Sep 5, 2010

Gua tukar tajuk, Sebab gua tak rebel.

*cilaka kali ni gua edit balik post ni dengan penuh kasih sayang dan penghayatan. harusla.

"Bukan bidang gua. Dan gua rasa, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Haha?"

'Demn!'
Gua kasik ketuk meja biru bulat depan gua itu, tanda rasa tak puas hati. Lalat-lalat yang sedang enak bersosial di meja itu tadi, bergegas lari beterbangan. Sempat juga sekor dua yang melepaskan kentut ke arah gua. 'Alahai, kentut nyamuk je pon. Ape lah sangat', bisik gua sendirian. Ini sudah cilake, gua salah taip- *kentut lalat sepatutnya.

Lalu gua keluarkan kitab makrifat kecil gua. Cetakan tahun 1940, tulisan jawi tangan yang haram susah gua nak baca. Gua belek muka surat 21, bab Ghaib.

"Keadaan ghaib adalah milik-Nya segala pengetahuan tentang itu. Adapun diperhatikan dalam setiap apa yang manusia mampu tahu, dan kaji, ianya bukanlah sesuatu yang ghaib. Kecuali kalau ghaib itu dimaksudkan dengan halimunan. Hendaknya manusia itu beriktikad dan percaya bahawa, Allah sahajalah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib selari dengan ayat Furqan, (Jin: 26-27)"

Gua angguk-angguk tanda setuju dan tutup kitab kecil gua tu masuk dalam poket. Dulu cita-cita gua yang paling top selepas nak jadik pekerja gomen, ialah alim-ulama. Yang lain-lain dan tak top tu- buat suit halimunan, serta jadik orang tengah urusan jin-manusia.

Lalu lalat berekor-ekor tadi kembali semula ke arah meja gua. Ada sekor tu yang paling besar sekali tu, pandang slek je sama gua. Kalau la tak kerana gua ni mantap ahlak, dah lama dah rasenye gua tangkap lalat besor tu buat snek pembuka selera. Dan. Gua suspek lalat tu tengah mengumpat pasal gua. What faking? Mengumpat !!?

"Ah. Cilake!"




1 comment:

Kon said...

kalau kau amik subjek biz kat kolej mesti power. HAHAHAHA.
wey aku nak order 1 suit halimunan .