Aug 25, 2010

Abdul Dan Transisi.

***
Abdul bangun dan mengesat-ngesat matanya. Pandangannya tak berapa kabur tapi sedang molek la untuk melihat. Malas untuk bangun, Abdul cuma menoleh sahaja sekelilingnya.

Aneh. Jarang betul dia mengalami suasana macam cerita-cerita seram Malaysia ni. Setahu dia, tadi dia baru lepas habis menebas kotaraya guna light saber kaler hijaunya. Tapi sekarang dia dah ada kat hutan, penuh dengan bunyik-bunyian. Di kirinya kelihatan beberapa ekor monyet yang sedang makan pisang dan kutu, sedang bercakap dalam bahasa melayu. Tak dilupakan sekumpulan arnab putih yang dari tadi melihatnya dari jauh, tak berkelip-kelip. Kelihatan juga seorang tua berjubah dan berjanggut paaaanjaaaang berwarna putih sedang berlari-lari anak mengejar babi, sambil mengangkat-angkat tongkatnya.

"Ah, sudah. Gua kena buang negeri ke hapa ni? Weh tak puas hati betul la macam ni. Macam ni gua nak report MPP lah!".

Tapi ternyata Abdul tak keseorangan dalam bab-bab ini. Light saber kaler hijaunya masih tersisip rapi di pinggangnya. Lantas Abdul membetulkan perbaringannya, dia duduk sekejap. Tiba-tiba datang seeokor lipan bara dekat kepadanya. Abdul tak fobia pun bab lipan-lipan ni. Dia dah biasa. Apa-apa hal, light saber kaler hijau dah ready kat genggamannya.

"Weh, tadi Gandak carik lu. Ada hal penting katanya", kata lipan bara tu kepada Abdul secara mantap, laju dan padat.

"Hah?!! Gandak?!!".

Seorang tua berjanggut paaaanjaaang bewarna putih dan berjubah yang sama warna dengan janggutnya, secara tiba-tiba muncul di hadapan Abdul sambil tersenyum sinis dan tangan mengepal-ngepal penumbuk.

"Padan muka lu Abdul. Padan muka lu!", kata lipan.



1 comment:

. said...

Apsal mcm makin merapu tp makin best ni. :D