, kau dapat membina sebuah paradoks masa.

Namun kau terlambat rakanku. Sedang kau sibuk mencari lubang cacing untuk ke titik belakang di lorong masa yang gelap. Kau sudah pun hitaam akibat api-api yang telah dimuntahkan itu tadi.

Dan kini, kau hilang dalam lorong masa yang gelap.

1 comment:

Izzati said...

walaweh~
ko patut buat IB lah~