Aug 29, 2010

Haritu

Haritu, gua tengah duduk dekat atas kerusi mewah. Tangan gua tengah pegang Davidoff Cigars. Gua pandang jauh. Asap berkepul-kepul-kepul. Musik Wolgangus beralun lancang. Jam Seiko tanpa batteri gua dah menunjukkan pukul empat petang. Langit di luar mendung, sebab langit kat rumah gua dah upgrade pakai langit artifisi. Kelihatan dua orang makwe sedang terhiling-hiling bergembira di sisi kolam renang saiz separa olimpik di tepi rumah gua. Aircond York berkuasa kuda 800 itu gua set kasik yang paling panas sekali suhu dia- 10 darjah Celcius.

Gua lihat depan rumah gua. Gua nampak kelab. Sebelah kelab tu gua nampak dua-tiga orang polis dan doktor bersalaman. nampak jugak orang bagi salam dengan kucing. Ada juga beberapa ekor anjing yang sedang berterbangan mesra, dan burung penghantar surat memberi salam dari tingkap-ke tingkap. Brader despatch pizza, dah takde kerja dah. Semua orang tak makan pizza lagi. Pizza tu tahap dia macam murtabaklah kalau zaman jepun dulu. . Nyamuk-nyamuk lebih ramai daripada manusia, dan ada pula nyamuk yang sudah pergi ke sekolah. Pihak kerajaan sangat hebat. Sehingga tiada rakyat mampu perasan itu. Itu itu adalah hal rahsia yang mana, nyamuk dibenarkan hisap darah yang meleleh di jalanan.

Di jalanan? Zombie-zombie berpeleseran macam dah tak ingat dunia. Zombie fesbuk, bak kata Sarip kepada gua dulu. Dulu-masa gua terperanjat ada zombie follow gua buat kerja menghantar nasik bungkus dalam tin. Zombie peleser itu ramai, dan tidak berjangkit. Masing-masing ada teknologi masing-masing. Gua hampir menjadi zombie haritu, nasiblah sahaja ada lagi gua simpan kaset Otherside-RHCP dekat dalam kotak kasut konverse hijau fluorosen gua. Yang mana kotak tu gua baling tepat ke arah screen monitor gua. Sebaik sahaja terlihat...

G
ua tengah duduk dekat atas kerusi mewah. Tangan gua tengah pegang Davidoff Cigars. Gua pandang jauh. Asap berkepul-kepul-kepul. Musik Wolgangus beralun lancang.

Lalu gua pun terfikir.

Apa kes lah yang best sangat ni woi jadik poser?

No comments: