Oct 31, 2010

Nista

Gua baru balik daripada rumah abdul. Gua jumpa dia lewat pagi tadi, dalam keadaan beliau sedang menggigil-gigil dan tercungap. Bajunya keronyok-ronyok,koyak-koyak dan tak tentu ke hala. Gua lihat muka abdul tetap ada jerawat dan rambut afronya itu ada seekor dua lebah keluar masuk-keluar masuk.

Gua sengih sorang-sorang bila gua lihat diri abdul sekarang ni, Gua nampak diri gua sebenarnya. Nampak hina dan tercungap-cungap.

Dalam perjalanan ke rumah abdul itu. Beberapa kali juga abdul meracau-racau sambil menyebut-nyebut nama m. daud kilau. Entah apa ke hal dia menyebut-nyebut nama m. daud kilau, gua pun tak tau. Tapi abdul ni bukan calang-calang orangnya. Dia punya meracau tu lain macam. Lain macam...

Lignocaine. Lignocaine berfungsi dengan cara, menyekat transmisi impulse dari receptor kepada otak. Dengan cara merembeskan ion yang berlawanan cas dengan impulse yang dikeluarkan. Gua kasik abdul se-enjetsion lignocaine.

Dan gua mimpi yang bukan-bukan selepas itu.

Bangun, Gua nampak seekor kurt cobain sedang hinggap di birai tingkap. Melihat ke dalam bilik gua,atas bawah dan ke seluruhnya. Gua berasa iri hati pula dengan kurt cobain, kerana bilik yang gua sedang duduk ini, belum ada ventilasi yang mantap. Makan bertahun dan tahun juga baru mendapat ventilasi yang mantap. Dan kemudian barulah gua boleh bersama-sama kurt cobain, yang sayapnya besar sejengkal, hinggap di birai tingkap rumah orang lain.

Abdul kata dia nak buat hal, potong rambut. Gua dah tau apa yang akan jadi. Gua cuba halang, tapi nampaknya kuasa tuhan menentukan takdir memang tak boleh gua sangkal. Gua tersengih lebar-lebar. Abdul tak balik-balik lagi selepas itu. Mungkin malu dengan potongan baru rambutnya. Atau mungkin dia cuma mahu bermain snuker, dan lupa jalan pulang.

Nampaknya gua perlu cari sereniti. Yang melingkupi ruang yang dalam dan sebaliknya.

No comments: