Nov 19, 2010

Usbk-Salim 'Nevermind'

"Kau pandang bola ni macam mana?", serius Cikgu Ali Kening menanyakan soalan itu kepada Salim 'Nevermind'.

"Bola ni sama je macam lagu-lagu Grunge cikgu, masa mula-mula slow je tempo dia, mellow, kadang-kadang boleh sampai tahap plucking. Bila dah sampai tengah sikit, dah sampai part distorsion memang laju, keras. Suara pun mula nak 'wargggh, warghhh'. Time dah korus tu lah goal dia. Headbanging tak ingat. Drum snare macam nak pecah. Symbal crash memang nak bersepah, suara pun dah 'roarghh,roarghh'. Lepas korus kalau untung slow balik, mellow balik, kadang-kadang boleh sampai tahap plucking. Lagipun main grunge ni boleh salah-salah masa goreng solo. Ha itu kiranya kena kad ke, takik kaki lawan ke, curik ayam la tu kalau dalam bola."

Mendengar jawapan Salim 'Nevermind' yang panjang lebar dan tiga nafas tu, cikgu Ali Kening angguk-angguk sambil kunyah gula getah 20 sen. Memang saja nak kasik efek pengurus-pengurus international katanya.


28/6/2010-4.35 a.m

Nota kaki- Cukup 150 gua hiatus.

4 comments:

Anonymous said...

ilustrasi awal tentang bola
nawaitui diutamakan
jgn main gentel gentel kalau nak jadi manusia sejati jiwa dN Hti nurani bersih dari anasir2 masonic

Anonymous said...

kami memerlukan sebiji kotak komen utk melepaskan tensi

alimkusing said...

Jadi kotak komen yang chatbox itu atau jadah mana satu?

Anonymous said...

lebih kepada bana bana chatbox