Sep 25, 2010

Abdul Sebelum Itu.

Waktu malam macam ni, Abdul memerlukan nasi lemak untuk terus hidup, untuk terus cergas, dan untuk terus melakukan pernafasan. Tidak pernah satu malam pun yang dilalui Abdul dengan tenang, sabar dan indah tanpa dirinya memakan nasi lemak.

Makan nasi lemak di waktu malam dengan Abdul, hubungannya dah macam isi dengan kuku. Satu malam sahaja tanpa bekalan nasi lemak, Abdul akan mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi seorang melayu yang tidak banyak bercakap, banyak bergerak dan kurang ahlak. Bayangkan kalau sebulan tiada nasi lemak bagi Abdul pada waktu malam?

Abdul memerlukan nasik lemak malam ini. Dilihat sekelilingnya, Abdul sudah berada di dalam dunia hitam dan putih. Abdul lihat bintang-bintang bertebaran dengan harmoni, dan beberapa ekor burung sedang berhimpun di sekeliling unggun api. Bunyi-bunyian dari hujung kampung pula, disulami dengan gemersik suara cengkerik 'krik,krik,krik' mendatangkan faedah kepada tiada seseorangpun di dunia yang serba hitam putih itu.

Ayam berkokok.
Subuh pun berlalu dan masuklah hari baru.

"Dan hegemoni? Merempat dalam Noir itu, lagi gua sanggup."

No comments: