Aug 25, 2010

Abdul Dan Gandak

Dalam hutan tropika yang bunyik cengkerik lagik banyak daripada kereta proton saga, dia punya hijau lain macam, dan sejuk macam dekat afrika masa musim sejuk; duduk seorang tua berjanggut paaaanjaaaang warna putih. Duduk relek-relek. Berjubah putih dan bertongkat coklat, kadang-kadang Gandak terbatuk-batuk keseorangan,di dalam hutan tropika yang bunyik cengkerik lagik banyak daripada kereta proton saga, dia punya hijau lain macam, dan sejuk macam dekat afrika masa musim sejuk.

Gandak bukan sebarangan orang tua-tua. Dia orang tua yang berisi. Yang kalau kita pukul sedas, balasnya tiga lepuk si Gandak ni. Orang-orang kabor, Gandak ni reti bercakap dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa ghaib dan korea. Bahasa Arab pula, dia hanya reti cakap 'Assalamualaikum', yang jarang-jarang pula digunapakai olehnya, kecuali dia memasuki kampung-kampung Islam untuk membeli stok kopi janda.

Gandak ni rumahnya di bawah pokok meranti yang paling besar sekali pemeluknya dalam hutan tropika itu. Rumah dia tak kecil, tak besar. Sedang-sedang Midvalley je besarnya.

Berbalik kepada scene awal tadi.

Kalau tambah lagi dua minit, sekarang Gandak dah duduk di tengah-tengah hutan tu selama lapan jam. Dan selama lapan jam itu jugalah, tubuh yang terbujur kaku di hadapannya, dan kadang-kadang mengigau tu. Tak bangun-bangun dan sedar daripada keadaan itu.

Lepas minum kopi, Gandak hisap rokok, habis rokok Gandak hisap paip. Habis tembakau, Gandak masak nasik, habis nasik Gandak bakar ayam. Habis makan ayam, gandak rejam babi. Dan seterusnya, seterusnyalah daripada pagi tadi dia menunggu Abdul bangun daripada perbaringan sehingga sekarang, waktu bazaar ramadhan dah nak penuh.

"Eh budak ni mati ke pengsan? Tak pernah-pernah aku nengok manusia tidur sampai macam gini gayanya. Dah lama aku tunggu pun, dia nih tak bangun-bangun. Ikutkan hati, mau je aku balik rumah layan PSP."

Abdul tetap macam tu. Pengsanpengsan senyum.

"Eishh, kalau saja budok Abdul tau ke apa keh nak cakap nih, Mau lincah kaduk dia bangun sekarang!"


No comments: