Sep 18, 2010

Gua ke Cendawan?

Selepas menyedut beberapa sip teh barang mana yang patut, gua lihat persekitaran kedai mapley itu sedangpun bertukar warna dan rupa. Bau-bau rokok yang tadi berlegar-legar di sekitar nasal cavity gua pun dah mula berubah bau. Ada yang berubah jadi kucing bermata satu, ada yang jadik basikal roda tiga. Tak kurang juga ada segelintir asap-asap rokok yang berubah menjadik homework fizik. Yang jenis bertukar menjadik homework fizik tu yang jenis paling cilaka sekali gua agak. Jenis asap rokok dari rokok murah, Surya misalnya.

Tiba-tiba gua nampak dua tiga orang pemuda sedang bertekak sesama sendiri dalam bahasa yang gua tak faham. Sekali dengar ada bunyik macam cakap tagalog, ada jugak bunyik macam cakap Spanyol. Ada parang dan katana sedang dipegang masing-masing. Gua lihat masyarakat yang lain yang sedang melepak melihatkan sahaja pemuda dua tiga orang yang sedang bertekak sesama sendiri, ada yang mengambil kesempatan itu untuk bertukar menjadi serigala jadian dan melarikan diri dari kedai mapley, justeru berjaya mengelakkan diri daripada membayar bil roti canai.


Asap rokok makin banyak yang bertukar rupa, dari tadi suasana mapley tu dah berubah kaler tiga kali. Warna original, warna light dan juga warna vanilla. Masing-masing buat gua tak senang duduk. Setiap kali bertukar warna, setiap kali itu jugaklah gua lihat pemain liverpool yang sedang cergas berlari tak cukup tanah di atas skrin LCD mapley itu, keputusan kepala, tangan dan diikuti dengan kaki. Tak kurang juga ada anggota tubuh pemain yang terhambur keluar dari skrin. Misalnya mamat yang duduk depan meja aku tadi. Dia baru sahaja mendapat kasut bola Puma beserta dengan kaki Dirk Kuyt. Pakej hadiah paling tak hingat sekali dalam dunia. Semua masyarakat yang sedang minum teh di kedai mapley itu bersorak gembira. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada pemuda itu, atas hadiah yang diterimanya.

Entah macam mana gayanya, tiba-tiba roti kosong dua banjir yang gua order tadi, boleh mengeluarkan suara yang aneh dan padu. "Kriuuuk,,Kriiieeekk, kriaaaak" bunyinya. Gua terus sumbat makanan gua yang berbunyi macam celaka itu kedalam mulut pemuda yang sedang berbual-bual kuat-kuat macam dia tu paling pailang dalam dunia. Terkejut dia bukan main. Gua lihat mukanya tadi yang sedang syok bercerita itu tadi bertukar menjadi marah dan seterusnya menjadi bertukar lagi menjadi basikal. Ya mukanya dah jadik basikal. Sebaik sahaja mukanya bertukar, pelayan kedai mapley itu, yang berkulit vanilla itu, terus menunggang mukanya dan berbasikal sehingga ke bulan.
"Kriuuuk,,Kriiieeekk, kriaaaak" bunyiknya sepanjang perjalanan itu.

Di depan gua, terbit sebuah pintu gerbang yang bewarna biru dan tak berbunyik-bunyi. Di tepinya ada tulis
"Untuk ke Cendawan?"



No comments: