Jul 26, 2010

Materi.

Akan terbit sisi hitam dari sesebuah jirim. Hanya apabila jirim tersebut, berpaling (tak kiralah darjah kesengajaannya) daripada sisi yang memancarkan cahaya. Dengan sebuah syarat: mata pemerhati hendaklah berhadapan dengan cahaya, serta jirim terbabit berciri legap.

Kalau bab berbual kencang, gua memang eksperien tinggi. Tapi maaf. Gua tak kacip sangat dalam ehwal nak melaksanakan perbualan. Kehkeh.

Benda2 macam ni kena ada charger. Ha?

Jul 25, 2010

Hilang.

Benda hilang kena carik. Benda hilang tak dijumpai. Benda lama, biasa senang hilang. Benda dah simpan lama, pun boleh hilang. Kalau tak hilang. Biarlah.

Jul 24, 2010

pagi

waktu pagi macam ni. Kena tidur. Sebab esok pagi dah hari sabtu. Gua tak tidur lagi. Sebab pagi ni dah Sabtu.

Kepuasan sosial adalah perkataan yang belun didefinisikan.

Jul 23, 2010

Eh!

Benda-benda yang leceh dan payah macam gini, tak sepatutnya gua bikin leret jadik leceh lagi. Lagi-lagi kalau benda tu jenis yang leceh tak boleh blah. Masukkan air dalam botol misalnya. Gua pulak jenis yang tak boleh pakai sangat. Yang leceh-leceh macam mana, gua memang pakat kasik lepas. Ape barang buat sakit otak.

Weh, soal bincang secara serius ni memang kadang-kadang ada stail. Lagi-lagi kalau rakan bincang lu, budak biasiswa mara. Memang kencang dan bertenaga. Gua tadi misalnya, kepuasan sosial. Ape tu? Gua mana tau. Tanya perewangan gua.

Bab-bab yang lain, kalau teruskan serius, sapa yang nak jadik anti-serius? Matter pun perlukan anti-matter. Ape gua bebel ni beb? Macam la 1.618 tu golden sangat? apa gua bebel ni beb?




Jul 22, 2010

Konsiderasi.

Biarkan y sama dengan babi. Maka dalam masa sehari gua boleh mampu sebut y sebanyak beratus juta lemon kali. Rasanya.

Babi pun lagi femes dari Mahatma Gandhi. Apa kes?

Kair.

Semenjak gua duduk kolej ni. Petang tadi gua kena usrah.

"Kalau orang nganjing lu buat sesuatu. Lepas tu lu dah tak buat sesuatu tu. Maka lu memang manusia Melayu yang berjenis riak pusaka. Riak tu! Bukan kari!"

Semenjak gua duduk kolej ni. Petang tadi aku berjogging.

Jul 21, 2010

Cari.

Adapun pada zaman yang itu. Zaman bila mana aku pakai baju, putih warnanya dan hijau seluarnya. Aku macam itu jugalah pada zaman ini. Zaman aku pakai baju macam brader-brader kerja bank. Dan pakai kasut pun yang jenis berkilat macam air. Kalau jenis tak tahan bolehla buat cermin muka, kasut aku tu.

Yang menambahkan mashgul dan sangsi pada gua sekarang. Cuma satu, tak lain ialah bila zamannya gua perlu merajin-rajin. Memungut ilmu. Sebab gua rasa lapar dan sangat kering tekak. Hal-hal pemakanan ilmu ni memang nak kena selalu up-to-date. Baru senang nak pergi, orang kata.

Dulu gua rasa lain, rasa sekarang lain lagi.

Oh yang dengar. Dengarlah.

Kuaci

Dah lama aku tak berjumpa sama Salim. Terakhir pada zaman dahulu,masa semua orang sibuk nak tukar gaya seluar jadik baggy. Kali terakhir di tebing sungai. Cantik, putih airnya.

"Loving The Alien tu. Lagu Velvet Revolver lah kan? Tak pernah dengar ke?", kata Salim. Tadi. Masa aku jumpa dia, di tebing sungai. Cantik, tapi coklat airnya.

Aku ingat-ingat lupa lagu tu. Aku pasti aku tak cam macam mana lagu tu, apa liriknya. Tapi aku pasti pernah dengar.

"Ni yang payah sikit ni Lim, Aku sekarang dah belajar tahfiz Quran", kata aku mudah. Dengan cara paling tak menunjukkan riak. Dengan cara paling sopan dan cool.

Berlari Salim sambil menekup mukanya. Laju. Kira aku, kalau aku berlari mengejar Salim. Tak boleh makan dia punya laju. Aku tau, Salim tu larinya dua larian aku. Laju.

Haish. Entah bila lagi aku dapat jumpa Salim. Terakhir adalah pada zaman tadi, masa semua orang nak jadik macam orang lain yang lagi hot, yang lagi ada stail. Kali terakhir itu di tebing sungai. Cantik, coklat airnya.

Sembat

Limerence adalah perkataan orangputih, Yang mana boleh difahami sebagai satu perasaan natural dalam hidup manusia. Normal. Dan tak normal kalau tak pernah rasa limerence ni.

Rasa limerence ni? Terbaik.Termantap dan tersedap.

Rasa yang paling padat orang kabor. Paling padat sehingga tak muat lagi apa-apa kalau nak dimasukkan apa-apa perasaan lain lagi. Rasa padat yang paling dalam.

Limerence adalah perkataan orangputih, Yang mana boleh difahami sebagai satu perasaan natural dalam hidup manusia. Normal. Dan tak normal kalau tak pernah rasa limerence ni.

[,]

"Agak-agak kalau aku lempang muka budak ni,separuh muka dia pergi tak?", kata Sanusi kepada Zamri secara berseloroh.

Sambil mengestimate jarak vertikal burung dari sudut kedudukan diriannya, menggunakan konsep ceraian daya, Zamri cakap, " Lu lempang. Gua nengok. Anang nyanyi: Separuh Jiwaku Pergi. Ha! Terbaik kan?".

"ok. Lepas tu aku ketawa.", kata Sanusi.