Jul 21, 2010

Kuaci

Dah lama aku tak berjumpa sama Salim. Terakhir pada zaman dahulu,masa semua orang sibuk nak tukar gaya seluar jadik baggy. Kali terakhir di tebing sungai. Cantik, putih airnya.

"Loving The Alien tu. Lagu Velvet Revolver lah kan? Tak pernah dengar ke?", kata Salim. Tadi. Masa aku jumpa dia, di tebing sungai. Cantik, tapi coklat airnya.

Aku ingat-ingat lupa lagu tu. Aku pasti aku tak cam macam mana lagu tu, apa liriknya. Tapi aku pasti pernah dengar.

"Ni yang payah sikit ni Lim, Aku sekarang dah belajar tahfiz Quran", kata aku mudah. Dengan cara paling tak menunjukkan riak. Dengan cara paling sopan dan cool.

Berlari Salim sambil menekup mukanya. Laju. Kira aku, kalau aku berlari mengejar Salim. Tak boleh makan dia punya laju. Aku tau, Salim tu larinya dua larian aku. Laju.

Haish. Entah bila lagi aku dapat jumpa Salim. Terakhir adalah pada zaman tadi, masa semua orang nak jadik macam orang lain yang lagi hot, yang lagi ada stail. Kali terakhir itu di tebing sungai. Cantik, coklat airnya.

No comments: