Aug 22, 2010

Abdul Ke Darkside IV

Polis peronda yang baru tiba di kawasan terbabit menggelengkan kepala mereka. Begitu juga dengan beberapa orang ustaz, guru, pengetua, menteri dan datuk-datuk yang baru sahaja selesai sesi makan tengah hari. Mengeleng-gelengkan kepala sambil senyum-senyum nipis.

Suasana di hadapan Summit itu semakin kacau. Kucing-kucing berlompatan. Burung-burung daripada bersiulan dah pandai mengaum. Tapi Abdul masih di situ, terbaring pengsan.

[,]

Di sebuah planet yang lain. Seorang lelaki yang berbaju hitam dan berkulit merah-merah udang bakar, sedang duduk dalam posisi berfikir. Digenggam-genggamnya bola kristal putih, yang dibelinya di pasar malam petang tadi. Sekejap-kejap dia senyum, tapi lebih banyak masam dari senyum.

Dia berdiri daripada kerusi dan bergerak ke arah seekor kucing yang baru hinggap di rumahnya.

"Cis! Gua nak jugak light saber kaler hijau tu"

Lalu kucing itu bersepai hancur.

3 comments:

. said...

ni ko buat drama bersiri ke ape ni ha?

Amiratullyana said...

sependapat dengan anas. naik tercabut bulu roma membacanya.

alimkusing said...

ha, rasanyalah.