Sep 27, 2010

Abdul ke Mana?

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu. Cuma sekarang, dia terduduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh.

Dia sepatutnya sudah tidur pada waktu-waktu macam ni. Waktu dalam pukul 2 pagi hingga ke empat pagi. Esok dia kena sekolah. Tapi dia tidak tidur lagi. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Dia termenung, dan memikirkan semula kata-kata Gandak kepadanya semalam.

"buktikan eksistensi kau, abdul. Sebagai seorang manusia ada lah tepat"

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Yang menemaninya pagi-pagi sebegini, adalah bunyian dari kenderaan yang masih tak putus-putus. Dan gugusan-gugusan asap nipis, yang menerawang bebas serta tenang dan menurut 'Sunatullah'. Abdul tenang sebegitu. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu.

Cuma sekarang, dia terduduk di sudut balkoni. Terdiam dan memikirkan secara serius. Bagaimana caranya lagi dia boleh tidur. Dengan nyenyak. Dan bagaimana lagi harus membuktikan eksistensi dirinya. Sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba.

"Bagi setiap daya yang dikenakan ke atas sesebuah badan. Maka wujud sebuah daya yang sama magnitud bertindak ke arah yang berlawanan dengan daya yang dikenakan ke atas sebuah badan."

No comments: