Nov 20, 2010

Usbk-Spirit

Melihat dress-up budak yang sedang duduk di depannya, kaki Cikgu Ali Kening dah ringan-ringan je nak menyepak. Tapi beliau tetap bersabar sebab dia seorang pengakap. Dan dia seorang pengakap yang mematuhi sepuluh undang-undang pengakap, termasuklah undang-undang Kasihkan Binatang. Pernah sekali masa baru nak berjinak-jinak nak berkamping, beliau ditampar guru pengakapnya kerana tak memakai skarf pada setiap masa. Menurut guru pengakapnya itu, "skarf ni nyawa seorang pengakap, bukan saja nak tiru-tiru Sailormoon".

Budak yang sedang duduk di depannya itu, bernama Kassim Spirit. Sebabnya, kalau si Kassim ni berjaya menguasai perbualan, perkataan 'spirit' tu boleh dia ulang sampai lapan belas kali satu ayat. Sebagai contoh,
"Spirit gua tak berapa nak menaik, sebab semalam punya spirit tak datang spirit yang betul-betul spirit". Ok la tak sampai lapan belas 'spirit' satu ayat.

"Agak kau dah kenapa? nak main bola baju gaya macam ni. Seluar cawat takde, macam mane le kau nak menyepak bola nanti? Ape kebende le kau ni woi?!", kata Cikgu Ali Kening, cool dan tenang.

"Cikgu kalau saya tak pakai macam ni, macam mana pihak Mastika nak tau bahawa budak-budak punk Malaysia pun ada spirit nak main bola? Lagipun kalau saya pakai macam ni, spirit dia naik lain macam. Sepak bola kaki rasa ringan je. Tanduk bola rasa ke depan je. Kan ke bagus spirit dia macam gitu. Barula Mastika boleh kabo "Punk Not Dead" cikguuu. Takdela nak cakap kitorang makan sampah KFC. Yang makan sampah tu lain cikguuu, poser lebih tu. Ha ", jawab Kassim penuh spirit.

Membernya Kadir gondol, bertepuk-tepuk tangan sambil buat bunyik Vuvuzela tempatan. Ala yang bunyiknya boleh buat macam-macam funnction tu. Panggil mamak suruh kira dan ushar awek-awek kilang sekali. "Suuwiit. Suuuwwiiit", bunyinya.

28/6/2010-4:45 a.m

Nota Kaki-Cukup 150 gua hiatus

No comments: