Sep 28, 2010

Kembali!

Dulu aku selalu menulis macam ni. Macam mana tu? macm ni. Jangan leceh, laju-laju, sekali fikir. Maksudnya, gua bukak sahaja dashboard blogger. Gua tekan newpost. Dan gua duduk. Gua pandang monitor. Dan biarkan tangan gua menari-nari dia atas keyboard.

Ada masanya jari-jari gua perlukan playground. Dan keyboard tu mungkin adalah playground bagi mereka. Tapi itu dulu. Masa gua rasa keyboard tu playground. Sekarang playground semua dah ranap. Semua dah berkarat. Semua dah tak ada makrifat. Maka aku tak macam dulu lagi.

Kalau nak dikutkan, samada kau jadik tetap sebegitu. Atau kau mengikut revolusi semasa. Persoalan itu membawa kepada jawapan gua iaitu- "terpulang".

Maka gua pulangkan beberapa diri gua yang dulu. Supaya gua ingat lagi gua yang dulu macam mana rasa. macam mana gaya. Gua pulangkan tanpa iringan musik. Kerana gua tau. Selalunya hari isnin macam ni. perhimpunan start lambat. Bukan salah aku. bukan salah pengawas.

Maka gua pulangkan tanpa iringan musik, gua yang dahulu.
-Sembilang

-Lu Sentap
-Dalam


-Senyumlah seperti lu betul-betul maksudkan- The Killers.

Sep 27, 2010

Abdul ke Mana?

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu. Cuma sekarang, dia terduduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh.

Dia sepatutnya sudah tidur pada waktu-waktu macam ni. Waktu dalam pukul 2 pagi hingga ke empat pagi. Esok dia kena sekolah. Tapi dia tidak tidur lagi. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Dia termenung, dan memikirkan semula kata-kata Gandak kepadanya semalam.

"buktikan eksistensi kau, abdul. Sebagai seorang manusia ada lah tepat"

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Yang menemaninya pagi-pagi sebegini, adalah bunyian dari kenderaan yang masih tak putus-putus. Dan gugusan-gugusan asap nipis, yang menerawang bebas serta tenang dan menurut 'Sunatullah'. Abdul tenang sebegitu. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu.

Cuma sekarang, dia terduduk di sudut balkoni. Terdiam dan memikirkan secara serius. Bagaimana caranya lagi dia boleh tidur. Dengan nyenyak. Dan bagaimana lagi harus membuktikan eksistensi dirinya. Sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba.

"Bagi setiap daya yang dikenakan ke atas sesebuah badan. Maka wujud sebuah daya yang sama magnitud bertindak ke arah yang berlawanan dengan daya yang dikenakan ke atas sebuah badan."

Sep 26, 2010

Budaya

Sekarang ni gua selalu mengamalkan budaya tulis dekat fesbuk lepastu delete. Budaya macam ni tak true bagi semua spesies gua. Amalan macam ni boleh meruntuhkan nilai sosial diri gua. Amalan macam ni boleh meruntuhkan juga institusi kerajaan berpelembagaan diri gua.

Amalan macam ni juga adalah amalan cilaka. Kalau gua teruskan juga amalan seperti ini, gua di dalam bahaya dalam dua puluh tahun akan datang.

Capiche?

Dr. Zhivago

"esok. esok aku bawak kapur gi rumah die. aku tanda soal. esok lagi aku bawak geng bagi salam depan rumah die ramai. ramai semua belengging. pakai beret semua. lepas tu. baca sajak dr.zhivago. puas."

Ni adalah status Fesbuk gua masa february 22 pukul 10.39 pm.
Enam hari selepas 16 february rasanya waktu ni.


Sampai sekarang gua tak tau kenapa gua tulis benda ni. Esok gua rasa gua bangun tengah hari.



Rasa lain macam ade dua.
Satu, Seram sampai sejuk.
Dua, Geli sampai nak muntah.

Kalau ada yang lain-
Lapar sampai nak mengamok.


Freemason

Gua ingat nak melawat pyramid esok. Nak nengok enjineering orang mesir zaman dulu. Lepas tu boleh la gua bukak klinik Upsr. Takpun bukak klinik rahsia tarikh bersunat.

Sep 25, 2010

Kebas.

Malam tadi aku mimpi banyak. Banyak betul-betul.

Harapnya malam ni, ada lagi mimpi-mimpi untuk aku lagi.

Abdul Sebelum Itu.

Waktu malam macam ni, Abdul memerlukan nasi lemak untuk terus hidup, untuk terus cergas, dan untuk terus melakukan pernafasan. Tidak pernah satu malam pun yang dilalui Abdul dengan tenang, sabar dan indah tanpa dirinya memakan nasi lemak.

Makan nasi lemak di waktu malam dengan Abdul, hubungannya dah macam isi dengan kuku. Satu malam sahaja tanpa bekalan nasi lemak, Abdul akan mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi seorang melayu yang tidak banyak bercakap, banyak bergerak dan kurang ahlak. Bayangkan kalau sebulan tiada nasi lemak bagi Abdul pada waktu malam?

Abdul memerlukan nasik lemak malam ini. Dilihat sekelilingnya, Abdul sudah berada di dalam dunia hitam dan putih. Abdul lihat bintang-bintang bertebaran dengan harmoni, dan beberapa ekor burung sedang berhimpun di sekeliling unggun api. Bunyi-bunyian dari hujung kampung pula, disulami dengan gemersik suara cengkerik 'krik,krik,krik' mendatangkan faedah kepada tiada seseorangpun di dunia yang serba hitam putih itu.

Ayam berkokok.
Subuh pun berlalu dan masuklah hari baru.

"Dan hegemoni? Merempat dalam Noir itu, lagi gua sanggup."

Sep 24, 2010

Oh apanya?

Lampu biru tadi dah jadik hijau. Kepala gua-eh kejap- aku, dah mula berasap. Aku lihat monitor depan aku ni kecik-besar-kecik-besar je sekarang ni.

Eh kejap, tadi aku dah tercakap aku. Sekarang ni pun aku masih cakap aku lagi. Demn, aku di dalam masalah besar sekarang ni. Aku dah tercakap-atau mungkin sengaja cakap- 'aku'. Sekarang ni aku betul-betul cuak. Kalau betul lah apa yang cikgu tadika aku cakap dulu. Dulu masa aku tadika dulu, dia ada cakap sapa yang cakap 'aku' dengan member-member dia. nanti jadik hantu paku. Atau worse kena kejar dengan hantu paku. Aku dah tak ingat versi yang mana satu yang betul. Tapi aku betul-betul cuak sekarang ni.

Bayangan wajah hantu paku sedang melekat, menempel dan makin besar dari saat ke saat. Muka hitam, ada darah sikit-sikit, lidah panjang sikit sampai nak terjelir, dan muka penuh dengan paku. Aku tak tau macam mana boleh ada paku dekat muka hantu tu. Aku prefer tiga sebab je lah. Satu sebab- dia kena bom paku. Dua sebab-member dia bang-bang-boom sama dia dengan letak paku dalam botol bedak sejuk dia. Tiga sebab-dia memang betul-betul true dalam scene hantu dan menghantui. Eh, eh kan?

Aku betul-betul cuak sekarang ni. Aku dah tercakap 'aku'. Ini satu kes yang berat dan sejenis ketakutan yang separa melampau. Ah sekejap. Aku ada dengar bunyik paku sedang bergelimpangan. Ah cilake. Sebelah aku dah ada hantu paku. Apa aku kena buat? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
-hai nama saya Izzat. Awak?-

Sep 19, 2010

Hey Hey Hey!

Selain daripada itu dan ini (baca sebagai; kosong dan tiada makna), malam ni gua betul-betul sedang berhadapan dengan bulan. Takdelah gementar dan gugup sangat berdepan dengan bulan ini. Biasa-biasa sahaja, lebih seperti aku dan dia ni sudah berkawan lama. Yang gua ingat, pertama kali gua ada hubungan sosial dengan bulan ialah masa gua kecil-kecil dahulu, kecil seperti mana, kecil seperti gua baru reti belajar kaedah-kaedah menangkap belalang secara indie.

Ya dahulu, gua punya hobi paling tinggi sekali adalah menangkap belalang secara indie. Waktu mesti petang, di perkarangan rumah gua dahulu. Barulah feel dan spirit nak menangkap belalang ni menaik. Waktu dahulu, gua kalau nampak bulan biasanya pada waktu malam. Ye lah, ada juga pada waktu siang, tapi jarang-jarang sebab gua kecil-kecil dahulu bangun lambat pagi pun adalah hobi juga.

Kalau gua nampak bulan dalam kereta, abah gua pandu, gua selalu membangkitkan soalan-soalan tentang bulan. Lantas gua punya hubungan sosial dengan bulan pun terjalin. Tu yang sekarang ni kalau gua berdepan dengan bulan, tahap gugupnya kurang. Namun begitu gua tiadalah sampai tahap nak berbual-bual dengan bulan. Cukup sekadar mendengar lagu-lagu butterfingers sahaja. Soalan seperti, "weh apesal bulan asik follow gua ni abah?", memang antara soalan-soalan spot yang paling top bapak gua nak jawab. Lagu wet blanket ni boleh tahan nostalgia dia. Tapi tak mendatangkan unsur-unsur sentimental kepada gua, Hey Hey Hey!

Bila gua kaji-kaji semula (baca sebagai; stalking), ucapan birthday melalui fesbuk ni pun jugak mendatangkan satu feeling yang best dan gua baru tau. Kalau nak diteruskan persoalan gua ingat gua malas nak soal lagi. Sebab mungkin, gua penat dan gua ingat nak tidur sahaja waktu-waktu sekarang ni. Hey Hey Hey! '

Soalan bermula dengan 'apa' ni memang jenis best untuk dilayan. Sama seperti melayan perasaan di tengah malam buta di kedai mamak sambil mengorder nes ais dan roti kosong. Cewaaaah. Gua perhatikan kedai mamak ni tak putus-putus masyarakat yang order air dan minum. Sekali lagi, kalau langit terang dan awan beri laluan, bulan turut melepak sekali, sambil-sambil memantulkan lampu matahari. Cewaaaah la lagi. Boleh?

Malam ini hujan kotak-kotak mancis turun dengan renyai-renyai tanpa diiringi petir yang mengganas. Cukup sahaja untuk memberikan gua dos mengantuk yang tinggi dan menguap dengan henti-henti. Hey Hey Hey!


Sep 18, 2010

Satu Woi Ke Kau.

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas. Peluh di dahi gua dah mula nak bagi salam, mintak izin untuk memunculkan dirinya. Suasana kian tegang, diiringi bau kopi columbia dan roti bakar kluang. gandingan sarapan yang hebat betul-betul! Buat masa itu, pada masa itu.

Gua mudah orangnya. jarang sekali nak menghunuskan parang, mahupun keris. Gua takde le nak taksub sangat dengan matapelajaran silat dan seni-seni memperparangkan diri orang lain ni. Tapi kalau dah ke tahap macam ni, mau tak mau, gua kena bukak semula juga segala Common Sense yang gua dah ada sepanjang gua hidup ni. Bab nak membukak semula common sense ni yang paling leceh sekali.

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas. peluh di dahi gua dah mula nak membuat penempatan di pipi gua, dan ada segelintir dah mula berjinak-jinak dengan kawasan dagu gua. Suasana masih macam tadi, cuma diiring kali ini dengan alunan lagu separa keras, seperti caklempong dan juga ghazal. Kedengaran juga gemersikkan suara keras Kurt Cobain, sayup-sayup dari hujung gegendang telinga gua. 'Yeah-yeah-yeah' bunyiknya, suara Kurt Cobain itu.

Gua mudah orangnya. jarang sekali nak menghunuskan parang, mahupun keris. Gua takde le nak minat sangat kerja menghunus parang ni. Gua lebih minat kepada kerja-kerja yang lebih art, padu dan ringkas. Misalnya menggosok gigi, spanar tayar dan juga memotong rumput. Kerja-kerja yang macam itu tak perlu lah sangat nak mengeluarkan gua punya energi banyak-banyak. Cukup juga kalau sekadar melepaskan batuk di tangga, orang muda-muda kabor. Tapi kerja menghunus parang ni...

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas.



Panggil apa?

Nyata jenis cakap laju-laju dan tiada henti bukan gaya gua. tapi lagi nyata kalau kau nengok aku bercakap tanpa henti dan muka rasa tak bersalah. Real=nyata. Real kah sangat? Itu satu persoalan yang baik, tapi tak cukup bijak. Mana boleh hal-hal seperti real ini dibincangkan dengan mudah dan sebegitu sahaja?

Ianya pun adalah satu taboo juga. pantang larang dan untuk membincangkannya perlu pengamatan yang tinggi. Ilmu di dada pun juga tak kurang perlu tingginya. kalau dilihat sekali pandang, benda yang real ni bukan mudah nak direalisasikan. Kalau setakat pakai cakap sahaja, akulah yang paling champion sekali. Sebab bukan susah sangat nak cakap benda-benda real macam tu. Apa yang kau cakap, kau keluarkan, serta merta boleh jadik real, tapi belum tentu boleh direalisasikan.

Ha kan. Perbincangan macam ni adalah satu jenis yang leceh dan weh. jenis macam ni, nescafe dan rokok, bukan kawan yang baik untuk kesihatan. Lagi-lagi waktu macam ni. Tak manis betul perangai macam tu, membahayakan kesihatan pula. Kalau nak diikutkan, orang yang berevolusi, itu orang normal. tapi ada juga manusia yang tetap memilih untuk resist, dan kekal sedemikian tanpa evolusi.

Eh tapi? Hak masing-masing dan kegemaran masing-masing. benda macam tu bukan satu persoalan lagi. Cuba cakap biawak-buaya-biawak-buaya. Sama susah juga seperti cakap kambing-lembing-kambing -lembing. Yang penting adalah mahu tak mahu. Orientasi, belakang kira. Sebab kalau kira depan-depan, orientasi juga adalah hal real dan real.

Menjadi satu taboo juga nanti.

Sekejap, kita patah balik semula, apa yang real tadi sebenarnya. Hakikat dan nilai real yang sebenarnya pun apa?

Kan, menjadi satu taboo juga nanti.

Gua ke Cendawan?

Selepas menyedut beberapa sip teh barang mana yang patut, gua lihat persekitaran kedai mapley itu sedangpun bertukar warna dan rupa. Bau-bau rokok yang tadi berlegar-legar di sekitar nasal cavity gua pun dah mula berubah bau. Ada yang berubah jadi kucing bermata satu, ada yang jadik basikal roda tiga. Tak kurang juga ada segelintir asap-asap rokok yang berubah menjadik homework fizik. Yang jenis bertukar menjadik homework fizik tu yang jenis paling cilaka sekali gua agak. Jenis asap rokok dari rokok murah, Surya misalnya.

Tiba-tiba gua nampak dua tiga orang pemuda sedang bertekak sesama sendiri dalam bahasa yang gua tak faham. Sekali dengar ada bunyik macam cakap tagalog, ada jugak bunyik macam cakap Spanyol. Ada parang dan katana sedang dipegang masing-masing. Gua lihat masyarakat yang lain yang sedang melepak melihatkan sahaja pemuda dua tiga orang yang sedang bertekak sesama sendiri, ada yang mengambil kesempatan itu untuk bertukar menjadi serigala jadian dan melarikan diri dari kedai mapley, justeru berjaya mengelakkan diri daripada membayar bil roti canai.


Asap rokok makin banyak yang bertukar rupa, dari tadi suasana mapley tu dah berubah kaler tiga kali. Warna original, warna light dan juga warna vanilla. Masing-masing buat gua tak senang duduk. Setiap kali bertukar warna, setiap kali itu jugaklah gua lihat pemain liverpool yang sedang cergas berlari tak cukup tanah di atas skrin LCD mapley itu, keputusan kepala, tangan dan diikuti dengan kaki. Tak kurang juga ada anggota tubuh pemain yang terhambur keluar dari skrin. Misalnya mamat yang duduk depan meja aku tadi. Dia baru sahaja mendapat kasut bola Puma beserta dengan kaki Dirk Kuyt. Pakej hadiah paling tak hingat sekali dalam dunia. Semua masyarakat yang sedang minum teh di kedai mapley itu bersorak gembira. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada pemuda itu, atas hadiah yang diterimanya.

Entah macam mana gayanya, tiba-tiba roti kosong dua banjir yang gua order tadi, boleh mengeluarkan suara yang aneh dan padu. "Kriuuuk,,Kriiieeekk, kriaaaak" bunyinya. Gua terus sumbat makanan gua yang berbunyi macam celaka itu kedalam mulut pemuda yang sedang berbual-bual kuat-kuat macam dia tu paling pailang dalam dunia. Terkejut dia bukan main. Gua lihat mukanya tadi yang sedang syok bercerita itu tadi bertukar menjadi marah dan seterusnya menjadi bertukar lagi menjadi basikal. Ya mukanya dah jadik basikal. Sebaik sahaja mukanya bertukar, pelayan kedai mapley itu, yang berkulit vanilla itu, terus menunggang mukanya dan berbasikal sehingga ke bulan.
"Kriuuuk,,Kriiieeekk, kriaaaak" bunyiknya sepanjang perjalanan itu.

Di depan gua, terbit sebuah pintu gerbang yang bewarna biru dan tak berbunyik-bunyi. Di tepinya ada tulis
"Untuk ke Cendawan?"



Sep 16, 2010

BerLuie dengan bisnes.

"Kau nampak tak makcik tadi? Yang jual baju dengan aku tu tadi". Tanya Luie dekat gua.

"Hoh le. kenapa dengan dia? Mengalami kecilakaan tulang belakang?"

"Tak doh, dia tu nak bisness, tapi takde art. Mana boleh la siaal. Haha, dah la dia bisik aku boleh dengar. Tak art doh, macam mana nak bisness??" Tambah Luie lagi.

Sambil mengeluarkan igniter yang baru melompat dari dashboard van Luie, gua reply;
"Mak cik tu menjalankan bisnes secara 'indie' kot"

"Kahkahkah"

Luie terus pecut van dia laju-laju.

Sep 9, 2010

Wei.

Gua rasa macam nak demam ini malam. Lusa dah nak raya. Gua rasa punca gua demam mungkin ada tiga.

  1. Banyak sangat nengok KariNgeri
  2. Banyak sangat makan lemang
  3. Banyak sangat orang kasik hantar tuju-tuju sama gua.
Ok yang ketiga tu gua tipu. Ape kes nak menuju-nuju gua. Gua mana simpan perewangan lagi.
Kehkehkeh


Sep 8, 2010

Hei!

Dekat dunia ni ada satu je kebenaran. Yang lain-lain tu semua adalah secara tulennya subjektif. Dan bergantung pada perspektif masing-masing. Kerana dekat dunia ni ada satu je kebenaran.

Tak kiralah dari geng mana pun, dari sekolah mana pun, dari bengkel mana pun, dari pejabat mana pun. Lu orang tetap ada perspektif dan pandangan masing-masing. Lagipun tak semestinya lu orang yang betul, gua yang salah.

Dekat dunia ni ada satu je kebenaran.

Sep 7, 2010

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Tuhan itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Gua perlu belajar relativity nampaknya sekarang ni. Mungkin sebentar lagi.

Buluh.

Gua rasanya tak pernah nak into scene-scene main meriam buluh ni. Paling habis hampir pun, gua rasa adalah scene bawak seplastik Karbaid pergi sekolah. Tu pun rasanya dah paling best, paling pailang, paling cuak-tak-cuak, dia punya feeling.

Scene bawak Karbaid pergi sekolah ni pun, dia punya best tu, rendah sikit daripada scene bakar Thunderclap dekat sekolah. Tu pun rasanya dah paling best, paling pailang, paling cuak-tak-cuak, dia punya feeling.

Tapi sampai sekarang gua tak tau lagi, apa yang telah gua perjuangkan masa gua tingkatan dua dulu. Kenapa gua kena main Karbaid masa bulan nak raya? Kenapa gua kena main mercun masa bulan dah nak habis puasa?

Cis, gua terlupe lagi satu scene lah!


Sep 6, 2010

Mesej dari Anas.





Kehkehkeh. Selamat hari raya!
Bukan gitar gua pun, bukan milik gua.
Kehkehkeh. Selamat hari raya!

Ni semua macam spesis.

Gua tengah buat eksperimen. Sementara gua habis setel sama eksperimen gua ni. Lu orang duduk berehat dan minum teh/kopi banyak mana yang patut. Sejurus siap eksperimen gua ni-yang biasanya tak pernah nak siap- gua akan duduk berehat pula serta minum teh/kopi banyak mana yang patut.

Gua fikir- meniru pun ada seninya- gua malas nak ucap selamat hari raya kat siapa-siapa, tak art langsung, sebab ramai dah buat. Adapun begitu gua tak pasti. Kerana...

Gua tengah buat eksperimen. Sementara gua habis setel sama eksperimen gua ni. Lu orang duduk berehat dan minum teh/kopi banyak mana yang patut. Sejurus siap eksperimen gua ni-yang biasanya tak pernah nak siap- gua akan duduk berehat pula serta minum teh/kopi banyak mana yang patut.

Sep 5, 2010

Gua tukar tajuk, Sebab gua tak rebel.

*cilaka kali ni gua edit balik post ni dengan penuh kasih sayang dan penghayatan. harusla.

"Bukan bidang gua. Dan gua rasa, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Haha?"

'Demn!'
Gua kasik ketuk meja biru bulat depan gua itu, tanda rasa tak puas hati. Lalat-lalat yang sedang enak bersosial di meja itu tadi, bergegas lari beterbangan. Sempat juga sekor dua yang melepaskan kentut ke arah gua. 'Alahai, kentut nyamuk je pon. Ape lah sangat', bisik gua sendirian. Ini sudah cilake, gua salah taip- *kentut lalat sepatutnya.

Lalu gua keluarkan kitab makrifat kecil gua. Cetakan tahun 1940, tulisan jawi tangan yang haram susah gua nak baca. Gua belek muka surat 21, bab Ghaib.

"Keadaan ghaib adalah milik-Nya segala pengetahuan tentang itu. Adapun diperhatikan dalam setiap apa yang manusia mampu tahu, dan kaji, ianya bukanlah sesuatu yang ghaib. Kecuali kalau ghaib itu dimaksudkan dengan halimunan. Hendaknya manusia itu beriktikad dan percaya bahawa, Allah sahajalah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib selari dengan ayat Furqan, (Jin: 26-27)"

Gua angguk-angguk tanda setuju dan tutup kitab kecil gua tu masuk dalam poket. Dulu cita-cita gua yang paling top selepas nak jadik pekerja gomen, ialah alim-ulama. Yang lain-lain dan tak top tu- buat suit halimunan, serta jadik orang tengah urusan jin-manusia.

Lalu lalat berekor-ekor tadi kembali semula ke arah meja gua. Ada sekor tu yang paling besar sekali tu, pandang slek je sama gua. Kalau la tak kerana gua ni mantap ahlak, dah lama dah rasenye gua tangkap lalat besor tu buat snek pembuka selera. Dan. Gua suspek lalat tu tengah mengumpat pasal gua. What faking? Mengumpat !!?

"Ah. Cilake!"




Sep 4, 2010

Real.

Hei. Masuk ni, gua dah empat puluh tiga kali sudah gua menguap. Maksudnya ada dua tanda. Tanda satu, gua dah sampai dekat rumah. Tanda kedua, gua ngorok dalam bas.

Yang lain-lain kita anggap sebagai boleh diabaikan.

Soal real dan tak real ni, memang soal yang rumit dan boleh membawa ke kancah rasa nak berjuang. Real dan tak real ni bukan mainan dan tapi, boleh juga diabaikan. Yang itu bergantung pada lu punya spiritlah. Gua tak tau.

Sep 3, 2010

Scene tidur.

Scene tak tidur malam, sekarang tengah menaik dalam kalangan gua-gui. Gua rasa tak lama lagi scene tak tidur malam ni akan down tak lama lagi. Lu nengok je lah. Macam gua boleh jamin.

Lu kerja, nengok je. Jangan nak depres memanjang dalam fesbuk. Gua lesing!