Jul 21, 2010

Cari.

Adapun pada zaman yang itu. Zaman bila mana aku pakai baju, putih warnanya dan hijau seluarnya. Aku macam itu jugalah pada zaman ini. Zaman aku pakai baju macam brader-brader kerja bank. Dan pakai kasut pun yang jenis berkilat macam air. Kalau jenis tak tahan bolehla buat cermin muka, kasut aku tu.

Yang menambahkan mashgul dan sangsi pada gua sekarang. Cuma satu, tak lain ialah bila zamannya gua perlu merajin-rajin. Memungut ilmu. Sebab gua rasa lapar dan sangat kering tekak. Hal-hal pemakanan ilmu ni memang nak kena selalu up-to-date. Baru senang nak pergi, orang kata.

Dulu gua rasa lain, rasa sekarang lain lagi.

Oh yang dengar. Dengarlah.

1 comment:

hidayah .norikochan said...

ye budak alevel. cari ilmu cari ilmu. hoho