Aug 17, 2010

Kasturi

Bas belum gerak lagi. Tapi dia punya aircond, dah sejuk tahap tak ingat. Perut pun makin lama makin lapar. Gua nengok Pochip dengan Larkin dah duduk posisi berehat sebelah-menyebelah. Seat sebelah gua pulak ada sorang auntie India pangku anak dia.

"Weh lu konfirm tak bus ni pergi JB? Aku rasa macam pergi Perlis je Jat."

Gua pandang Larkin atas-bawah, atas balik. Dari muka dia, takde nampak ciri-ciri dia bergurau kasar. Lagipun tengah puasa macam ni, spirit gua nak memaki hamun pun kurang. Pochip pun angguk-angguk. Yang gua tak tau kenapa dia angguk.

"Err, auntie. Bas ni betul ke menghala ke JB?"

Kurang dari sekali kelip mata, auntie tu balas.
"Eh, mana ada pergi JB. Ini bas ada ke Larkin juga lah".

Gua senyum-senyum puasa, bila auntie tu turun dekat Skudai, Johor.

3 comments:

. said...

Lu rase macik tu geografi x dlu?hahaha.

. said...

Amik*

Izzati said...

haha kemende lah~~
mcm2