Jun 24, 2010

Pagi.

Eh, dah pagi lah!. Matahari dah senyum-senyum kat gua. Pakcik hantar surat khabar, dah gua sambut balingan surat khabarnya. Burung-burung bersiulan mintak lastik. Cacing-cacing tanah tengah sibuk nak carik port. Kucing jalanan tengah sibuk nak bergesel mintak ikan. Rama-rama baru nak menguap. Nyamuk dah balik rumah, nak tidur. Budak-budak sekolah tengah terhiling-hiling pakai stokin sebelah lain-lain. Nyonya dan apek tua tengah tekun bertaichi. Sami saolin sibuk menyapu halaman tokong. Pakcik yang lepak masjid pulang ke warung, ngeteh. Orang kaya-kaya bersarapan roti, kulitnya tak dimakan. Embun dekat pokok pun menguap-menguap lagi. Awek kilang tengah sibuk nak mekap, nak masuk shif pagi. Kambing-kambing menunggu penuh harapan, tuannya bukak pagar. Dukun hujung kampung pun tengah sibuk nak cek stok. Eh, dah pagi lah!

"Pagi ni, kalau untung kau bangunlah. Kalau tak untung aku sorang-sorang je lah."

No comments: