Aug 29, 2010

Haritu

Haritu, gua tengah duduk dekat atas kerusi mewah. Tangan gua tengah pegang Davidoff Cigars. Gua pandang jauh. Asap berkepul-kepul-kepul. Musik Wolgangus beralun lancang. Jam Seiko tanpa batteri gua dah menunjukkan pukul empat petang. Langit di luar mendung, sebab langit kat rumah gua dah upgrade pakai langit artifisi. Kelihatan dua orang makwe sedang terhiling-hiling bergembira di sisi kolam renang saiz separa olimpik di tepi rumah gua. Aircond York berkuasa kuda 800 itu gua set kasik yang paling panas sekali suhu dia- 10 darjah Celcius.

Gua lihat depan rumah gua. Gua nampak kelab. Sebelah kelab tu gua nampak dua-tiga orang polis dan doktor bersalaman. nampak jugak orang bagi salam dengan kucing. Ada juga beberapa ekor anjing yang sedang berterbangan mesra, dan burung penghantar surat memberi salam dari tingkap-ke tingkap. Brader despatch pizza, dah takde kerja dah. Semua orang tak makan pizza lagi. Pizza tu tahap dia macam murtabaklah kalau zaman jepun dulu. . Nyamuk-nyamuk lebih ramai daripada manusia, dan ada pula nyamuk yang sudah pergi ke sekolah. Pihak kerajaan sangat hebat. Sehingga tiada rakyat mampu perasan itu. Itu itu adalah hal rahsia yang mana, nyamuk dibenarkan hisap darah yang meleleh di jalanan.

Di jalanan? Zombie-zombie berpeleseran macam dah tak ingat dunia. Zombie fesbuk, bak kata Sarip kepada gua dulu. Dulu-masa gua terperanjat ada zombie follow gua buat kerja menghantar nasik bungkus dalam tin. Zombie peleser itu ramai, dan tidak berjangkit. Masing-masing ada teknologi masing-masing. Gua hampir menjadi zombie haritu, nasiblah sahaja ada lagi gua simpan kaset Otherside-RHCP dekat dalam kotak kasut konverse hijau fluorosen gua. Yang mana kotak tu gua baling tepat ke arah screen monitor gua. Sebaik sahaja terlihat...

G
ua tengah duduk dekat atas kerusi mewah. Tangan gua tengah pegang Davidoff Cigars. Gua pandang jauh. Asap berkepul-kepul-kepul. Musik Wolgangus beralun lancang.

Lalu gua pun terfikir.

Apa kes lah yang best sangat ni woi jadik poser?

Aug 27, 2010

Abdul Dan Gandak II

Lipan yang tadi itu tadi berlagak serta sombong badak tak ingat dunia itu, secara sekelip mata. Hilang dari pandangan dan bertukar sedikit demi sedikit menjadi kepulan-kepulan asap putih yang berbau hangit dan berbisa.

"Wreuuuung, weeeereeeeng."

Selesai menghunus light saber kaler hijaunye itu ke arah lipan bara yang tadi itu tadi berlagak serta sombong badak tak ingat dunia itu. Abdul terasa sakit kepala. Sakit kepalanya itu agak teruk. Lebih teruk daripada sakit kepala akibat naik keretapi KeTaM.

"Diam dan jangan bergerak-gerak kalau kau tak mau ada sakit-sakit kepala lagi. Kalau kau gerak satu hun pun lagi memang aku tajiri kau sehingga titisan darah yang terakhir"

Abdul memegang-megang kepalanya. Mukanya berkeriut bagai orang menahan berak. Eh maaf, bagai orang menahan satu kesakitan kepala yang sangat dahsyat seperti dihempap satu bau misteri yang power busuknya.

Ditenungnya Gandak itu tajam-tajam. Kecik-besar-kecik-besar dilihatnya janggut Gandak itu.
"Wreuuuung, weeeereeeeng."

"Lu ni lah rupanya Gandak tu eh?", tanya Abdul dengan lantang. Sakit di kepalanya lantas dilupakan.

"Lu ni lah rupanya Gandak tu?"

Aug 26, 2010

UGSL

Using Google As Second Languange.

Una pizca de sal. Puede que no sea salada.
Una pizca de azúcar. ¿Podría ser amargo.
Como se puede ver lo invisible.
Usted podría perder el cerebro negrita.
¿Valdría la pena que?
La pérdida de algo que ganar nada?

El paso del tiempo.
Se nos pasó. Tú y yo.
¡Sé valiente!
Un cobarde carreras, frente a un valiente.
Sea ridículo, porque tú eres un Braveman

Aug 25, 2010

Abdul Dan Transisi.

***
Abdul bangun dan mengesat-ngesat matanya. Pandangannya tak berapa kabur tapi sedang molek la untuk melihat. Malas untuk bangun, Abdul cuma menoleh sahaja sekelilingnya.

Aneh. Jarang betul dia mengalami suasana macam cerita-cerita seram Malaysia ni. Setahu dia, tadi dia baru lepas habis menebas kotaraya guna light saber kaler hijaunya. Tapi sekarang dia dah ada kat hutan, penuh dengan bunyik-bunyian. Di kirinya kelihatan beberapa ekor monyet yang sedang makan pisang dan kutu, sedang bercakap dalam bahasa melayu. Tak dilupakan sekumpulan arnab putih yang dari tadi melihatnya dari jauh, tak berkelip-kelip. Kelihatan juga seorang tua berjubah dan berjanggut paaaanjaaaang berwarna putih sedang berlari-lari anak mengejar babi, sambil mengangkat-angkat tongkatnya.

"Ah, sudah. Gua kena buang negeri ke hapa ni? Weh tak puas hati betul la macam ni. Macam ni gua nak report MPP lah!".

Tapi ternyata Abdul tak keseorangan dalam bab-bab ini. Light saber kaler hijaunya masih tersisip rapi di pinggangnya. Lantas Abdul membetulkan perbaringannya, dia duduk sekejap. Tiba-tiba datang seeokor lipan bara dekat kepadanya. Abdul tak fobia pun bab lipan-lipan ni. Dia dah biasa. Apa-apa hal, light saber kaler hijau dah ready kat genggamannya.

"Weh, tadi Gandak carik lu. Ada hal penting katanya", kata lipan bara tu kepada Abdul secara mantap, laju dan padat.

"Hah?!! Gandak?!!".

Seorang tua berjanggut paaaanjaaang bewarna putih dan berjubah yang sama warna dengan janggutnya, secara tiba-tiba muncul di hadapan Abdul sambil tersenyum sinis dan tangan mengepal-ngepal penumbuk.

"Padan muka lu Abdul. Padan muka lu!", kata lipan.



Abdul Dan Gandak

Dalam hutan tropika yang bunyik cengkerik lagik banyak daripada kereta proton saga, dia punya hijau lain macam, dan sejuk macam dekat afrika masa musim sejuk; duduk seorang tua berjanggut paaaanjaaaang warna putih. Duduk relek-relek. Berjubah putih dan bertongkat coklat, kadang-kadang Gandak terbatuk-batuk keseorangan,di dalam hutan tropika yang bunyik cengkerik lagik banyak daripada kereta proton saga, dia punya hijau lain macam, dan sejuk macam dekat afrika masa musim sejuk.

Gandak bukan sebarangan orang tua-tua. Dia orang tua yang berisi. Yang kalau kita pukul sedas, balasnya tiga lepuk si Gandak ni. Orang-orang kabor, Gandak ni reti bercakap dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa ghaib dan korea. Bahasa Arab pula, dia hanya reti cakap 'Assalamualaikum', yang jarang-jarang pula digunapakai olehnya, kecuali dia memasuki kampung-kampung Islam untuk membeli stok kopi janda.

Gandak ni rumahnya di bawah pokok meranti yang paling besar sekali pemeluknya dalam hutan tropika itu. Rumah dia tak kecil, tak besar. Sedang-sedang Midvalley je besarnya.

Berbalik kepada scene awal tadi.

Kalau tambah lagi dua minit, sekarang Gandak dah duduk di tengah-tengah hutan tu selama lapan jam. Dan selama lapan jam itu jugalah, tubuh yang terbujur kaku di hadapannya, dan kadang-kadang mengigau tu. Tak bangun-bangun dan sedar daripada keadaan itu.

Lepas minum kopi, Gandak hisap rokok, habis rokok Gandak hisap paip. Habis tembakau, Gandak masak nasik, habis nasik Gandak bakar ayam. Habis makan ayam, gandak rejam babi. Dan seterusnya, seterusnyalah daripada pagi tadi dia menunggu Abdul bangun daripada perbaringan sehingga sekarang, waktu bazaar ramadhan dah nak penuh.

"Eh budak ni mati ke pengsan? Tak pernah-pernah aku nengok manusia tidur sampai macam gini gayanya. Dah lama aku tunggu pun, dia nih tak bangun-bangun. Ikutkan hati, mau je aku balik rumah layan PSP."

Abdul tetap macam tu. Pengsanpengsan senyum.

"Eishh, kalau saja budok Abdul tau ke apa keh nak cakap nih, Mau lincah kaduk dia bangun sekarang!"


Aug 23, 2010

KIra.

Gua dah buat perkiraan, menggunakan method ahli-ahli ilmu falak. Jumaat minggu depan gua boleh balik. Maksudnya lepastu lagi seminggu gua dah boleh raya. Tapi macam biasa, kliche anak-anak sekolah. Balik kampung bawak buku kena lagi banyak dari baju tu, gua tak tau nak follow ke tak.

Kalau ikutkan nafsu gua, mau semua buku gua harung bawak balik. Baru la orang cakap anak beriman dan gilakan ilmu. Itu kalau ikut nafsu gua lah. Janga sampai aku dah bawak buku apa semua, sampai gua lupa nak bungkus calculator.

Ceh, bawak buku adalah pelaburan yang merugikan masa cuti raya

Aug 22, 2010

Abdul Ke Darkside IV

Polis peronda yang baru tiba di kawasan terbabit menggelengkan kepala mereka. Begitu juga dengan beberapa orang ustaz, guru, pengetua, menteri dan datuk-datuk yang baru sahaja selesai sesi makan tengah hari. Mengeleng-gelengkan kepala sambil senyum-senyum nipis.

Suasana di hadapan Summit itu semakin kacau. Kucing-kucing berlompatan. Burung-burung daripada bersiulan dah pandai mengaum. Tapi Abdul masih di situ, terbaring pengsan.

[,]

Di sebuah planet yang lain. Seorang lelaki yang berbaju hitam dan berkulit merah-merah udang bakar, sedang duduk dalam posisi berfikir. Digenggam-genggamnya bola kristal putih, yang dibelinya di pasar malam petang tadi. Sekejap-kejap dia senyum, tapi lebih banyak masam dari senyum.

Dia berdiri daripada kerusi dan bergerak ke arah seekor kucing yang baru hinggap di rumahnya.

"Cis! Gua nak jugak light saber kaler hijau tu"

Lalu kucing itu bersepai hancur.

Abdul ke Darkside III.

Selesai update facebook dan tekan button like sebanyak mana yang patut. Abdul terus mengeluarkan light saber kaler hijau yang Mace Windu kasik dekat dia kelmarin. Dihayunkan light saber kaler hijaunya itu ke kiri dan ke kanan.

"Wrooong, wreeng, wroong, wruuung", bunyinya setiap kali hayunan. Dan setiap kali hayunanan light saber kaler hijaunya itu, maka setiap kalilah ada kepala yang tercerai daripada badan. Dan setiap kali hayunan light saber kaler hijaunya itu jugalah Abdul ketawa macam tak cukup nafas.

"Ha Ha HA!"

Darah merah mencurah-curah macam hujan nipis dekat Jelebu.

"Ha Ha HA!"

Pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan semuanya patah-patah dan berterbangan. Daun-daun jangan nak cerita, dah macam bijirin nestum.

"Ha Ha, haaa..."
Abdul pengsan. Kurang oksigen.

Aug 21, 2010

Abdul ke Darkside II.

Sementara nak keluarkan light saber kaler hijau. Abdul rasa serba bersalah. Nak dikeluarkan takut orang kaborkan dia gila. Kalau tak dikeluarkan rasa kosong pulak. Ha. Dapat.

"Baik gua update status facebook gua."

'Gua dekat depan Summit, baru buang rokok Benson sebatang. Sekarang ni gua nak keluarkan ke tak light saber kaler hijau gua ni?'

Aug 20, 2010

Nasihat Mace Windu.

"Sebelum gua kasik lu light saber kaler hijau ni. Lu kena follow apa nasihat gua. Kalau tak light Saber ni boleh makan tuan."

Abdul garu-garu kepala. Dia memang meleceh kalau bab-bab pantang larang.
"ala light saber je pun. Takkan ada pantang larang jugak? Karate takyah pantang larang pun"

" Ni nasihat gua ada tiga je: Jangan nengok porn ramai-ramai, jangan makan ayam golek sorang-sorang, dan jangan lupa sembahyang fardhu."

Abdul ke Darkside.

Rokok Benson Hedges yang baru nyala tu dibuang Abdul jauh-jauh. Ditenungnya orang yang lalu-lalu lalang depan dia. Semua orang daring dia lain macam. Abdul makin rasa bersalah.

Lalu Abdul pun mengeluarkan light saber kaler hijau yang Mace Windu kasik dia kelmarin, masa Abdul bertungkus lumus makan roti John belakang bangunan guna sama. Bab tuang-tuang puasa ni, Abdul nombor satu.

Aug 19, 2010

Dah.

Mesti ada sesuatu yang tertinggal. Kalau buat benda selalu tak jadi.
Mesti boleh jadi sesuatu, selagi ada keizinan-Nya.
Mesti ada yang perlu dilakukan untuk dapat sesuatu.
Pasti jadi sesuatu, dengan keizinan-Nya.
Kabut dan ribut hanya sementara. Hanya sementara.

Aug 18, 2010

Menang

Gua raya ni, ada pasang wishlist. Mudah-mudah je:
1) Baju perisai orang Saiya yang elastik.
2) Bangun sahur tiap-tiap hari tanpa alasan.
3) Belajar buat Kame Hame Ha!

Gulegule.

Dah. Anak-anak yang belum sunat pegi saf belakang. Nak bising nak suke-suke pun takpe, dekat situ.

'' Gua bukan gulegule. ''

Aug 17, 2010

Kasturi

Bas belum gerak lagi. Tapi dia punya aircond, dah sejuk tahap tak ingat. Perut pun makin lama makin lapar. Gua nengok Pochip dengan Larkin dah duduk posisi berehat sebelah-menyebelah. Seat sebelah gua pulak ada sorang auntie India pangku anak dia.

"Weh lu konfirm tak bus ni pergi JB? Aku rasa macam pergi Perlis je Jat."

Gua pandang Larkin atas-bawah, atas balik. Dari muka dia, takde nampak ciri-ciri dia bergurau kasar. Lagipun tengah puasa macam ni, spirit gua nak memaki hamun pun kurang. Pochip pun angguk-angguk. Yang gua tak tau kenapa dia angguk.

"Err, auntie. Bas ni betul ke menghala ke JB?"

Kurang dari sekali kelip mata, auntie tu balas.
"Eh, mana ada pergi JB. Ini bas ada ke Larkin juga lah".

Gua senyum-senyum puasa, bila auntie tu turun dekat Skudai, Johor.

Legend Of Number,

Negeri Sembilan. Seremban Satu, Seremban Dua. Terminal 1. Terminal 2. Nilai 1. Nilai 2. Nilai 3.

Ha. Tak ke layak gua kabor tempat Seremban ni sebagai 'Legend of Number'?

Bleh.

Aug 14, 2010

Crack.

"Used to be, is something that has been done. Yes, used to be. I used to crack. Crack is no good"

Tinggal lagi, perlu atau tidak, main harung semua jadah, lepastu. Eh? Touching. Ha.

Sanusi masa tu tengah feeling makan alus mi tai warna merah teluki. Menguap, betul-betul dekat bus stand.
Dia nengok satu brader ni sedang push sekor budak sekolah yang baju dia serebeh keluar sana sini, rambut bergel dan seluar londeh tak ingat. Push suruh budak tu beli tiket ekspress dengan dia.

Sanusi bukan Masked Rider. Lebih baik dia, Sanusi. Yang sedang makan alus mi tai warna merah teluki. Menguap.

Raya.

Gambar macam gini, tak rare dan mudah dapat. Tinggal nak carik je. Pun bolleh!

Hilang

"Kau dah fikir macam-macam. Lepastu kau lupa. Tak ke hilang namanya?"

Badigol!

Spirit.

Spirit 'trash' ni jangan buat main-main. Sebab puasa dah sampai. Spirit 'trash' ni, kita lowfi dulu.