Aug 22, 2010

Abdul ke Darkside III.

Selesai update facebook dan tekan button like sebanyak mana yang patut. Abdul terus mengeluarkan light saber kaler hijau yang Mace Windu kasik dekat dia kelmarin. Dihayunkan light saber kaler hijaunya itu ke kiri dan ke kanan.

"Wrooong, wreeng, wroong, wruuung", bunyinya setiap kali hayunan. Dan setiap kali hayunanan light saber kaler hijaunya itu, maka setiap kalilah ada kepala yang tercerai daripada badan. Dan setiap kali hayunan light saber kaler hijaunya itu jugalah Abdul ketawa macam tak cukup nafas.

"Ha Ha HA!"

Darah merah mencurah-curah macam hujan nipis dekat Jelebu.

"Ha Ha HA!"

Pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan semuanya patah-patah dan berterbangan. Daun-daun jangan nak cerita, dah macam bijirin nestum.

"Ha Ha, haaa..."
Abdul pengsan. Kurang oksigen.

No comments: