Oct 22, 2010

Militari

Itu kali terakhir, abdul terserempak dengan Gandak. Itu, adalah lima tahun yang dulu. Dan tadi, pagi tadi, selepas abdul baru sahaja keluar dari kedai nombor ekor--Sebagai technician yang memperjuangkan rezeki yang halal. Abdul kadangkala terpaksa untuk menerima kontrak membaiki kipas rosak di kedai nombor ekor. Walaupun dia tahu menerima kontrak sebegitu sama sahaja akibatnya dengan makan nasi ayam sorang-sorang di bawah tangga.-- abdul ternampak bayangan gandak, sayup-sayup. Sebelum bayangan gandak itu hilang dalam kecamukan burung unta yang sedang berlumba di tengah-tengah bandar seremban.

Abdul lepasan KMS-singkatan bagi Kolej Militari Seremban- yang beretika dan tidak berapa skema. Tapi semenjak dia terserempak bayangan yang dikatakannya Gandak itu, dia tidak henti-henti menyanyikan lagu Whatsername. Dan nampak gayanya rambut abdul yang besar dan beralun itu, selalu sahaja dimasuki tebuan setiapkali dia menyanyikan lagu whatsername tersebut.

Pagi tadi, selepas sahaja burung-burung unta itu habis berlumba. Kaki abdul yang tidak beralas itu terpijak, sesuatu yang panas, agak basah, dan berketul ketul.

"Pakcik, pisang goreng pakcik jatuh ni, saya dah terpijak dah pun!", kata abdul, sambil seekor tebuan-yangbaru sahaja pulang dengan tanah liat-masuk ke rambutnya semula.


No comments: